Kisah seram perpustakaan 2

Suatu petang yang sunyi,damai dan berjerebu.
Suatu lokasi yang rahsia tetapi seram.

Aku perasan kaw dari tadi.Tak henti-henti mulut kaw berkata-kata.Apa yang dikencangkan kaw? Aku juga suka berbicara,namun subjek kaw mungkin berbeza.Jelas berbeza.

Aku menunggu.Selesai rakan kaw bangkit,aku pergi.Betul-betul sebelah kaw.Aku membetulkan bontot aku di kerusi.Aku dah mula rasa kaw tidak senang dengan kehadiran aku.Dah memang lumrah aku,kaw senang atau tidak,tak pernah aku kesah.

Aku nyalakan rokok, melihat kaw atas bawah.

Kaw: Kaw dah kenape? Tak boleh tengok orang senang ke?
Aku: Sori, aku tak tau kaw tengah senang. Aku ingat kaw tengah gersang.
Kaw: Sampah sial kaw. 
Aku: Memang aku sampah. Macam mana kaw boleh rase kaw bukan spesis sampah macam aku?
Kaw: Tengok sekali aku dah tau. Aku ni knowledgeable kalau kaw nak tahu.Huh.
Aku: Oh, jadi kaw rasa semua benda kaw tahu?
Kaw: Yep. Dalam kelas, aku adalah top scorer, bab belajar, kaw tak yah nak sembang. Semua dalam kepala otak aku. Kalau tak,takkan la bersepah-sepah Dean List kat bilik aku.
Aku: Jadi, sebab kaw terer belajar, kaw rasa kaw best? Kaw rasa kaw up?
Kaw: Bukan nak cakap lah, dah terang lagi bersuluh lah kan?
Aku: Kaw pandai memasak?
Kaw: Tak.Kenape?Ape kene mengene memasak?
Aku: Tak ada lah terer mana kaw ni. Mak aku duk umah je,tak penah masuk U,terer je masak.
Kaw: Alah setakat memasak apelah sangat. Cube suruh mak kaw integrate sin. Buat equation Boolean ke.Reti?
Aku: Aku rasa,kalau mak aku masuk U,die pon reti kot.Tapi kalau kaw tak masuk U pon,belum tentu kaw pandai masak.
Kaw: Tak kisahlah pasal masak tu. Yang aku tahu, aku memang gempak. Semua benda aku tahu. Aku dah lah up-to-date pasal hal semasa. Kaw nak suruh aku cerita apa,semua aku tahu.Best kan jadi aku?
Aku: Oh, ye ker. Kaw je kot rasa best.Aku rasa tak pon. Aku rasa biase je.
Kaw: Malas lah aku layan kaw. Tengok kaw aku tahu kaw ni kaki extend. Dah la, aku nak masuk library balik, study tips yang lecturer bagi tadi yang aku sorok sorang-sorang tak nak orang lain tahu.Bye.

Kaw cerdik kaw punya pasal.Aku tak amek port. Rezeki masing-masing. Tapi tak payah la kot kaw nak rasa bagus sangat dengan kaw punya belajar. Benda biasa. Kaw usaha ,kompom kaw dapat. Tapi jangan nak pandang orang lain sebelah mata. Tak bermakna orang lain angguk dengan kaw, tanda dia orang setuju. Jangan ingat kaw terer, kaw up. Chill sudah. 



0 comments:

Post a Comment

ha komen, komen!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...