Semangkuk mee harga satu penumbuk.

Nampak kecik belum tentu tak power.


Lima belas minit sebelum waktu rehat, gua pastikan yang gua ni dah siap-siap beratur tunggu masa nak cedok nasi saja. Kalau gua lambat tu, biasa gua pegi ushar makwe tingkatan tiga blok depan. Tak pun gua kena denda sama cikgu.

Biasa cikgu kimia gua berehi sangat cari pasal sama gua. Kalau tak pasal dia cikgu dah lama gua peteh kaki dia kat kaki lima kelas, beguling jatuh tangga. Lepas tu gua tunggu je nak gelak. Tapi gua tak adalah jahat macam tu sekali.

Biasa-biasa line up waktu rehat gua tak pernah cukup kalau tak ada muka-muka punk sama skinhead ni. Scene underground ni dulu sangat meriah mewarnai fesyen rakan-rakan gua. Pernah sekali, sebulan Shanaidi Ramdani tak hadir sekolah kes buat rambut mohok. Menyorok rumah Khairul Nizam.  Begitu power peginya  gaya mohok ni. Patutlah mak gua selalu sound pergi tempat orang jaga tingkah laku. Entahlah apa kaitan sebenarnya.

Memikirkan SPM kian hampir ,gagah jua Shanaidi Ramdani datang ke sekolah berambut belah tengah sebagai usaha nak kaver mohok beliau. 10 minit gua gelak hari mula dia datang sekolah. Mujur gua perasan zip seluar gua terbuka, kalau tak, 20 minit pun belum tentu cukup untuk gua gelak.

Meja gua sama kutu gua dah wajib kat bawah bangsal tepi dewan kantin. Bukan apa, situ dekat dengan toilet. "Senang nanti nak hisap rokok" kata Hafizudin yang lebih gemar dipanggil Petok. Hafizudin ni jenis cakap susah dia nak berenti. Bebekalkan modal yang kemas, padat sungguh dia bahan gua sama member-member gua. Mujur dia ni jenis lucu, banyak kali cubaan gua nak flyingkick muka dia menemui jalan buntu dan dihalang pakgad sekolah.

Dulu pantang kalau gua tengok Hafizudin ni bahagia. Senyum di muka dia seolah tamparan di wajah gua. Entah kenapa hari tu tak berhenti pula dia tersenyum. Hari-hari biasa tak banyak beza muka dia sama kalkulator saintifik. Muka mintak kena tekan berkali-kali.

Sedang gua enak makan ayam masak halia, gua perasan Hafizudin ni tak berhenti lagi tersenyum. Mustahil dia ni ushar makwe depan. Dengan memegang posisi bassist dalam band punkrok yang diasaskan beberapa bulan ketika itu , pasti jatuh poin punk beliau dikalangan ahli-ahli scene punk Terengganu yang lain kalau betul apa yang gua rasa.

Dalam pada tu juga, gua mula rasa nak bersin. Gua pun cuit bahu dia perlahan sambil menoleh muka ke arah beliau. Belum sempat dia bertanya kenapa, bersembur nasi sama cebisan ayam halia ke muka dia. Gua rasa satu lapan sampai laju bersin gua tu, sebab member sebelah ada kena sikit. Gua pun tak berapa nak pasti. Masa tu hati gua berteriak riang penuh kepuasan.

Yang hairannya petang tu gua kena balik bersin dia. Satu kat telinga satu lagi kat hidung. Jenuh gua tanya apa pasal dua kali. Dia buat dek setat enjin motor, sarung helmet terus sound gua " Aku tunggu kedai Seri Iman." Sebelum berlalu pergi, empat juga gua jerit suruh dia angkat tongkat motor. Terkena juga dia bila gua nampak dia cuba nak betulkan tongkat. Kahkahkah!

*****
Kalau tak pasal youtube baru pemes kat tanah air gua tahun 2004 dah lama gua jadi otai uplod video bersin di muka kasi satu Malaya tahu bahawasanya gua tak puas hati dibersin dua kali.. Gua sasarkan viewer cecah lebih 2 juta kalau gua uplod tahun tu. Tapi tak juga sebab tenet selow lagi masa tu. Setakat sembang ludah mahsiswa tak cukup rare lagi.



0 comments:

Post a Comment

ha komen, komen!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...