Jangan serius sangatlah

Apa yang dipanggil serius? Sememangnya subjektif kosa kata serius. Cikgu Razaleigh gua dulu pernah dikategori sebagai guru serius kerana memakai sampin ketika hari Jumaat. Gua juga pernah sound member gua yang sangat serius ketika peperiksaan. Biasa-biasa dia ni hepi go lucky. Entah kenapa time exam tempoh hari, diam saja. Tak bercakap sepatah. Tak gosok gigi mungkin, atau clash sama makwe. Entah, gua lupa nak tanya.

Bagi gua, gua sentiasa serius. Dengan berwajah iras Aaron Aziz, sangat ngam karisma serius dengan jiwa gua. Dari petang tadi gua masih tak habis-habis warmup. 18 kali gua keliling rumah dan berdiet tak makan nasi semata-mata untuk performance gua malam nih. Gua makan udang saja.

Gua juga mengamalkan makan maajun bagi mengelak angin-angin dalam badan mengganggu prestasi gua yang masih tip top dari sejak gua main bola untuk rumah hijau dulu.Biasa-biasa gua telan sebiji sahaja. Memandangkan game malam ni amat besar makna bagi gua, gua telan 13 biji sekaligus menyebabkan gua tak henti-henti berpeluh. Menyesal pun ada.

Ya, gua tengah siap-siap nak main futsal. Futsal tu biasa-biasa saja, tapi memang gua macam ni. performance mau jaga. Inilah definisi serius bagi gua. Sekarang, mana seluar three quarter gua pegi?

Desas-desus mengatakan kucing ini banyak kali telah berkelakuan serius.




Read Users' Comments ( 6 )

Cara Selamat berPESBUKING.



Heboh.Satu kampung gua kecoh.Itu belum gua cerita kampung sebelah lagi.Pak Sudin Lahap, tak cukup tangan dia bercerita.Sebelah kanan melahap, sebelah kiri riuh bercerita. Sapudin Ramli, walaupun kerja tak pernah tetap, berani pasang angan-angan nak pinang Linda owner salun rambut pun turut bercerita benda sama. Gua pun naik heran. Semua sibuk tak puas hati kes pesbuk bertukar suasana.

Kadang-kadang gua rasa depa ni bukan apa. Susah nak terima perubahan,sukar nak adapt benda baru.

Gua rasa terpanggil nak sentuh part pesbuk dah jadi huru hara. Semua benda lu komen,semua benda pesbuk nak post sama. Maka, timbul cerita pasal ada sesetengah privacy dicabuli

Gua pernah tulis pasal benda ni kat sini . Itu cerita lama.

Petang tadi ada sorang akak ni. Gua rasa kalau tak cikgu dia ni seorang polis. Apa sebab gua rasa macam tu, ikut suka hati gua lah.

quote dari akak pesbuk:

Weii...talking about old fren let talk about the age....I lagilah puluhan tahun tak jumpa and thank you to FB becuz become a platform on getting back to keep in touch after an age not meeting each other. The main point here now is about Privacy....if you need a privacy then go to some where else.. FB is a social networking and at the same time you had no rite to ask people in ur frenlist to do as per above just because you don't wanna other People "skodeng" on your activity....!!!!!


Then set a privacy only those of your friend only can see what ever you commentn tag or whatever of your activity in FB. Get rid out those not neceesary from ur list...if whoever that you know and you don't like them....FB is not the only place to "skodeng"...byyk lagi cara...if they wannna to..so moral of the story "don't to much Expose"


Kes ni berlanjutan atas sebab member gua mintak unsubscribed pesbuk dia. Gua tak kisah lah dia punya permintaan. Pesbuk dia hak dia. Itu gua tak nak kacau. Tapi akak ni gua rasa sangat sempoi. Walaupun agak outspoken tapi ada benar juga.

Gua rasa jelas mesej akak tu.Gua yang belajar tak tinggi mana ni boleh tangkap. Kalau lu post sampai 156 gambar, info dari tadika sampai no telepon rumah. Lagi lu mau kecoh orang stalk sama lu. Apa pasai lu tak riuh lepas lu makan lu rasa kenyang? Kang kaki ni makan die.

Macam gua pun ada nasihat sama kutu-kutu gua semua. Cara selamat main pesbuk. Jangan risau, gua sendiri try.InsyaAllah berkesan.

Lagi selamat jika helmet fullface digunapakai.




Read Users' Comments ( 4 )

Hari Jumaat

Selesai mengerjakan ibadat fardhu sebagai lelaki, laju saja kereta mak gua memecut menuju pekan. Senang saja orang nak kenal siapa yang pandu. Kalau laju tuh mak gua bawak, dan kalau laju jugak, boleh jadi gua. Entah macam mana senang nak tau sapa bawak gua pun heran.

Puas gua cari port online yang sempoi serta dikerumuni ramai gadis berspek shades dan berseluar pendek. Bagi mengelak rasa hampa bersarang didada, gua layankan saja beronline di tempat geng-geng fixie melabuhkan punggung setelah penat berkayuh tanpa brek. Apa gila cc ada makwe lepak.

Masuk saja, gua tanya harga.

"Rm1.50 sejam boss," belum sempat gua habis ayat gua dia dah reply."Ok, kasi open". Balas gua sambil terliur tengok air tin Manggo dalam ice box balik dia.

Duduk dan terus gua online dengan hati riang ria kanak-kanak gembira.

Itulah serba sedikit life gua bila tenet rumah kena potong.Nyekit betul.






Read Users' Comments ( 3 )

Tribute to Paul Hassan.

Kisah yang gua nak cerita ni berlaku di bumi Melaka dan bukannya di mana-mana kuarters gomen berhampiran. Gua kira, benda ni dah lama jadi. Seingat gua time tu awal tahun 2011 dan pesbuk gua baru saja cecah 2380 friends. Tak hairanlah kalau time tu PC gua manjang hang akibat banyaknya notification dari peminat gua yang biasanya terdiri dari golongan gadis blonde,berskirt paras peha dan memakai seluar legging.

Cerita gua ni berkisar pasal member gua. Dia mempunyai perwatakan yang rare dan tak hairanlah dah masuk kali ketiga member gua ni tolak pelawaan kelab dari Bundesliga untuk main sama Leverkusen. Walaupun banyak pihak memujuknya agar menerima offer tersebut, dia tetap akur bahawa kereta kancil 650 nya masih belum mampu membawa muatan lebih dari 7 orang. Setakat ni 6 orang pernah lah sekali jadi.

Dengan nama panggilan Paul, dia akur dan patuh atas segala jadual aktiviti yang dia sendiri susun saban hari. Contoh paling rare adalah beli kuaci lima bungkus , makan sampai habis dan maki diri sendiri kenapa kuaci dia dah habis.

Jam 8.45 pagi waktu Yugoslavia.

Sedang gua asyik menghabiskan baki muka surat repot projek akhir sem gua, mata gua liar pandang atas bawah. Mengantuk. Berbekalkan Malta serta roti kacang merah dah cukup dua hari gua tak lena. Terdahulu, gua ada dengar bunyi jam loceng memecah kebuntuan suasana pagi gua. Tapi gua memang tak amek pot. Sebab gua tahu, paling lama bunyi pun lima minit.Mesti ada mana-mana kutu gua kasi off sama itu jam.

Dalam kedamain pagi di bumi Melaka, kebahagiaan pagi gua dirobek bunyi yang kurang enak dari bilik sebelah. Heran gua mana datang bunyi sebijik lagi jam loceng. Diikuti bunyi dentuman seolah ada objek yang jatuh dari katil. Gua pandang Malta atas meja sambil check betul-betul. Alcohol free. Tak mungkin gua hallucination atau paranoid.

Gua sambung kembali tugasan gua yang tertangguh tadi. Kali ni gua dengar orang jerit pula. Nyaris tumpah Malta di tangan. Gua cuba terjemahkan jeritan tersebut. Seolah-olah dalam aksi marah, namun seakan ada rasa kecewa. Panjang bunyi arrghh dia. Gua cam suara dia. Memang tak ada orag lain, Paul. Dia juga dikenali kerana memiliki Samsung Galaxy yang baru keluar time tu. Heboh hari-hari nak check-in 4square kat rumah sendiri.

Ada la lima minit, Paul lalu depan bilik gua seraya membuat wajah terkejut  melihat gua masih berjaga. Tanpa bercakap sepatah membuat gua saspek mulut dia tengah bau kepam bangun tidur, berlari-lari anak dia turun toilet bawah.

4.oo petang

"Ape kes kau jerit pepagi buta tadi?"tanya gua.
"Aku lambat pergi kelas laaa!!!" balas beliau membuat gua sampai ke hari ini tertunggu-tunggu jawapan motif dia menjerit.

Ramai saksi yang melihat kejadian jeritan tersebut mengatakan beginilah wajauh Paul.
Tak tumpah seperti seekor Keli gergasi.




Read Users' Comments ( 3 )

Last Day

Esok hari last gua praktikal. Gua plan nak buat nangis macam dalam Akedemi Fantasia. Lu rasa cool tak cool?



Read Users' Comments ( 5 )

Kertas Bocor UPSR 2011

1996, Kuala Terengganu.
6 Pluto. SMKSS. Bm Pemahaman UPSR.

1. Apakah sinonim bagi perkataan pupus dalam petikan di atas?
A. Hilang B. Lenyap
C. Ghaib D. Hapus

Gua mula menggelisat. Peluh-peluh jantan dah mula keluar.Sepuluh kali gua ulang baca petikan kat atas. Gua buntu. Belum pernah Cikgu Zabedah gua ketika tu ajar gua sinonim pupus. Malahan, lagu pupus dendangan Dewa juga belum lagi menjadi siulan muda mudi. Seingat gua KRU saja tengah up betul time tu.

Gua cuba buat-buat pikir. Baca doa ayat terang hati mana yang patut. Untung-untung telintas jawapan. Mungkin sebab malam sebelum exam gua miss Isyak, gua hilang petunjuk. Gua mula kecewa. Sikit punya banyak sinonim lain gua hapal, pupus juga dia nak keluar. Time tu gua tak reti nak tunjuk marah gua. Habis kuat pun gua cakap 'natang' tak pun huuuuuh mengeluh saja.

Dalam takut-takut gua check line keliling. Anak mata gua rapat ushar pengawas exam. Dalam keadaan duduk, gua cuba buat gaya nak tidur. Perlahan-lahan gua landing kepala gua atas meja. Kiri gua bukan student pilihan time tu. Trial dia score 3A 2B saja. Kanan gua memang feberet guru-guru. Berbekalkan kerja sekolah dia yang sentiasa siap, serta tempat tuisyen yang boleh tahan banyak, sebelah mata dia score 5A trial.

Tajam gua renung kertas jawapan dia.Gua nampak banyak bulat hitam hasil pensil 2B.Pensil 2B paling top time tu yang kaler belang hitam kuning. Betul pekat dia punya hitam. Cikgu gua pun rekemen pakai pensil tuh. Gua rasa dia ada dapat sikit komisyen,tapi gua tak berani tanya. Badan gua tak besar mana time tu.

Entah apa gua nak cerita pun gua tak tahu.





Read Users' Comments ( 4 )

Cinta Terlarang Amirul.

Cerita ni gua baru teringat time dalam jamban kat bawah tadi.Tergelak gua sorang-sorang lantas di sambut suara mak gua cakap gua gila. Mana tak gila. Gelak sorang-sorang dalam jamban.Lu bayang macam mana.

Bulan posa harituh, ada sorang mamat kerinting, cutting badan 5 inci lagi ngam-ngam model, kulit sawo matang bawak ke gelap melepak sama gua. Dengar gaya macam rare, tapi dia ni biasa saja. Jenis syok sendiri pun ada. Tapi dia hebat jugak kes dia pandai main kamera lomo.Kutu-kutu lain panggil dia Black walau banyak kali dia suruh panggil dia Remy Ishak.

Gua angkut dia kat area kampung dia, Sungai Duri. Kalau time malam gua seram mau lalu line situ. Naik bukit, masuk ladang sawit, lalu sebelah penjara.Berdiri juga bulu roma gua. Memang gua kasi alasan amik anak gua tuisyen. Boleh la gua elak pegi rumah dia malam-malam.Mujur gua sama dia boleh kawtim.

Kes dah lewat nak berbuka, gua kasi hentam saja mana kedai yang ada. Tak silap gua Mamak As-Salam area Parit Buntar. Gua tak hapal nama kedai tu kes tokey dia rapat sama bapak gua. Line tak clear kalau gua lepak situ. Free-free kantoi kalau gua angkut makwe.

Setel makan gua tengok Black dah mula on rokok Dunhill dia. Kemain sedap dia hembus ke atas. Jelas dari raut wajah Black, dia sangat puas dengan performance puasa dia hari ni. Walau semayang entah ke mana, dan tidur bangun jam 3 petang, kurang-kurang dia tak makan atau minum sejak sahur tadi.

Gaya gua nak setelkan belen kuih atas meja, Black cuba bersuara sama gua.

" Aku ada benda yang laki lain tak ada kalau ko nak tahu.Aku ada future." Selamba sambil mencucuh sebatang lagi Dunhill di mulut.





Read Users' Comments ( 5 )

Buah naga

Naga digambarkan sebagai seekor haiwan yang beperwatakan makan orang,bersisik dan bermisai dua helai. Sedikit pun tidak bercirikan seekor haiwan yang sayangkan anak. Lebih sesuai nama naga yang digunakan dalam pribahasa haruan makan anak. Baru nampak rakus. Ramai juga orang kita menggambarkan naga sebagai buah pau dan lambang tatoo yang mashur.

Tak kurang juga yang tidak dapat menggambarkan bagaimana rupa naga.Kerana mereka memanggil naga dengan nama lain. Dragon.

Tapi tak ramai yang menggambarkan naga macam yang gua bayangkan. Berkelebaran pusat 2 inchi, mempunyai dada yang lebar, berambut kerinting dan berkaca mata. Juga amat meminati kumpulan Dadali.

Itulah gambaran gua mengenai kazen gua bila dia tidur. Bunyi dia macam naga. Masakan gua dapat lena dengan aman bila bersebelahan sama naga. Cuba lu piker.

Alasan gua bila Mr. Lee tanya apa pasai tidur time kerja.Nasib baik gua sentiasa ada bekap dengan alasan-alasan yang munasabah.





Read Users' Comments ( 4 )

idea latest

Gua nampak ada tin manggo depan gua. Dari pandangan mata kasar, sangat enak gua rasa isipati tin tu. Dengan gambar Manggo bewarna kuning.Terselit kat bawah sedikit tulisan Nata De Coco sebagai pemberitahuan. Juga terdapat sedikit khasiat minuman ini seperti mengandungi pelbagai vitamin A,B dan C. Lengkap sebagai penghilang kering tekak gua.Susun atur strategi pengiklanan yang amat berkesan.

Gua angkat saja, kosong.Dah habis rupanya.



Read Users' Comments ( 3 )

Jawapan gua.

Penat gua refresh facebook gua. Tunggu notifications naik. Haram satu pun takdek. Gua naik boring,naik muak, naik angin, semua benda gua naik. Gua pun layan lagu. Lagu apa gua dah lupa.

Gua baca-baca news feed kawan-kawan maya gua. Ada yang gua kenal,gua komen.Tak kenal, gua like. Entah kenapa gua dah mula segan nak komen sama wall makwe-makwe. Mungkin gua rasa gua perlu mula jadi matang. Bukan setakat pakai rupa ala-ala Aaron aziz ni saja.

Gua baca satu-satu status yang mencanak-canak naik. Macam-macam pe'el dia orang. Macam biasa gua pun mula nak monolog dalaman. Jenis yang tanya soalan ringan-ringan kat pesbuk gua tak heran. Yang buat gua heran, jenis yang buat gua ringan je kaki lepas baca soalan-soalan diaorang.

Gua nak jawab kat status diaorang risau dikata gilasek atau hey, get a life please. Takpa. Gua jawab kat sini.

Malas pulak gua rasa nak type.
-



Read Users' Comments ( 3 )

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...