Harapan tingkatan tiga

Aku berada di tingkatan tiga sekitar tahun 2002 kalau tak salah. Sebagai pelajar yang datang kelas tapi duduk belakang, cikgu sering memandang aku dengan dahi berkerut. Tak cukup berkerut, urat kepala pun bantai naik sekali. Tapi aku akan pandang cikgu balik dengan dahi yang berkerut dan berurat urat juga. Begitulah. Kami saling pandang memandang selama 10 minit dalam kelas 3 Ungku Omar.

Menjadi kemestian bagi seorang yang bertingkatan tiga mahu skor 8A. Walaupun ujian bulanan nak dapat 4A pun bernanah buntut, kami peduli apa nak jerit, " Lapan A impian kami. Kami mampu!". Begitulah bunyi bentuk laungannya masa perhimpunan pagi. Entah sapalah yang kasi idea ayat macam tu. Tak kreatif langsung. Bagaimanapun, aku setuju rasa kompiden yang tinggi tu menebal selepas beberapa ketika. Biasanya kompiden itu kekal sehingga 15-20 minit sahaja sebelum kembali jahanam.

Untuk memastikan aku dan rakan rakan memperoleh keputusan yang power, para guru juga membuat satu rangka rancangan jangka pendek yang power untuk kami. Paling aku tak boleh lupa ketika kami diminta menyuarakan kemahuan kami dari segi sistem pembelajaran dan infrastruktur sekolah. Bila disebut infrastruktur sekolah, maka sepantas kilat budak kelas aku kasi idea yang boleh buat cikgu rasa nak tunjal je meja guru tu,

"Pasang lif kat hostel la cikgu,"
"Kita pasang tibi setiap kelas!"
"Kasi kontrak dewan makan ke KFC okay gak cikgu,"
"Saya rasa sehari tu kita buat murid ajar cikgu, cikgu pula jadi murid, amacam?

Masa tu aku tak berapa nak paham maksud demokrasi tu sangat. Kaset Toxicity pun beli yang lokel punya, jadi semangat rebel nak menggubal sistem tu belum kuat. Bagi aku, bukan masanya lagi untuk kami merubah corak arus perjalanan sesuatu sistem itu. Kami belum cukup ekselen dari segi nolej untuk kasi idea yang betul betul boleh bawa ke tengah. Undi ketua darjah pun pakai sistem angkat tangan lagi, mende gitu kan.

Maka bagai nak gila lah seluruh tingkatan tiga memikirkan hal ini. Ada yang membuat rujukan di perpustakaan, berbincang secara meja bulat, Memeras ugut junior kasi idea, merangka lakaran peta minda, dan yang mana jenis suka tiru kerja rumah makwe tu ,akan duduk dalam kelas dan berborak samada keluar pekan naik bas ke naik prebet sapu masa outing.
 
Time tu aku dah mengamalkan pemikiran lateral. Apa yang aku pikir ni biasanya kalau tak macam usahawan pun ada la sikit macam perdana menteri. Lagipun, masa tu mood aku tengah sedap. Jadi bila mood tengah sedap, idea juga pasti mengagumkan. Mengagumkan bagi aku adalah kagum sehingga mencapai tahap bila baca boleh naik meluat dan loya ibu mengandung. Lalu, aku pun mengoyak muka surat belakang buku Kemahiran Hidup. Prinsip aku, soal hidup ni kalau tak mahir baik tak payah hidup. Jadi memang aku selalu kena maki dek Cikgu Halim kerana kenipisan buku tulis Kemahiran Hidup tersebut.

Aku pun meminjam pen sama makwe meja sebelah., "Kalau boleh pen kilometriko la," rayu aku dalam nada melankolia. Pen Kilometriko ni bukan apa. Bukan main sedap kalau menulis pakai pen tersebut. Kadang kadang sedap sangat sampai rasa nak jilat dakwat pen Kilometriko tu tahu.

  • Pasang ekon la cikgu. Cikgu harus tahu suhu persekitaran yang rendah menjana corak pemikiran yang bagus.
  • Pasang karpet dalam kelas. Mungkin nampak macam ada can baring baring dalam kelas.Bukan cikgu,bukan. Kalau dan pasang ekon, tak cun la tak pakai alas. Pernah cikgu tengok kereta jenis ekon tak pakai karpet kereta? Pernah?
  • Tukar-tukar kelas. Dah bukan zaman cikgu pelajar belajar di dalam satu kelas yang sama. Cikgu tengok la universiti. Mana ada pakai satu kelas je. Tukar-tukar kan? Tengok la camana pergi budak universiti,amacam?
  • Komputer bagi setiap kelas. Kalau boleh kasi ram tinggi sikit la. Baru berdesup loading Microsoft Word.

Ada lagi la beberapa isi yang aku sendiri pun lupa. Maklumlah dah 10 tahun pun cerita ni. Tahun lepas, aku ada la juga tanya junior apa update sekolah. Dan, haram satu bende aku tulis takdenye sekolah buat.

Kalau aku tak berfikiran seperti seorang usahawan, dah lama aku karate tengkuk budak junior tu.






5 comments:

Anonymous said...

kahkah, toxicity.

ஜ miss klanika ஜ said...

idea-idea tu mcm tak relevan je ke arah capai stret As . apapon lu pon layan soad ke ? power-power . geng !

Anonymous said...

dua yg awal tu idea ke arah tido ade.
tp bab laptop aku setuju.
klau boleh,nk alienware.

Aing said...

haha agak sengal2 senget jgk kau ni..
memang perghh lah isu 2..

syafiqa said...

hahah belasah kan aja

Post a Comment

ha komen, komen!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...