Makwe Mydin

Aku memandu kereta Perdana sepupu aku dengan penuh baik. Dalam baik tu aku mengaku ada juga sikit rasa eksen. Mana tak eksen, bukan senang nak pandu Perdana enjin mitsubishi. Ekzos jenis perang. Tapi perang dia bukan jenis perang besar. Setakat perang mulut macam tu la lebih kurang.

Sebelum sampai ke tol Ayer Keroh, aku pun singgah kejap kat Mydin Kota Fesyen. Entah ape pesen nama kawasan aku pun heran. Cuba bayang kalau aku abang long kawasan tu macam mana. "Gua abang kawasan Kota Fesyen" aku rasa mahu berlinang air mata tergelak. Tak ada bunyi komunis langsung macam tu punya nama.

"Acap pi tengok sat aiq ka ropok pa ka buat bekai." kata aku steadi kepada Acap sepupu aku. Acap mengangkat kening tanda faham. Sambil tu aku lekas lekas masuk parking di bahagian tepi banggunan. "Oops, spek rayban jangan lupa beli," kata aku menambah order. Acap angkat kening dua kali tanda dua kali faham.

Semakin lama semakin laju gerak kaki Acap menuju ke dalam. Nyaris aku ingat laju itu akan sampai ke tahap berlari. Mujur Acap masih tahu menjaga nama baik keluarga di tempat orang. Dia kembali berjalan ringkas.

Aku pun mengeluarkan sebatang rokok dari kotak Dunhill dan menekan butang tingkap di sisi pintu. Melurut laju tingkap kereta turun. " Tingkap jenis bagus ni." bisik aku. Maka bersepah lah asap keluar mengikut halaju hembusan aku ke luar tingkap. sekali sekala ada bentuk O. Ada asap yang dari hidung ada asap yang dari mulut. Nikotin perlahan lahan meresap ke badan, selesa.

Dari alis mata, aku notis ada sekujur badan di sebelah kiri penjuru depan kereta. Sekali pandang nampak macam makwe. Aku lekas lekas betulkan postur badan ke kedudukan yang hensem dan boleh diterima pakai. Kepala aku goyangkan sedikit tapi tidak melampau sangat seolah sedang mendengar muzik sedap agar nampak lebih cool.

Dari lokasi depan, makwe tersebut cuba menghampiri pintu kereta. gayanya seolah terhendap hendap. Aku cuba fokus kepada bodi lenguej nya. Dari pergerakan bahu, membawa ke lenggok kaki dan kembali ke struktur leher. Kompiden aku seraya mencapai tahap paling dashat.Sah. Aku yakin dan Kompem ini bukan makwe tapi sebenarnya pondan. Aku tekankan di sini, pondan.

Aku dari dulu tak berapa nak in dengan pondan atas sebab sebab pribadi. Mampos lah kalau orang nak cakap aku tak kolumpo pun mampos lah. Pondan ini bagi aku adalah satu jenis kejutan budaya yang sangat kodi. Orang yang kodi tak patut je jadi pondan zaman sekarang tahu. Aku rela kentut berbuih daripada kena pewit sama pondan.

Tersengih sengih macam unta pondan tersebut memandang aku. Entah nak sengih sangat ke mende pondan ni aku tak tahu. Laju aku mencapai telefon bimbit dan membuat seakan mendail nombor. Pondan tadi betul betul di pintu kereta depan penumpang. Gaya dia ingin menegur ,aku pun bersuara ke telefon. "Mana enko? Hah? enko begaduh dengan sape? fak la enko ni. Enko tunggu aku sampai.Sabo! Sabo!," dengan pantas aku menolak tombol ke gear D dan keluar dari kotak parking tanpa peduli babi dan anjing kepada pondan terbabit.

Berpeluh Acap mencari kereta. Mujur bau perfume badan masih pekat. Acap pun tergelak bagai orang gila bila tahu hal sebenar selama 20 minit. Tak cakap banyak terus aku sepak peha dia tiga kali.






Read Users' Comments ( 11 )

Harapan tingkatan tiga

Aku berada di tingkatan tiga sekitar tahun 2002 kalau tak salah. Sebagai pelajar yang datang kelas tapi duduk belakang, cikgu sering memandang aku dengan dahi berkerut. Tak cukup berkerut, urat kepala pun bantai naik sekali. Tapi aku akan pandang cikgu balik dengan dahi yang berkerut dan berurat urat juga. Begitulah. Kami saling pandang memandang selama 10 minit dalam kelas 3 Ungku Omar.

Menjadi kemestian bagi seorang yang bertingkatan tiga mahu skor 8A. Walaupun ujian bulanan nak dapat 4A pun bernanah buntut, kami peduli apa nak jerit, " Lapan A impian kami. Kami mampu!". Begitulah bunyi bentuk laungannya masa perhimpunan pagi. Entah sapalah yang kasi idea ayat macam tu. Tak kreatif langsung. Bagaimanapun, aku setuju rasa kompiden yang tinggi tu menebal selepas beberapa ketika. Biasanya kompiden itu kekal sehingga 15-20 minit sahaja sebelum kembali jahanam.

Untuk memastikan aku dan rakan rakan memperoleh keputusan yang power, para guru juga membuat satu rangka rancangan jangka pendek yang power untuk kami. Paling aku tak boleh lupa ketika kami diminta menyuarakan kemahuan kami dari segi sistem pembelajaran dan infrastruktur sekolah. Bila disebut infrastruktur sekolah, maka sepantas kilat budak kelas aku kasi idea yang boleh buat cikgu rasa nak tunjal je meja guru tu,

"Pasang lif kat hostel la cikgu,"
"Kita pasang tibi setiap kelas!"
"Kasi kontrak dewan makan ke KFC okay gak cikgu,"
"Saya rasa sehari tu kita buat murid ajar cikgu, cikgu pula jadi murid, amacam?

Masa tu aku tak berapa nak paham maksud demokrasi tu sangat. Kaset Toxicity pun beli yang lokel punya, jadi semangat rebel nak menggubal sistem tu belum kuat. Bagi aku, bukan masanya lagi untuk kami merubah corak arus perjalanan sesuatu sistem itu. Kami belum cukup ekselen dari segi nolej untuk kasi idea yang betul betul boleh bawa ke tengah. Undi ketua darjah pun pakai sistem angkat tangan lagi, mende gitu kan.

Maka bagai nak gila lah seluruh tingkatan tiga memikirkan hal ini. Ada yang membuat rujukan di perpustakaan, berbincang secara meja bulat, Memeras ugut junior kasi idea, merangka lakaran peta minda, dan yang mana jenis suka tiru kerja rumah makwe tu ,akan duduk dalam kelas dan berborak samada keluar pekan naik bas ke naik prebet sapu masa outing.
 
Time tu aku dah mengamalkan pemikiran lateral. Apa yang aku pikir ni biasanya kalau tak macam usahawan pun ada la sikit macam perdana menteri. Lagipun, masa tu mood aku tengah sedap. Jadi bila mood tengah sedap, idea juga pasti mengagumkan. Mengagumkan bagi aku adalah kagum sehingga mencapai tahap bila baca boleh naik meluat dan loya ibu mengandung. Lalu, aku pun mengoyak muka surat belakang buku Kemahiran Hidup. Prinsip aku, soal hidup ni kalau tak mahir baik tak payah hidup. Jadi memang aku selalu kena maki dek Cikgu Halim kerana kenipisan buku tulis Kemahiran Hidup tersebut.

Aku pun meminjam pen sama makwe meja sebelah., "Kalau boleh pen kilometriko la," rayu aku dalam nada melankolia. Pen Kilometriko ni bukan apa. Bukan main sedap kalau menulis pakai pen tersebut. Kadang kadang sedap sangat sampai rasa nak jilat dakwat pen Kilometriko tu tahu.

  • Pasang ekon la cikgu. Cikgu harus tahu suhu persekitaran yang rendah menjana corak pemikiran yang bagus.
  • Pasang karpet dalam kelas. Mungkin nampak macam ada can baring baring dalam kelas.Bukan cikgu,bukan. Kalau dan pasang ekon, tak cun la tak pakai alas. Pernah cikgu tengok kereta jenis ekon tak pakai karpet kereta? Pernah?
  • Tukar-tukar kelas. Dah bukan zaman cikgu pelajar belajar di dalam satu kelas yang sama. Cikgu tengok la universiti. Mana ada pakai satu kelas je. Tukar-tukar kan? Tengok la camana pergi budak universiti,amacam?
  • Komputer bagi setiap kelas. Kalau boleh kasi ram tinggi sikit la. Baru berdesup loading Microsoft Word.

Ada lagi la beberapa isi yang aku sendiri pun lupa. Maklumlah dah 10 tahun pun cerita ni. Tahun lepas, aku ada la juga tanya junior apa update sekolah. Dan, haram satu bende aku tulis takdenye sekolah buat.

Kalau aku tak berfikiran seperti seorang usahawan, dah lama aku karate tengkuk budak junior tu.






Read Users' Comments ( 5 )

Malam! Gelap.

Dah dua jam aku menggelisat di katil. Kanan tak kena kiri pun tak kena. Tak jumpa jumpa posisi yang bagus. Masa tu lah aku rasa ergonomik tilam aku ni perlu dirombak. "Dalam usia begini aku seharusnya tidur bersama isteri," bisik aku dalam hati. Buntutlah.

"Hidup ni ibarat kentut. Ada kala celaka baunya ada kala tiada bau," falsafah aku seorang tanpa motif. Aku mengangguk setuju dengan diri sendiri.

Kemudian aku diheret jauh ke dalam gelap mata yang menutup. Semakin lama semakin ke dalam. Akhirnya aku lena dibuai aksi Maria Ozawa dan Kira Kener.



Read Users' Comments ( 1 )

Kisah kedai mamak.



Ketika tahun akhir aku menuntut di Melaka, hubungan aku dan member seangkatan masih utuh. Kami masih lagi melepak di kedai yang sama, berborak benda yang sama dan kadang kadang mengenyit mata pada makwe yang sama. Yang bezanya cuma ada yang dah pandai buat rambut lurus di salun dan mula mengutuk member yang rambut kerinting.

"Aku rasa sepanjang empat tahun sini aku tak pernah pergi awal kelas." getus Ekram Faiz sambil muka menahan panas teh tarik yang baru dihirup. Masing masing memandangnya penuh inzal.

"Ah kau asal tiap awal sem mesti cita cita macam Fakri Saarani boleh buat gol. Kompiden. last last jahanam," balas Ajis dalam nahu Terengganunya sambil kaki diletak atas meja penuh biadap.Ajis ni dulu betul skinhead tak patut. Tapi tak lama. Lepas tengok cermin bagaimana celakanya rupa dia menyarung but doc mart, dia mula jadi budak belajar dan dalam diam layan lagu Ramlah Ram.

Keadaan senyap seketika.Aku rasa senyap sebeginilah yang dipanggil malaikat lalu.
"Aku setuju. Aku rasa macam esok kita patut pergi kelas awal.Aku pun dah beli kotak pensil baru. Cuma kalkulator tu je aku tak tahu sapa punya," Balas Rahmat Hashim memecah sunyi suasana. Kami angguk serentak beberapa kali percaya tak percaya Rahmat dah beli kotak pensil baru.

"Okay okay. Esok sapa sapa bangun awal dia mestilah menelefon sapa sapa. Dan sapa sapa yang ditelefonnya mestilah pula menelefon sapa sapa yang lain. Dan jika proses telefon itu terhenti di situ ,maka tahulah kita sapa yang buat dajal dan sapa yang kita patut tinggal masa nak tengok wayang nanti,amacam? " aku kasi idea yang boleh dikira padu dan menyengat. Ketika itu memang palat rasanya kalau member tengok wayang tak ajak. Tak ajak boleh terima lagi. Tapi pahal nak cerita sampai ke ending time lepak?

Setelah itu kami pun pulang dengan masing masing berfikir isu nak bangun awal. Boleh jadi gila memikirkan hal bangun awal ni. Aku sampai cari video youtube masa tu nak tahu cara bangun awal. Sebelum tidur aku dah set jam komputer siap pilih bunyi bom lagi. Biasanya bunyi bom ni tak mengecewakan. Mencarut carut terkejut aku bangun bila dengar alarm bom sebelum pada ni.

*******
Sedar sedar aku tengok jam dah pukul 11 pagi. Kelas sepatutnya jam lapan. Aku pun tak tahu siapa, bila dan mengapa alarm bom aku dimatikan. Dalam mata yang berat nak dibuka aku menggagau gagau muka tilam mencari telefon. " Peh. Nasib baik tak ada budak kol" kata aku dalam hati dan kembali sambung tidur dengan tenang.

Sejak hari itu kami berjanji tidak lagi berborak hal bangun awal dan mesti pergi tengok wayang sama sama.




Read Users' Comments ( 3 )

Baran Lampu Isyarat



Kebelakangan ni aku sering mandi lewat petang. kadang tu terlajak sampai ke pagi minggu depan. ceritanya tadi, aku mandi dalam area maghrib. aku ada job sikit nak ke Penanti. Tak jauh Penanti dari Kotaraya Kulim yang serba moden ni. Walaupun dekat, personaliti tu harus aku dahulukan. Tak bagus rasanya kalau makwe tengok jagoan 4x100 meter macam aku ni keluar ,baju tak masuk ke dalam.

jadi selepas rasa dah cukup padu dressap, aku menjengah ke luar pintu. "Nampaknya bermotor lagi aku ke Penanti malam ni. "bisik aku sendiri setelah maklum hanya sebuah motor di parkir rumah. Biasanya aku lebih suka menunggang Ducati Monster aku.Tapi sebab aku kasi free je kat member minggu lepas, jadi tinggalah modenas Kriss. Apalah sangat Ducati Monster tu nak dikirakan dengan brotherhood kami. Bagi aku, kalau dah hensem tu, naik lori duduk tempat isi barang pun makwe pandang.

Setelah ketatkan keledar, test signal okay tak okay, mencabut side mirror belah kiri dan melambai lambai tangan ke jiran sekeliling, aku pun terus memecut dengan kelajuan 180km/j. Untuk mengekalkan kelajuan ini ke Penanti, aku memandu secara mendap rapat ke hadapan. Gaya ni aku ceduk dari mereka di Cup Prix kaca tibi.

Dalam 10 kali kerdipan mata, aku pun tiba di persimpangan lampu isyarat Jalan Mengkuang. Oleh sebab member aku abang long kawasan tu, aku tak was was untuk terus ke baris hadapan sambil menrem-rem minyak dengan kuat sekali dan penuh yakin. Di belakang aku ada sebuah kereta jenis Wira. Setiap kali aku toleh ke belakang, brader tu terus pandang ke kanan lalu membetulkan cermin sisi. tiga kali aku toleh tiga kali dia betulkan cermin "Goyang tengok aku la tu.Kehkehkeh" ketawa aku dalam hati bangga.

Ketika itu lampu isyarat sedang merah. Sebangsat bangsat aku,aku jenis tak langgar lampu merah. Tapi kalau tak letak tangan atas bahu masa perhimpunan tu adalah juga dulu.

Dalam pada itu, datang seorang brader berjaket hitam, selipar jepun dan seluar jeans jenis kaki hantar alter bagi kecik menunggang honda petak di sebelah. Lagak tak ubah macam nak ajak aku race. Mujurlah aku berpegang kepada prisnsip alang alang main motor biar sampai belumba di Litar Sepang. Maka aku abaikan saja brader tu di sebelah.

Entah di mana silap lampu isyarat ,dari merah tadi bertukar kuning. Mula aku fikir ni mesti job hekes macam dalam cerita tu. Jenis aku tak mudah cemas. Aku ada juga belajar hek sikit sikit. Jadi aku terus duduk dalam posisi bersedia. Selepas 10 saat lampu masih kuning. Aku dan pemandu lain di situ sangat keliru. Kami berpandangan sesama sendiri. Iklim di situ bertukar hardkor. Masing masing jadi bangang.

Tiba tiba brader sebelah aku membuat tindakan yang drastik. Sambil menekan pedal gear dan memulas minyak sepuas hati dia terus memecut ke hadapan sambil wili. Kami semua di situ perati saja dengan membuat mata helang. Dalam empat tiang wili, brader tu kembali memandu seperti biasa. Masing masing melurut nafas lega. "Jenis baran ke lampu isyarat rupanya," sapa aku kepada brader wira di belakang lalu kami pun ketawa sehingga lampu isyarat hijau.

Sekembalinya aku di rumah, Aku membuat panggilan kepada Khairy Jamaluddin memaklumkan akan hal yang serius ini. "Khairy, enko patut tahu trafik light rosak ni boleh menimbulkan panik orang banyak. Enko passing la pesan aku ni ke parlimen ye," kata aku mengakhiri perbualan di telefon.




Read Users' Comments ( 0 )

Gua dan tiang belakang rumah

Sebagai seorang lelaki umur tak cecah 30 lagi, bangun tidur tengah hari ni dah lama gua main. Tambahan hari ni hari Ahad. Tak lengkap hidup seorang rokes sosialis jika Ahadnya bermula seawal jam lapan. Dengar nasihat gua kalau nak pergi jauh. Ahad jangan bangun awal.

Sedang serius angin kipas menghala celah kain pelikat gua, ayah gua kejut. " Hoi mangkit! hang nak kena cat tiang nu. Pakcik Rahman mai dah." bentak beliau dalam suara Stone Cold. Ayah gua ni pun satu. Tak nak kasi muka. Kalau kasi gua seminit dua lagi, dapat gua tengok muka makwe atas vespa dalam mimpi tadi.

Gua mangkit salin kain. Apa kata jiran pula nanti, tengok pakwe hensem lepasan universiti macam gua tidur pakai kain pelikat. Mana gua nak letak muka. Kurang kurang pakai pijama lengkap atas bawah dan selipar bulu bilik. Baru orait dengan gua dan nampak tidur bilik ekon.

Selepas bertungkus lumus mengecat lapan tiang, gua puas hati. Ayah gua dan Pakcik Rahman juga turut bangga dengan hasil tangan gua. Lantas Pakcik Rahman pun memberi idea yang gua rasa di tahap geliga, "Apa kata hang buat bisnes cat muka time bola? Pakcik rasa hang okay". Gua pun angguk tanda setuju lantas berlari-lari masuk bilik malu.



Read Users' Comments ( 1 )

Gua dan Reaktor Nuklear

Beberapa hari lepas gua ada baca di majalah akan hal Proses dan Operasi reaktor Nuklear. Sebenarnya banyak pro dan kontra jika sesebuah negara ada keinginan membangunkan reaktor nuklear kalau lu nak tahu.

Gua pun ambil masa satu hingga dua jam membuat sedikit sebanyak kajian yang berasaskan dari lima konsep iaitu '4W dan 1H'. Taraf kajian yang berlandaskan konsep ini hanya untuk operasi yang berprofil tinggi sahaja dan tak semua mampu fikir.

Tambahan, tak ramai anak melayu kita macam gua mampu memotivasikan diri membuat kajian sebegini.

Setelah selesai membaca Wikipedia dan Yahoo answer, gua pun merojer orang kampung mana yang patut untuk membuat satu perbincangan meja bulat. Isu yang gua bangkitkan adalah "Membina Reaktor Nuklear di Kulim". Semoga usaha murni gua diperkenan umum dan tidak mendapat tentangan dari sudut politik.



Read Users' Comments ( 1 )

Gua dan gearbox

Setelah makan tahun lamanya, enjin kereta gua dikenal pasti perlu diperbaiki mana yang patut. Untuk tidak mahu semak rumah dan mendengar leteran dari ibu gua, gua ambil keputusan menanggalkan enjin di bengkel dan membawa pulang gearbox semata.

Bukan apa, gua ingat nak bikin kat bengkel lain gearbox ni. Dengar cerita budak yang dah lama main kereta kat bandar,  Zaim RS lagi power kalau bab barai gearbox. Entah lah, gua pun bukan kenal rapat dengan budak tu.

Setelah tiga hari, ayah gua sound " Hang nak bubuh sampai tahun depan ka gearbox kat sini?". Gua diam pandang cermin muka. "Satgi orang balaih baru hang ada akai. Angkat, ubah." tambahnya sambil menghidupkan enjin kereta. Sebagai tak nak jadi anak derhaka, gua berjalan perlahan ke lokasi gearbox. Ayah gua pandang slek dan terus duduk selesa dalam kereta.

Sebenarnya bukan satu job mudah nak mengalih gearbox ni. Berat nya cecah berat 13 orang bayi tempatan. Di zaman dulu, barangsiapa mampu mengangkat gearbox ini lebih dari seribu kali tanpa minum air, beliau berhak digelar badang gearbox.

Sambil gua mempersiapkan tempat baru untuk gearbox, ayah gua pun berlalu pergi. Gua kembali ke lokasi asal gearbox , ambil kain lalu menutup permukaan atasnya. Selesai saja mengalas pakai kain, gua masuk ke dalam rumah, memasang kipas pada kelajuan lima seraya pekena tidur petang selama tiga jam setengah.

Moral: Gua macam tak rasa ada pencuri sanggup mengangkat sebuah gearbox yang seberat tu.



Read Users' Comments ( 1 )

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...