Rosmah gadis semasa

 
"Dance,dance,dancing in the dark..dark dark.." Lagu Dancing In The Dark dari alat keluli Rosmah memecah kebuntuan sunyi tengah hari di rumahnya. Rosmah masih belum mampu membuka mata. Melekat-lekat rasanya. Tarikan antara bulu mata atas dan bawah seolah-olah cemburu untuk berpisah. Digosok-gosok kulit mata tanda Rosmah gagahkan jua. Kipas siling masih ligat berputar pada kelajuan lima. Rosmah menyelak selimut tebalnya.

Dilihat jam di dinding. Lewat jam 2 petang. Rosmah lupa jam dinding itu punoh angkara lama sangat tak ditukar baterinya. Bukannya apa, jaraknya yang terletak betul betul atas pintu biliknya itu agak sukar untuk dicapai. Ditambah dengan ketinggiannya yang tidak normal, menyukarkan lagi kerja menukar bateri jam.

Pernah berkali disuruh adiknya Haikal mengganti bateri, namun mat kereta tegar tu buat dengar tak dengar saja. Manakan tidak, tidur pun dalam kereta, berfesbuk juga dalam kereta. Taksubnya Haikal dengan kereta satria yang dikatanya turbo padahal semua tau enjin standed je tu.

Tanpa berlengah, dicapainya towel biru di ampaian bilik, seraya menyalin baju tidurnya. "Mandi lah dulu" kata hati kecil Rosmah. Sudah menjadi satu kewajipan untuk Rosmah menyiapkan dirinya. Bukannya apa, selaku gadis semasa di pesbuk, dengan keahlian rakan melebihi 5000 orang, Rosmah mudah sahaja menambah perkataan 'Full' dibelakang usernamenya. Dah 5000 orang rakan, haruslah sentiasa kelihatan hot dan awesome pada setiap masa.

Gaya Rosmah mak melangkah kaki keluar bilik, terdetik untuk dia melihat gerangan siapa menelefonnya tadi. 'Ah, Fendi lagi' getusnya dalam hati. Fendi, selaku stalker tegar Rosmah di pesbuk. Rosmah sudah penat melayan karenah Fendi. Mulanya Rosmah fikir Fendilah lelaki paling hot di fesbuk. Berbekalkan profile picture sebelah kereta Honda Type-R FD2, memakai rayban hitam tersemat di muka dan baju kemeja putih dilipat lengan sampai ke siku menampakkan sunguh gaya kejantanan Fendi.

Namun rupanya, lagu dendangan Najwa Latif agak tidak menjadi. Segalanya terbongkar ketika first date mereka .Fendi sebenarnya anak mak dan kompius dengan jantina sebenarnya. Kereta tu pula kes pergi tengok AutoShow bersama kutu-kutunya di Juru. Terukkan Fendi? Justeru terngiang-ngiang ayat' Beauty lies in the eyes of beholder' di gegendang telinga Rosmah. Ucapan kata dari Fendi. Bukan sebab apa pun, sampai ke hari ini Rosmah masih tak paham maksud Lies. Kompius dia, setahunya lies tu tipu. Apa kena mengena tipu pula dengan beauty.


Dihayun telefonnya kembali ke tilam. Terloncat-loncat telefon tersebut mencecah muka tilam Rosmah. Rosmah cepat-cepat berjalan menuju toilet di sebelah biliknya.

Seusai saja mandi, Rosmah kembali berdiri tegak di tengah biliknya. Dilihat sekeliling. Banyak poster-poster artis tempatan menghiasi ruang bilik. Bukan tak nak layan kepala artis obesea, tapi loghat BI Rosmah tak berapa nak blah. SPM dulu pun kes tiru member sebelah Rosmah score D7. Tapi kini,  sehari ke sehari Rosmah rajin benar update status pesbuk dalam bahasa inggeris. Biasalah, Google Translate dah menjadi penggantu diri Rosmah kedua. "Tak Kolumpo la kalau update bahasa melayu" kata Rosmah pada rakannya Samir satu ketika dulu.

*****


Seimbas lalu, terkeling matanya ke arah jam di dinding. "Waklu!" jerit Rosmah. Tak bergerak-gerak jarum jam. Diambilnya telefon di atas katil, melihat waktu sebenar. " Baru pukol 12. pundek betul!" marah betul Rosmah. Dalam marah-marah sempat juge rosmah mensnap gambar sekeping dua melalui telefon bimbitnya. Membuat mulut itik dan berposing Hana Tajima di depan cermin bilik sudah mencukupi prosedur gadis semasa. " Uplod jap." detik Rosmah sambil menulis caption gambar " Buruk kan? Baru mandi, yeay! ". Tanpa Rosmah sedari ada la lebih kurang 133 gambar yang sama macam tu posingnya dalam mobile upload. Tapi kompiden juga hari hari dia uplod gambar.

Tak menyempat Rosmah tekan butang signout dah 45 yang 'like' gambar depan cerminnya. Tak semena-mena hidung Rosmah kembang membunga. Dilihat wajahnya di cermin ketika hidungya kembang. Tak berani pula Rosmah nak ambil gambar ni. Dirisaukan jatuh market pula nanti. Dalam proses mengecutkan kembali lubang hidungnya yang kembang, "Dance,dance,dancing in the dark..dark dark.." .Telefon bimbitnya kembali berdering. Hampir terlepas dari pegangan. Rosmah cepat menekat punat hijau seraya berkata, "Hello, Rosmah here.."

**********

Kipas rumah gua ni kalah kipas besi Pasaraya Sukaramai kat Pekan Bukit Mertajam tu lajunya. Berdesup dia punya pusing. Rasa macam begegar rumah pun ada. Ke melampau macam tu?



0 comments:

Post a Comment

ha komen, komen!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...