Baran Lampu Isyarat



Kebelakangan ni aku sering mandi lewat petang. kadang tu terlajak sampai ke pagi minggu depan. ceritanya tadi, aku mandi dalam area maghrib. aku ada job sikit nak ke Penanti. Tak jauh Penanti dari Kotaraya Kulim yang serba moden ni. Walaupun dekat, personaliti tu harus aku dahulukan. Tak bagus rasanya kalau makwe tengok jagoan 4x100 meter macam aku ni keluar ,baju tak masuk ke dalam.

jadi selepas rasa dah cukup padu dressap, aku menjengah ke luar pintu. "Nampaknya bermotor lagi aku ke Penanti malam ni. "bisik aku sendiri setelah maklum hanya sebuah motor di parkir rumah. Biasanya aku lebih suka menunggang Ducati Monster aku.Tapi sebab aku kasi free je kat member minggu lepas, jadi tinggalah modenas Kriss. Apalah sangat Ducati Monster tu nak dikirakan dengan brotherhood kami. Bagi aku, kalau dah hensem tu, naik lori duduk tempat isi barang pun makwe pandang.

Setelah ketatkan keledar, test signal okay tak okay, mencabut side mirror belah kiri dan melambai lambai tangan ke jiran sekeliling, aku pun terus memecut dengan kelajuan 180km/j. Untuk mengekalkan kelajuan ini ke Penanti, aku memandu secara mendap rapat ke hadapan. Gaya ni aku ceduk dari mereka di Cup Prix kaca tibi.

Dalam 10 kali kerdipan mata, aku pun tiba di persimpangan lampu isyarat Jalan Mengkuang. Oleh sebab member aku abang long kawasan tu, aku tak was was untuk terus ke baris hadapan sambil menrem-rem minyak dengan kuat sekali dan penuh yakin. Di belakang aku ada sebuah kereta jenis Wira. Setiap kali aku toleh ke belakang, brader tu terus pandang ke kanan lalu membetulkan cermin sisi. tiga kali aku toleh tiga kali dia betulkan cermin "Goyang tengok aku la tu.Kehkehkeh" ketawa aku dalam hati bangga.

Ketika itu lampu isyarat sedang merah. Sebangsat bangsat aku,aku jenis tak langgar lampu merah. Tapi kalau tak letak tangan atas bahu masa perhimpunan tu adalah juga dulu.

Dalam pada itu, datang seorang brader berjaket hitam, selipar jepun dan seluar jeans jenis kaki hantar alter bagi kecik menunggang honda petak di sebelah. Lagak tak ubah macam nak ajak aku race. Mujurlah aku berpegang kepada prisnsip alang alang main motor biar sampai belumba di Litar Sepang. Maka aku abaikan saja brader tu di sebelah.

Entah di mana silap lampu isyarat ,dari merah tadi bertukar kuning. Mula aku fikir ni mesti job hekes macam dalam cerita tu. Jenis aku tak mudah cemas. Aku ada juga belajar hek sikit sikit. Jadi aku terus duduk dalam posisi bersedia. Selepas 10 saat lampu masih kuning. Aku dan pemandu lain di situ sangat keliru. Kami berpandangan sesama sendiri. Iklim di situ bertukar hardkor. Masing masing jadi bangang.

Tiba tiba brader sebelah aku membuat tindakan yang drastik. Sambil menekan pedal gear dan memulas minyak sepuas hati dia terus memecut ke hadapan sambil wili. Kami semua di situ perati saja dengan membuat mata helang. Dalam empat tiang wili, brader tu kembali memandu seperti biasa. Masing masing melurut nafas lega. "Jenis baran ke lampu isyarat rupanya," sapa aku kepada brader wira di belakang lalu kami pun ketawa sehingga lampu isyarat hijau.

Sekembalinya aku di rumah, Aku membuat panggilan kepada Khairy Jamaluddin memaklumkan akan hal yang serius ini. "Khairy, enko patut tahu trafik light rosak ni boleh menimbulkan panik orang banyak. Enko passing la pesan aku ni ke parlimen ye," kata aku mengakhiri perbualan di telefon.




0 comments:

Post a Comment

ha komen, komen!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...