Pagi ini makmur


Maka diberitakan dari segenap penduduk Kulim khabar gembira. Yang suram menjadi indah,yang malap kian cerah dan begitulah seterusnya. Ada yang berpesta dan bergempita gembira bukan kepalang.

Dari pekan Kulim membawa ke Bukit Lengkok ke selatan hingga ke Anak Kulim, kaum kerabat tak kira warna kulit tersenyum riang seperti perang yang lama sudah tamat.

Dari rumah ke rumah,makcik makcik berborak sesama mereka disusuli suara suara merdu nyanyian anak muda. Begitu indah pagi ini bermula.Golongan lelaki pula tidak mengira usia begitu semangat ingin bekerja. Mereka seolah maklum hari ini hari bermakna. Seolah hari merdeka,hari yang lebih baik dari seribu hari sebelumnya.

Anak anak muda kembali berlari ke sekolah. Bermandi peluh bukan peluh keringat. Tidak diendahkan lencun baju asalkan mereka tahu hari ini seolah hari raya.

Dan tidak ada apa lagi yang benar benar menggembirakan hari mereka pagi ini. Lama mereka menanti,ada yang putus asa menunggu ada yang sudah dijemput Ilahi kerana lama sangat menanti. Menanti hari ini tiba. Dan akhirnya terbukti sudah terkabul segala janji.

Janji yang gua mangkit pagi. Ya,benar gua berjaya menyedut udara pagi hari ini. Bangun pagi dan terus bersarapan di kedai Mak Ngah Ti.




4 comments:

Amalina said...

langit diwaktu pagi sangat cantik.dalam pukul 5,6..
aku sangat menghargai pemandangan itu.

Abang Zam said...

langit pagi aku selalunya pukul 8 9. nice

Headmaster said...

Bagi aku pula langit tak jauh mana beza dengan lelangit mulut

Anonymous said...

Untung sgt masih boleh mangkit..tahniah noh.. :p

Post a Comment

ha komen, komen!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...