Kisah kaw yang satu dan tiada duanya :) -serius-

"Vroooomm...!!! Prraaannnngggggg...Praannngg....pppraannnggg " Sayup-sayup bunyi ekjos kereta aku meninggalkan jauh perkarangan MMU.Dengan spek Rayban di mata,baju petak-petak gaya terkini,berkasut OT merah di kaki kononya up gila, aku kembali memecut kereta aku.

Memang aku suka drive kereta.Tapi tolong jangan mintak aku drive kalau time aku lepas main ragbi atau mandi kolam air panas.Mau free-free aku kasik sidekick kat muka kaw.Letih kaw tau.Sambil memecut kereta sorang-sorang seperti orang tidak ketahuan, mata aku terpandang si gadis.

Wah,sungguh jambu dan urban KL-AmpangPark-KLCC abes gaya beliau.Seolah-olah ingin pegi clubbing time-time 3.30 petang begini.Bershades gelap,singlet bertali halus membalut badan serta berhot pant pink menutup suku pehanya yang gebu.Tak semena-mena air liur aku meleleh.Cis, busuk kaw tahu kalau air liur meleleh tiba-tiba macam ni.

Sila Play lagu ini sebelum meneruskan sessi bacaan :)


Biarkan dia dengan gaya separuh bogelnya. Kalau dah kena rogol baru dia tahu mula nak cari kedai jual jubah. Kembali aku konsentrate ke jalan. Lengang,sunyi. Memang peberet aku jalan-jalan sebegini. Lagi 20 meter di depan, aku terpandang selekoh tajam dan terlintas secara otomatik di benak otak aku,cerita Tokyo Drift.Adrenalin aku mengalir kencang dan 'pedang' aku kembali tegak!Oh,tidak kena mengena.

Minyak ditekan, meter aku lihat 100km/h.Wah,agak laju!Aku perlahankan sedikit bagi mengelakkan free-free aku menjadi arwah pada petang begini.Poyo pon,takut harus ada. Drop ke gear 2,rpm mencanak ke 6000. Aku sambung menekan minyak dan melepaskan brek. Dengan kompiden,aku makan selekoh.Sebelum sempat habes aku jamah selekoh tu, "Ngiiiaaauuuwwww!!" bunyi kucing.

"Cis!Mana datang kucing ni!Sampah,sampah,sumpah aku sampah!!!Fark!" Sumpah seranah aku kepada diri sendiri,bila aku perasan aku dah lenyek kucing. Aku park kereta kat tepi jalan,Aku buka bonet amek paper,dan tengah-tengah panas,aku alehkan body kucing tadi.Anak kucing.Adoooi!!! Ketar-ketar tangan aku,teringat anak kucing aku kat rumah.

Selesai aku alih,tiba-tiba datang seekor kucing yang saiznya agak besar dari kucing tadi.Sah,ini mak dia,sah!!! Adoi apa aku nak jawab ngan mak dia ni.Sampah kaw! kucing mana boleh bercakap!Aku kembali bertenang setelah aku sedar,situasi sekarang adalah kucing.Cemas aku hanya seketika.

Sebelum sempat aku meninggalkan tempat kejadian, dari side mirror,aku dapat lihat, perlahan-lahan kucing tersebut membelai tubuh anaknya yang sudah tidak bemaya.Dicium,dijilat-jilat kepala anaknya.Berkali-kali si ibu kucing mengulangi tingkah laku itu.Dan ketika itu, datang lagi 2 ekor anak kucing turut sama meratapi pemergian ahli keluarganya.4 ekor kesemuanya.Di tengah panas,sunyi dan sepi, mereka sedar,yang si kecil itu pergi buat selamanya.Mungkin si ibu kucing sedang menangis tapi apalah dayanya,hanya seekor kucing.Hanya mampu mengiau dan melihat anak kecilnya tidak bernyawa lagi.

Aku baru sedar,hampir 15 minit aku terpaku di situ,melihat satu keajaiban alam yang tiada tolok bandingnya.Kasih ibu tiada ternilai. Biarlah si ibu hanya seekor kucing,namun naluri mereka tetap sama. Simpati melihat kejadian itu, aku kembali, mengambil anak kucing itu, dan menanam si kecil, dan terus blah.Serius aku dah tak tengok side mirror lepas tu.

Di dalam kereta, terawang-awang wajah ibu aku di sana. Berspek mata, kini rambutnya sudah beruban,usia sudah menjangkau 50-an dan mungkin sudah tidak sehot seperti gadis tadi.Tapi, kaw tetap ibu aku.Aku taw kaw tidak membaca entry ini, ibu.Aku jugak tidak mahu kerana nanti, akan kantoilah bahawa anak kaw ini tidak cool dan rock seperti yang kaw jangkakan. Walaupun anak kaw sampah begini, tapi bagi aku, kasih dan sayang kaw dari dulu tiada bandingan.

Banyak sudah aku kecewakan kaw dari dulu sehingga kini. Berkali-kali aku ulang kesilapan yang sama namun tingkah kaw sama seperti ayah. Steady dan relaks. Biarlah ibu,mungkin aku tidak pernah menjadi anak yang terbaik buat kaw,tetapi izinkanlah satu hari nanti aku menjadi seorang bapa yang terbaik seperti mana kaw berdua pernah lakukan. Biar cucu kaw nanti sedar bahawa, nenek mu adalah mentor yang terbaik yang pernah aku ada.Itulah hadiah aku buat kaw,ibu.

"Ibu, aku taw,satu hari nanti kita akan berpisah,mungkin kaw atau aku akan pergi dahulu.Tapi biarlah di kesempatan yang ada,aku ingin kucup ubun mu,mencium tangan mu, memohon segala kesilapan aku buat mu. Sehingga hujung nyawa aku, kawlah wanita yang bertakhta di hati aku." 

-Anakmu yang sentiasa nakal.





10 comments:

bizkowt crunchyz said...

waaaa sedeyh la part kucing tuh

Headmaster said...

@bizkowt Crunchyz

Sila bayang ketika panas terik,lagik tacing

Amalina said...

jap!berais perut aku mengandungkan kau dulu.

kau saje je letak gambar kau mase kecik kan?kau nak suruh aku puji kau comel kan?
jangan harap aku nak puji.

Headmaster said...

@Amalina

Kaw gelabah berais.hak3!!
Aku memang comel.dulu comel,kini hensem,dan selamanya hot!

Amalina said...

erk(sedawa lagi)

Headmaster said...

kaw sejam dua lagi ni tak lama kaw ni.ada kena smekdown ngan aku.

Amalina said...

wo!wo!wo!chill bro!chill..(berundur ke belakang sambil memegang rantai bling2 besar seperti tpain yang tergantung di leher)

Headmaster said...

wah kaw.jangan nak tpain sgt.karang aku sangkut tali kapal je kat leher kaw.chill la ni!!

Blek said...

sapa yang kau bunoh weh!! jangan leman mahupun kecik. aku sepak laju laju nanti!

Headmaster said...

tidak kena mengena kecik,leman mahupun si puteh.dun u weri dude.

Post a Comment

ha komen, komen!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...