Segmen : Semua orang pun mahu kritik

Gua sebenar saja round-round belog semalam.Tapi tiba-tiba gua rasa macam spoil.Gua ada perasan satu mamat ni macam ada sikit bajek. Dia bajek dia macam gua la. Nasib baik gua ni ada sikit hensem dari dia. Gua ingat kalau satu hari gua jumpa sama dia, gua nak ajak one by one. Gua nak ajak dia fight PES 2011 sama gua. Gua nak tengok dia berani tak berani. Gua tahu dia kompom vibrate punya.

Belog Minda Gersang. Pernah kena Banned di Benua Eropah atas beberapa alasan yang tak munasabah
Lu tengok dia punya banner pun, gua rasa kompom lu pikir mamat ni kaki donlod 3gp melayu. Tak pun kaki tak mandi wajib. Kan gua cakap dia bajek. Letak lolipop, macam gegurl la konon. Padahal muka dia sebenar dah tahap legend-legend punya muka.  

Tapi part ni memang naharam.Gua ni jenis tak puji orang.Tapi gua kena ngaku gua memang suka baca dia punya entry. Dia punya vocab pon gua ada into sikit. Gua ni kaki tak layan baca belog saya-anda-saya-anda. Gua rasa kick tu tak ada. Lu ingat hari-hari gua cakap sama member gua saya anda saya anda ka?Gila. Lu ingat kerja gua baca berita TV3? Zakiah Anas ka Mahadir Lokman boleh la. Gua rock. Rock mesti mau keras. Mesti mau ada carut,romen,gua,lu,aku,kaw.

Gua tak reti komen layout-layout ni. Gua pun baru tahu maksud layout ni dua hari lepas. Apehal gua nak menggelabah komen layout dia? Lu punya layout lu punya suka. Gua tak bole baca, gua tak baca. Ada betul? Bab berat tak berat gua tak amek port. Remeh la benda tu. Gua pakai streamyx 10mbps what. Apa gua heran pasal berat. weh, camane nak check berat belog weh?spoil sial.

Tapi gua ada hutang sama dia.Itu hari dia ada review pasal gua. Gua rasa dia punya review ada sikit lari. Gua pon tak tau kat mana bagus belog gua. Setahu gua belog gua ni saling tak tumpah dengan gua. Sampah. Nampak tak gua macam nak cakap gua bagus tapi kaver-kaver. Ah, sama macam budak-budak post gambar posing gila-gila siap mekap bagai kat pesbuk, tapi kasi caption "Ala buruknya muka i kan?".Gua harap lu paham apa maksud gua. Malas gua nak ekplen panjang. Yang gua tahu rupa gua iras-iras Aaron Aziz.

Tapi kalau lu nak baca belog dia gua tak larang. Gua pun suka baca belog dia.Tapi lu jangan banyak bunyik kalau lepas lu baca belog dia lu selalu mimpi hantu kejar lu ka lu kena bogel sama hantu ka.Jangan. Apa-apa pasal hantu, lu jangan libat gua. Kaki-kaki cari hantu dan mencarut macam gua sama Paul Hassan saja boleh baca belog macam ni. Kalau lu kaki kencing tempat tido lagi, ada baik lu pegi baca belog ringan-ringan.Ini belog, belog dalam-dalam punya baca.All the best lah lu Azroy Kassim.








Read Users' Comments ( 10 )

Kisah seram perpustakaan 2

Suatu petang yang sunyi,damai dan berjerebu.
Suatu lokasi yang rahsia tetapi seram.

Aku perasan kaw dari tadi.Tak henti-henti mulut kaw berkata-kata.Apa yang dikencangkan kaw? Aku juga suka berbicara,namun subjek kaw mungkin berbeza.Jelas berbeza.

Aku menunggu.Selesai rakan kaw bangkit,aku pergi.Betul-betul sebelah kaw.Aku membetulkan bontot aku di kerusi.Aku dah mula rasa kaw tidak senang dengan kehadiran aku.Dah memang lumrah aku,kaw senang atau tidak,tak pernah aku kesah.

Aku nyalakan rokok, melihat kaw atas bawah.

Kaw: Kaw dah kenape? Tak boleh tengok orang senang ke?
Aku: Sori, aku tak tau kaw tengah senang. Aku ingat kaw tengah gersang.
Kaw: Sampah sial kaw. 
Aku: Memang aku sampah. Macam mana kaw boleh rase kaw bukan spesis sampah macam aku?
Kaw: Tengok sekali aku dah tau. Aku ni knowledgeable kalau kaw nak tahu.Huh.
Aku: Oh, jadi kaw rasa semua benda kaw tahu?
Kaw: Yep. Dalam kelas, aku adalah top scorer, bab belajar, kaw tak yah nak sembang. Semua dalam kepala otak aku. Kalau tak,takkan la bersepah-sepah Dean List kat bilik aku.
Aku: Jadi, sebab kaw terer belajar, kaw rasa kaw best? Kaw rasa kaw up?
Kaw: Bukan nak cakap lah, dah terang lagi bersuluh lah kan?
Aku: Kaw pandai memasak?
Kaw: Tak.Kenape?Ape kene mengene memasak?
Aku: Tak ada lah terer mana kaw ni. Mak aku duk umah je,tak penah masuk U,terer je masak.
Kaw: Alah setakat memasak apelah sangat. Cube suruh mak kaw integrate sin. Buat equation Boolean ke.Reti?
Aku: Aku rasa,kalau mak aku masuk U,die pon reti kot.Tapi kalau kaw tak masuk U pon,belum tentu kaw pandai masak.
Kaw: Tak kisahlah pasal masak tu. Yang aku tahu, aku memang gempak. Semua benda aku tahu. Aku dah lah up-to-date pasal hal semasa. Kaw nak suruh aku cerita apa,semua aku tahu.Best kan jadi aku?
Aku: Oh, ye ker. Kaw je kot rasa best.Aku rasa tak pon. Aku rasa biase je.
Kaw: Malas lah aku layan kaw. Tengok kaw aku tahu kaw ni kaki extend. Dah la, aku nak masuk library balik, study tips yang lecturer bagi tadi yang aku sorok sorang-sorang tak nak orang lain tahu.Bye.

Kaw cerdik kaw punya pasal.Aku tak amek port. Rezeki masing-masing. Tapi tak payah la kot kaw nak rasa bagus sangat dengan kaw punya belajar. Benda biasa. Kaw usaha ,kompom kaw dapat. Tapi jangan nak pandang orang lain sebelah mata. Tak bermakna orang lain angguk dengan kaw, tanda dia orang setuju. Jangan ingat kaw terer, kaw up. Chill sudah. 



Read Users' Comments ( 0 )

Kisah kaw yang satu dan tiada duanya :) -serius-

"Vroooomm...!!! Prraaannnngggggg...Praannngg....pppraannnggg " Sayup-sayup bunyi ekjos kereta aku meninggalkan jauh perkarangan MMU.Dengan spek Rayban di mata,baju petak-petak gaya terkini,berkasut OT merah di kaki kononya up gila, aku kembali memecut kereta aku.

Memang aku suka drive kereta.Tapi tolong jangan mintak aku drive kalau time aku lepas main ragbi atau mandi kolam air panas.Mau free-free aku kasik sidekick kat muka kaw.Letih kaw tau.Sambil memecut kereta sorang-sorang seperti orang tidak ketahuan, mata aku terpandang si gadis.

Wah,sungguh jambu dan urban KL-AmpangPark-KLCC abes gaya beliau.Seolah-olah ingin pegi clubbing time-time 3.30 petang begini.Bershades gelap,singlet bertali halus membalut badan serta berhot pant pink menutup suku pehanya yang gebu.Tak semena-mena air liur aku meleleh.Cis, busuk kaw tahu kalau air liur meleleh tiba-tiba macam ni.

Sila Play lagu ini sebelum meneruskan sessi bacaan :)


Biarkan dia dengan gaya separuh bogelnya. Kalau dah kena rogol baru dia tahu mula nak cari kedai jual jubah. Kembali aku konsentrate ke jalan. Lengang,sunyi. Memang peberet aku jalan-jalan sebegini. Lagi 20 meter di depan, aku terpandang selekoh tajam dan terlintas secara otomatik di benak otak aku,cerita Tokyo Drift.Adrenalin aku mengalir kencang dan 'pedang' aku kembali tegak!Oh,tidak kena mengena.

Minyak ditekan, meter aku lihat 100km/h.Wah,agak laju!Aku perlahankan sedikit bagi mengelakkan free-free aku menjadi arwah pada petang begini.Poyo pon,takut harus ada. Drop ke gear 2,rpm mencanak ke 6000. Aku sambung menekan minyak dan melepaskan brek. Dengan kompiden,aku makan selekoh.Sebelum sempat habes aku jamah selekoh tu, "Ngiiiaaauuuwwww!!" bunyi kucing.

"Cis!Mana datang kucing ni!Sampah,sampah,sumpah aku sampah!!!Fark!" Sumpah seranah aku kepada diri sendiri,bila aku perasan aku dah lenyek kucing. Aku park kereta kat tepi jalan,Aku buka bonet amek paper,dan tengah-tengah panas,aku alehkan body kucing tadi.Anak kucing.Adoooi!!! Ketar-ketar tangan aku,teringat anak kucing aku kat rumah.

Selesai aku alih,tiba-tiba datang seekor kucing yang saiznya agak besar dari kucing tadi.Sah,ini mak dia,sah!!! Adoi apa aku nak jawab ngan mak dia ni.Sampah kaw! kucing mana boleh bercakap!Aku kembali bertenang setelah aku sedar,situasi sekarang adalah kucing.Cemas aku hanya seketika.

Sebelum sempat aku meninggalkan tempat kejadian, dari side mirror,aku dapat lihat, perlahan-lahan kucing tersebut membelai tubuh anaknya yang sudah tidak bemaya.Dicium,dijilat-jilat kepala anaknya.Berkali-kali si ibu kucing mengulangi tingkah laku itu.Dan ketika itu, datang lagi 2 ekor anak kucing turut sama meratapi pemergian ahli keluarganya.4 ekor kesemuanya.Di tengah panas,sunyi dan sepi, mereka sedar,yang si kecil itu pergi buat selamanya.Mungkin si ibu kucing sedang menangis tapi apalah dayanya,hanya seekor kucing.Hanya mampu mengiau dan melihat anak kecilnya tidak bernyawa lagi.

Aku baru sedar,hampir 15 minit aku terpaku di situ,melihat satu keajaiban alam yang tiada tolok bandingnya.Kasih ibu tiada ternilai. Biarlah si ibu hanya seekor kucing,namun naluri mereka tetap sama. Simpati melihat kejadian itu, aku kembali, mengambil anak kucing itu, dan menanam si kecil, dan terus blah.Serius aku dah tak tengok side mirror lepas tu.

Di dalam kereta, terawang-awang wajah ibu aku di sana. Berspek mata, kini rambutnya sudah beruban,usia sudah menjangkau 50-an dan mungkin sudah tidak sehot seperti gadis tadi.Tapi, kaw tetap ibu aku.Aku taw kaw tidak membaca entry ini, ibu.Aku jugak tidak mahu kerana nanti, akan kantoilah bahawa anak kaw ini tidak cool dan rock seperti yang kaw jangkakan. Walaupun anak kaw sampah begini, tapi bagi aku, kasih dan sayang kaw dari dulu tiada bandingan.

Banyak sudah aku kecewakan kaw dari dulu sehingga kini. Berkali-kali aku ulang kesilapan yang sama namun tingkah kaw sama seperti ayah. Steady dan relaks. Biarlah ibu,mungkin aku tidak pernah menjadi anak yang terbaik buat kaw,tetapi izinkanlah satu hari nanti aku menjadi seorang bapa yang terbaik seperti mana kaw berdua pernah lakukan. Biar cucu kaw nanti sedar bahawa, nenek mu adalah mentor yang terbaik yang pernah aku ada.Itulah hadiah aku buat kaw,ibu.

"Ibu, aku taw,satu hari nanti kita akan berpisah,mungkin kaw atau aku akan pergi dahulu.Tapi biarlah di kesempatan yang ada,aku ingin kucup ubun mu,mencium tangan mu, memohon segala kesilapan aku buat mu. Sehingga hujung nyawa aku, kawlah wanita yang bertakhta di hati aku." 

-Anakmu yang sentiasa nakal.





Read Users' Comments ( 10 )

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...