Cerita spesel untuk Lu.

Gua dah lama sebenarnya nak tulis benda ni.Tapi memandangkan komitmen gua terhadap family, kerjaya,eksperimen serta industri hiburan gua lebih penting, gua tangguhkan buat seketika. Pada mulanya gua rasa mungkin real punya seketika. Setelah sekian lama, gua sendiri macam nak cakap kepala hotak gua seketika sama diri gua sendiri. Gua agak dah berapa kurun gua tangguh. Lama betul lu tahu.

Enough pasal bab penangguhan. Gua tahu lu baca entry ni. Gua memang ada kuasa magic boleh detect benda-benda halus ni. Perlu diingatkan, magic gua hanya apply untuk gua sahaja. Gua tak main share-share ni. Gua bukan cakap sama lu. Gua cakap kat lu yang ada tulis entry pasal gua.Gua saspek sekarang mesti lu tengah cuak gila. Kalau ada racun serangga sebelah, seperti Ridsect contohnya, mesti lu dah prepare pegang sekarang sekadar persediaan nak sembur dalam mulut lu. Gua tahu.

Dengan rasa iklas tanpa ragu-ragu, gua cakap memang gua ada baca belog lu.Dah hobi gua membaca. Gua tak rasa salah dengan tingkahlaku gua baca belog lu.Lu pegi paste sama info pesbuk lu apehal. Tambahan lagi, naluri gua sangat kuat memberitahu gua, memang lu saja letak situ.Kasi gua baca. 

Dalam entry lu yang agak panjang gua rasa, banyak kali lu point sama gua. Tapi gua tak heran. Gua tak marah. Sumpah gua tak marah. Malah gua rasa syok sendiri dengan bahan bacaan tersebut. Memang salah gua rasanya. Tapi gua pasti,semua tu subjektif. Bila subjektif, kompom-kompom jawapan dia juga adalah pelbagai.Jadi gua terdetik rasa prihatin nak reply entry tersebut. Gua habiskan masa lebih separuh umur gua baca entry lu.Panjang.Sambil gua baca, gua tersenyum, sampai member gua sepak muka gua kes senyum tak henti-henti.

"He is an immature guy", "Immature guy doesn't has plan,they just do and follow the flow", "They make you feel happy at first and left you when they want it to do".Lebih kurang begitu lah ayat-ayat lu. Gua malas nak patah balik pergi copy since internet gua bukan unifi mahupun p1wimax yang berhalaju tinggi serta laju loading-nya bila tengok youtube.

Gua rasa tak perlu gua defend.Apesal? Sebab gua rasa lu mesti rasa lu betul.Gua tahu.Gua kenal perangai lu.Tapi sebagai seorang yang bercita-cita tinggi nak jadi Timbalan Perdana Menteri, gua rasa perlu untuk gua feedback sedikit.

Lu nak cakap gua immature ka gua tak mumaiyis lagi ka, gua tak ambil port. Lu punya mulut,lu punya suka. Tapi gua dah kasitahu sama lu,gua buat apa yang gua suka. Lu pun tak kena timing. Gua tengah busy, mana gua ada banyak masa terluang nak entertain lu. Gua rasa bab folow the flow, seingat gua lu pun ada kasitau gua serupa macam tu.Gua pun pening mana satu. Gua jadi telan mati mak,luah mati bapak. Takkan gua nak telan.Last-last gua buat apa? Gua telan,telantar atas tilam gua tidur.Senang.

Takpa. Gua pesan sama lu, lu dah ada life,lu ada karier lu.Lu go on.Tipu la gua kalau gua tak ingat sama lu.Ada jugak gua buka-buka page lu.Gua tengok-tengok apa jadi sama lu.Mana tau dah jadi mak orang ka,dah jadi angkasawan ka,dah jadi ahli bomba ka.

Sebagai memotivasikan diri lu, lu simpan ni dalam hati ketat-ketat,
"You are one step closer to a perfect woman,because nobody is perfect"
Lu pun tahu gua punya cerita bab komitmen-komitmen ni.Dan lu pun tahu jiwa gua ni rock dalam-dalam punya.Dulu dalam entry mana gua dah lupa, gua ada kasitau pasal pesan mak gua.Ni gua nak transfer pesan tu sama lu.
"Lu jangan main gila sama orang patah hati,Dia punya go ada lain macam punya"

Apa-apa pun, gua rasa berbesar hati kenal sama lu.Gua buat macam tu pun sebab gua taknak nanti lu patah hati.Gua rasa feel gua belum sampai lagi untuk benda-benda macam ni.Gua harap nanti kita boleh jumpa lagi.





8 comments:

Anonymous said...

I am an active reader. Best of luck in your future endeavors. :)

suha said...

siapakah?

Headmaster said...

@anonymous

Tak apa.Gua kenal lu:)

@Suha

One of my 'special' friend. ;)

Unknown said...

Ceh. Cakap ta amik kesah... Tp entry emo bagai.. Haha.. Relax la der. Bile dh ada duit senang je nk cari lgi best.. Buat mcm gua. Cari budak sekolah.. Bela la elok2 smpi bdk tu berjaya nnti.. Dpt gak manfaat.. Haha

Headmaster said...

kau selalu buat spoil.kan entry nih feedback.bebulu la gua.kah~kah~kah!!

form berapa ngam-ngam kalau nak jaga?

Paul Hassan said...

ade awek saving hahahahahaha ;p aku pon tau jugak!

Amalina said...

aku tak boleh tangguh, kalau aku tangguh selalu aku lupe. sebab aku jenis cepat lupe.macam kawan aku kate, banyak benda dalam dunia ni kita kena lupa dan maafkan supaya tak tinggalkan rasa yang tak sepatutnya dalam hati.

Headmaster said...

@paul

aritu aku dah transferr dua orang kat kau

@amalina

Tapi aku banyak makan kismis.susah nak lupa

Post a Comment

ha komen, komen!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...