Entry satu perenggan yang kejam

Gua kerap eksploitasikan minda gua. Gua cuba cari di penghujung mana jawapan ini tiba.Gua ragu dan terus ragu.Apa yang masih menanti di depan gua. Gua bukan jenis suka palingkan pandangan ke belakang. Gua spesis pandang ke depan. Adalah tidak adil bagi yang memandang ke belakang jika gua cakap pandang ke depan adalah lebih positif. Kesan negatif sama sekali gua tak dapat sangkal. Akibatnya gua sering lupa tentang sejarah. Sejarah gua sama sejarah sekeliling gua. Pernah gua tetapkan sama dada gua,sejarah adalah sejarah. Lu boleh padam bila-bila masa sama macam lu padam history Internet Explorer selepas lu layan melayuboleh satu ketika dulu. Jadi gua rasa, samada lu jenis gua atau sebaliknya timbal balik setiap satunya tetap ada.Di situ sahaja dapat gua lihat kesan bukanlah tajuk utama dalam setiap hal. Lebih penting,soal keputusan yang lu sendiri telah tetapkan. Samada kiri atau kanan, lu pilih sahaja. Selebihnya adalah kelebihan dalam setiap keputusan lu.Cara lu kasi tunjuk jalan dalam setiap keputusan lu adalah tanggungjawab utama penjana kepada segala kemahuan dunia.Cakap bab dunia bukanlah satu profession gua.  Gua lebih suka kepada skop yang lebih sedikit dari kecil.Halus mungkin lebih tepat. Ya halus. Gua perlu lebih halus.



Read Users' Comments ( 3 )

Kisah Musa si kanak-kanak desa.

Hari ni Jumaat.Bersamaan sama hari selepas Khamis,seperti selalu.Tak ada apa pun yang beza.Hari Jumaat tidak pernah datang selepas Sabtu mahupun sebelum Khamis. Jumaat tetap Jumaat,penghulu segala hari.

Gua macam biasa.Kalau time hari Jumaat,kilang gua standard kasi lepas jam 12.45 tengah hari. Gua apa lagi, cepat-cepat gua angkat kaki. Nanti 2.30 petang gua kena check-in balik.

Musa, jiran rumah Paklang gua.Tak salah gua umur dia baru saja menjangkau sepuluh tahun. Gua istilahkan dia kanak-kanak istimewa. Dia ada sikit masalah kurang pendengaran. Jadi gua tak hairan kalau time gua balik kerja, gua maki gila-gila pun dia boleh buat dek. Berbulu jantung gua. Nasib baik budak sepuluh tahun, kalau tiga puluh tahun, gua maki, lepas tu gua cabut cepat-cepat.Gila nak tunggu.

Gua dikategorikan sebagai boleh-boleh la berkomunikasi sama Musa. Gua dulu ada sikit-sikit belajar bahasa isyarat.Setakat A sampai Z gua boleh lagi setakat nak kilas-kilas jari tu.Gua pulak suka melayan si Musa ni. Dia ni memang spesis nakal. Kalau tak tahan kena tumbuk sama tendang,lu duduk jauh-jauh sama dia.Silap haribulan, lebam biji mata lu kena tumbuk.Badan dia  level-level budak form three lu tahu. Tapi perangai tak ubah macam budak sekolah Taski.

Pantang nampak Ferrari gua parking depan rumah, lu rilaks tak sampai sepuluh minit,kompom lu nampak muka bulat dia depan pintu.Kalau tak pasal nak pau Maklang gua punya ayam goreng, mesti dia datang ada motif lain.Nak ranjau status pesbuk gua.

Tadi gua sampai rumah Maklang gua, baru gua nak suap first nasi gua,pap-pap dia hulur kepala tepi tingkap. Port gua makan memang tepi tingkap. Untung-untung gua boleh nampak sorang dua makwe lalu,boleh gua kasi fewiit. Tapi sampah ni yang datang.Gua tengok jam,pukul 1.15. Dia dah siap-siap pakai baju t-shirt dari pagi tadi,seluar sukan,sama songkok kecil dia. Tanpa rasa malu dia suruh gua makan cepat-cepat. Bawak dia pergi semayang.Gua rilaks, sebab belakang dia time tu ada makwe. Kalau tak, dah lama gua simbah air sirap ni atas songkok dia. Kasi delay sikit masa.

Pendekkan cerita, time imam dah siap-siap bagi salam gua pusing belakang.Gua nampak si Musa tengah semayang lagi.Gua dalam hati saspek ni mesti kes dia pergi melantak kat belakang masjid.Bukan boleh harap sangat dia ni.Pantang nampak rezeki, mau dia sentap awal-awal. Part dia tengah semayang lagi gua tak heran sangat.Tapi tengah-tengah dia semayang sama makmum sebelah dia, gua perasan mata dia sikit-sikit mesti jeling sama brader tu.

Bila time brader tu rukuk, dia pun rukuk,brader tu sujud, dia pun sujud. Senang cerita, objektif dia jeling brader tuh kes tak ingat prosedur nak semayang la tu. Bila time nak salam, dia la paling laju sekali. Haih, Musa,Musa.Itulah Musa, budak yatim istimewa kampung gua.Lu masuk Permatang Pasir, lu tanya sapa tak kenal sama Musa. Nak cakap sama dia, memang anak tekak lu tak boleh handle. Kena kasi jerit kuat-kuat itupun untunglah kalau Musa dengar.
.
.
.
.
Tengok gaya Musa, gua teringat time gua follow ayah gua semayang Maghrib dulu. Tapi dulu part tahiyat akhir gua fail kes tak reti nak kilas kaki. Jenuh ibu sama ayah gua ajar.

Nota kaki: Rumah Paklang gua ni asalnya rumah arwah Wan sama Tok gua tinggal.Rumah ni juga tempat gua kenal ABC sama 123dan rumah tu jugalah rumah gua tinggal dulu.



Read Users' Comments ( 5 )

Cerita iklas gua

Gua berani.Memang gua dari kecil dah dapat macam-macam tawaran atas keberanian gua.Contohnya Pingat Jasa Keberanian, Pingat Gagah Berani tak kurang juga tawaran jadi Guard malam kilang kat Mak Mandin tu.Itupun kes gua berani tau.Setakat benda-benda simple ni gua tak heran.Bukan gua nak cakap belagak. Tapi benda dah nyata lagi jelas. Kalau lu ilmu setakat belas-belas tahun belajar, gua saran tak perlu nak test gua. Gua risau lu tak boleh nak handle. Sakit dah satu hal.Nanti menyusahkan orang lain nak menyuap nasi kes tangan tak boleh gerak.Benda-benda halus? Itu mainan kanak-kanak lah. Tu part satu chapter lima time gua mula-mula belajar dulu.
.
.
.
.
.
Gua jerit dalam wayang tadi bukan takut.Saja nak test suara.Dah lama tak jerit-jerit tengok cerita hantu. Nak juga sekali sekala rasa macam mana jadi penakut.Bosan la selalu sangat berani.Bukan banyak pun,sekali dua saja gua jerit time hantu keluar mengejut.Ya la, gua tipu.Lebih sepuluh kali.Puas?

p/s- Kuat juga statement gua defend bab tengok cerita hantu kat wayang.
p/s kedua- Entry sebelum ni bukan pasal si dia.Ni pasal si dia yang lain.



Read Users' Comments ( 4 )

Cerita spesel untuk Lu.

Gua dah lama sebenarnya nak tulis benda ni.Tapi memandangkan komitmen gua terhadap family, kerjaya,eksperimen serta industri hiburan gua lebih penting, gua tangguhkan buat seketika. Pada mulanya gua rasa mungkin real punya seketika. Setelah sekian lama, gua sendiri macam nak cakap kepala hotak gua seketika sama diri gua sendiri. Gua agak dah berapa kurun gua tangguh. Lama betul lu tahu.

Enough pasal bab penangguhan. Gua tahu lu baca entry ni. Gua memang ada kuasa magic boleh detect benda-benda halus ni. Perlu diingatkan, magic gua hanya apply untuk gua sahaja. Gua tak main share-share ni. Gua bukan cakap sama lu. Gua cakap kat lu yang ada tulis entry pasal gua.Gua saspek sekarang mesti lu tengah cuak gila. Kalau ada racun serangga sebelah, seperti Ridsect contohnya, mesti lu dah prepare pegang sekarang sekadar persediaan nak sembur dalam mulut lu. Gua tahu.

Dengan rasa iklas tanpa ragu-ragu, gua cakap memang gua ada baca belog lu.Dah hobi gua membaca. Gua tak rasa salah dengan tingkahlaku gua baca belog lu.Lu pegi paste sama info pesbuk lu apehal. Tambahan lagi, naluri gua sangat kuat memberitahu gua, memang lu saja letak situ.Kasi gua baca. 

Dalam entry lu yang agak panjang gua rasa, banyak kali lu point sama gua. Tapi gua tak heran. Gua tak marah. Sumpah gua tak marah. Malah gua rasa syok sendiri dengan bahan bacaan tersebut. Memang salah gua rasanya. Tapi gua pasti,semua tu subjektif. Bila subjektif, kompom-kompom jawapan dia juga adalah pelbagai.Jadi gua terdetik rasa prihatin nak reply entry tersebut. Gua habiskan masa lebih separuh umur gua baca entry lu.Panjang.Sambil gua baca, gua tersenyum, sampai member gua sepak muka gua kes senyum tak henti-henti.

"He is an immature guy", "Immature guy doesn't has plan,they just do and follow the flow", "They make you feel happy at first and left you when they want it to do".Lebih kurang begitu lah ayat-ayat lu. Gua malas nak patah balik pergi copy since internet gua bukan unifi mahupun p1wimax yang berhalaju tinggi serta laju loading-nya bila tengok youtube.

Gua rasa tak perlu gua defend.Apesal? Sebab gua rasa lu mesti rasa lu betul.Gua tahu.Gua kenal perangai lu.Tapi sebagai seorang yang bercita-cita tinggi nak jadi Timbalan Perdana Menteri, gua rasa perlu untuk gua feedback sedikit.

Lu nak cakap gua immature ka gua tak mumaiyis lagi ka, gua tak ambil port. Lu punya mulut,lu punya suka. Tapi gua dah kasitahu sama lu,gua buat apa yang gua suka. Lu pun tak kena timing. Gua tengah busy, mana gua ada banyak masa terluang nak entertain lu. Gua rasa bab folow the flow, seingat gua lu pun ada kasitau gua serupa macam tu.Gua pun pening mana satu. Gua jadi telan mati mak,luah mati bapak. Takkan gua nak telan.Last-last gua buat apa? Gua telan,telantar atas tilam gua tidur.Senang.

Takpa. Gua pesan sama lu, lu dah ada life,lu ada karier lu.Lu go on.Tipu la gua kalau gua tak ingat sama lu.Ada jugak gua buka-buka page lu.Gua tengok-tengok apa jadi sama lu.Mana tau dah jadi mak orang ka,dah jadi angkasawan ka,dah jadi ahli bomba ka.

Sebagai memotivasikan diri lu, lu simpan ni dalam hati ketat-ketat,
"You are one step closer to a perfect woman,because nobody is perfect"
Lu pun tahu gua punya cerita bab komitmen-komitmen ni.Dan lu pun tahu jiwa gua ni rock dalam-dalam punya.Dulu dalam entry mana gua dah lupa, gua ada kasitau pasal pesan mak gua.Ni gua nak transfer pesan tu sama lu.
"Lu jangan main gila sama orang patah hati,Dia punya go ada lain macam punya"

Apa-apa pun, gua rasa berbesar hati kenal sama lu.Gua buat macam tu pun sebab gua taknak nanti lu patah hati.Gua rasa feel gua belum sampai lagi untuk benda-benda macam ni.Gua harap nanti kita boleh jumpa lagi.





Read Users' Comments ( 8 )

Ajaib bukan.

Gua nampak gua atas highway. Gua sama ada dua lagi member gua. Tapi member gua blur-blur sapa. Tapi sebelum gua naik highway, gua dalam bilik hostel MMU gua. Bilik hostel gua sorang-sorang.Suasana gua rasa malam,sebab sunyi. Berbalik kepada highway. Hala tuju gua tak tahu. Gua seolah dalam satu tujuan. Kadang-kadang gua nampak suasana highway seperti di Perak. Tapi tak tetap. Sekejap gua rasa macam on the way naik Kuala Lumpur. Scene highway tak lama. Dia tukar masuk gua tengah jalan-jalan di Petaling Street. Motif? Gua sendiri tunggang-langgang pikir.Semua nampak dalam satu pola yang mendatar. Seolah tiada klimaks mahupun penghujung.

Ajaib bukan? Ini bukan cerita dalam hati ada taman punya. Benda ni adalah imaginasi tanpa kawal gua saat gua dengar lagu You're Beautiful - James Blunt.

Lagu ni pernah famous time 2005 dulu. Time tu gua baru masuk MMU.Gua hairan bila hitz selalu juga play lagu ni time gua balik kerja sekarang.Gua rasa lagu ni juga macam fenomena basikal flywheel mati. Basikal ni dulu time gua darjah tiga dah famous gila. Sekarang adik gua pulak naik gila nak pandu-uji ini basikal. Sekarang nama gila up, fixie. Padahal dulu gua sama geng gua panggil 'spoket mapuh' saja.

Gua tahu imaginasi macam ni, lu pun ada. Mungkin dia ikut mood sama history lu macam mana. Itu gua rasa saja.



Read Users' Comments ( 14 )

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...