komuniti hijab

Setelah makan tahun aku perhati, corak dan bentuk pemakaian tudung kian bercambah. Gaya persembahan tudung giat dipertontokan. Aku pun mencari jalan penyelesaian hampir mutlak bagi meletak titik noktah untuk panorama ini.

Kalau tidak aku, mungkin ada kalian di luar sana boleh menerbitkan satu kitab muktabar berkenaan setail tudung. Kitab ini boleh menjadi kompilasi dari segala ikatan tudung yang diceduk dari facebook, instagram mahupun youtube.

Sedikit nukilan dari pelopor-pelopor gaya tudung tanah air dan juga antarabangsa diselitkan sebagai prakata di helaian hadapan agar kitab itu lebih kick dari segala segi.

Semoga dengan terbitnya kitab muktabar hal ehwal tudung ini, diharapkan tiada lagi wajah wajah mekap terang, maskara menghitam, merah pipi menyala dan gincu bibir menebal memenuhi ruang media sosial semasa menyampaikan kuliah pemakaian tudung.







1 comments:

Anonymous said...

nanti bila kitab tu dah diterbitkan, mungkin akan ada banyak versi.. versi 1.0, versi 2.0 and so on. kreativiti para pemintal tudung ni semakin sukar dikekang...

Post a Comment

ha komen, komen!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...