Tribute to Paul Hassan.

Kisah yang gua nak cerita ni berlaku di bumi Melaka dan bukannya di mana-mana kuarters gomen berhampiran. Gua kira, benda ni dah lama jadi. Seingat gua time tu awal tahun 2011 dan pesbuk gua baru saja cecah 2380 friends. Tak hairanlah kalau time tu PC gua manjang hang akibat banyaknya notification dari peminat gua yang biasanya terdiri dari golongan gadis blonde,berskirt paras peha dan memakai seluar legging.

Cerita gua ni berkisar pasal member gua. Dia mempunyai perwatakan yang rare dan tak hairanlah dah masuk kali ketiga member gua ni tolak pelawaan kelab dari Bundesliga untuk main sama Leverkusen. Walaupun banyak pihak memujuknya agar menerima offer tersebut, dia tetap akur bahawa kereta kancil 650 nya masih belum mampu membawa muatan lebih dari 7 orang. Setakat ni 6 orang pernah lah sekali jadi.

Dengan nama panggilan Paul, dia akur dan patuh atas segala jadual aktiviti yang dia sendiri susun saban hari. Contoh paling rare adalah beli kuaci lima bungkus , makan sampai habis dan maki diri sendiri kenapa kuaci dia dah habis.

Jam 8.45 pagi waktu Yugoslavia.

Sedang gua asyik menghabiskan baki muka surat repot projek akhir sem gua, mata gua liar pandang atas bawah. Mengantuk. Berbekalkan Malta serta roti kacang merah dah cukup dua hari gua tak lena. Terdahulu, gua ada dengar bunyi jam loceng memecah kebuntuan suasana pagi gua. Tapi gua memang tak amek pot. Sebab gua tahu, paling lama bunyi pun lima minit.Mesti ada mana-mana kutu gua kasi off sama itu jam.

Dalam kedamain pagi di bumi Melaka, kebahagiaan pagi gua dirobek bunyi yang kurang enak dari bilik sebelah. Heran gua mana datang bunyi sebijik lagi jam loceng. Diikuti bunyi dentuman seolah ada objek yang jatuh dari katil. Gua pandang Malta atas meja sambil check betul-betul. Alcohol free. Tak mungkin gua hallucination atau paranoid.

Gua sambung kembali tugasan gua yang tertangguh tadi. Kali ni gua dengar orang jerit pula. Nyaris tumpah Malta di tangan. Gua cuba terjemahkan jeritan tersebut. Seolah-olah dalam aksi marah, namun seakan ada rasa kecewa. Panjang bunyi arrghh dia. Gua cam suara dia. Memang tak ada orag lain, Paul. Dia juga dikenali kerana memiliki Samsung Galaxy yang baru keluar time tu. Heboh hari-hari nak check-in 4square kat rumah sendiri.

Ada la lima minit, Paul lalu depan bilik gua seraya membuat wajah terkejut  melihat gua masih berjaga. Tanpa bercakap sepatah membuat gua saspek mulut dia tengah bau kepam bangun tidur, berlari-lari anak dia turun toilet bawah.

4.oo petang

"Ape kes kau jerit pepagi buta tadi?"tanya gua.
"Aku lambat pergi kelas laaa!!!" balas beliau membuat gua sampai ke hari ini tertunggu-tunggu jawapan motif dia menjerit.

Ramai saksi yang melihat kejadian jeritan tersebut mengatakan beginilah wajauh Paul.
Tak tumpah seperti seekor Keli gergasi.




3 comments:

Anonymous said...

kelakar nye.

-black-

Headmaster said...

menci la awak ni

Wadi AR said...

gua SUKA GILA ikan keli tahu

Post a Comment

ha komen, komen!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...