Malam puasa.

Tepat jam 1.30 pagi, aku rasa lapar tak patut. Aku baru balik dari pekena main besi. Aku main besi suka-suka saja. Mustahil wajah iras Omar Borkan begini tak masuk gym. Nampak tak sedap pula mata orang memandang. Sedikit sebanyak kena juga buat badan.

"Apa faedah nya enko angkat letak, angkat letak besi besi tu? Apa faedah?" kata meraka.

Banyak orang sound aku macam tu. Tapi bagi aku apa beza nya main besi dengan baca buku? baca buku hari-hari pun buka buku, tutup buku. Pergi bengkel kereta belum tentu tak kena tipu. Ayat makwe belum tentu boleh makan. Habis tu, apa faedah baca buku? Apa faedah?

Jadi aku pun tak cakap banyak. Aku terus meluru ke dapur seperti peluru. Biasa waktu begini memang power kalau buat telur. Telur dengan ahli bina badan ni tak jauh. Macam Jimi Hendrix sama fender nya atau Karl Marx sama Das Capital nya atau hijabster sama pintalan hijabnya. Rapat sangat.

Baik, di dapur ada dua papan telur gred yang berbeza di rak. Ini bermakna aku mempunyai 60 biji telur. Sejak tahun 1996, aku tak pernah panik bab kira-kira. Aku mampu menyanyi sifir 10 dengan baik sekali. Aku juga hafal 112 jenis sifir yang tidak dapat aku terangkan di sini. Dengan satu jelingan saja aku sudah boleh tahu lama mana telur ni boleh pakai.

"Boleh tahan enam hari lagi ni! Boleh ni," bentak aku bertenaga di dapur.

Jadi aku pun mengumpul 10 biji telur dengan bergaya. Telur telur ini kemudiannya akan diasingkan kuning dan putih nya. Putih untuk habuan aku makan manakala kuning untuk habuan mak aku bising pagi nanti. Biasanya telur kuning aku biar saja di sinki. Mak mana tak panas.

Jadi aku siapkan segala material yang patut. Sambil sambil tu aku bersiul mengikut bunyi lagu dendangan Pink Floyd, wish you were here. Seminit lepas tu aku rasa macam bangang juga. Ada part yang aku tak boleh nak folo dia punya bunyi. Siulan aku jadi kecamuk. Aku seraya kembali fokus kepada telur.

Botol bersaiz mineral kecil digunakan sebagai alat menyedut kuning telur keluar. Tangkas pergerakan tangan aku. Kiri kanan begitu hidup sekali. Urat-urat tangan jelas kelihatan.

Lantunan sudu perlu menerjah kulit telur dalam kelajuan maksimum 15km/j bagi menghasilkan pecahan yang bagus. Jarak jatuhan tidak kurang dari 3 cm bacaan dari dalam mangkuk. Semua percaturan ini wajib dikuasai bagi tugas rumit begini. Amacam? Teknikal dia serupa macam job angkasawan bukan?

Pecah, sedut, asing, pecah, sedut, asing. Begitu lah sifir nya lebih kurang. Dalam beberapa minit aku dah berjaya mengasingkan lapan biji putih telur. Ini mind-blowing namanya.

Lalu, aku mengambil telur ke lapan dan sedikit mentelengkan kepala. Ada bunyi meletup kecil di leher, membuat aku kembali bertenaga. Kaki dijarak sedikit agar sedap sedap berdiri. Dada dibuka dan badan terus tegap.

Pap! sudu mengena telur. Telur pecah ke dalam mangkuk. Mangkuk itu berisi tujuh biji telur putih sebelum ini.

Tangan kiri aku memegang botol tanda bersedia untuk menyedut kuning telur bila-bila masa.

Aku terhenti sejenak. Aku tenung hasil telur ke-lapan ini dengan agak lama. Aku berganjak selangkah ke belakang sambil jari kanan membelai jambang lebat. Lalu aku kembali rapat. Selepas aku gelengkan kepala empat lima kali aku tunduk mencium mangkuk.

Cilaka, telur busuk rupanya!

Patut lah kuning dia hijau satu macam. Sekarang tujuh biji telur tersebut telah sebati dengan satu telur busuk. Aku mengangguk perlahan tanda faham. Aku tahu apa nak buat.

Akhirnya, aku menarik nafas hingga ke pusat sebelum mangkuk dan telur-telur itu diterajang keluar tingkap menuju entah ke mana mana. Mungkin ke Ipoh, ke Johor atau mungkin ke Cordoba. Aku peduli apa. Aku tengah baran masa tu.



















Read Users' Comments ( 2 )

Jalanan

Rasanya gua bukan ahli mahupun individu yang power nak menulis hal hal runcing macam ini. Nak menulis surat kiriman rasmi pun gua tak hafal format. Gua paling fak dekat part tarikh. Sampai hari ni gua ragu ragu kena tulis semua huruf besar ke macam mana. Itu belum part nak tulis perkara. Boring boring.

Tapi gua perati hangat juga isu ni. Kira down juga scene 'done with terawih' kat tuiter sebab orang peduli apa kau punya terawih. Orang tengah sedap pekena borak pasal gelandangan. Jangan jangan ada yang baru pertama kali dengar pekataan gelandangan ni.

Tak apa. Gua boleh deal lagi benda remeh macam itu. Sebab gua faham jiwa baru nak up macam mana dia punya go.

Tapi gua syak tak lama. Lepas game Jerman lawan Perancis ni mula, selow sikit la bab ni.  Lu pikir sikit, ni world cup! Piala dunia beb! Ingat diorang tu banyak masa ke nak borak hal gelandangan hari-hari? Gelandangan pun entah entah tak pernah borak hal marhaen ni, lu apa tahu?

Diorang ni hari biasa sibuk pasal cinta, putus cinta, romen, belen mana nak angkut, awek mana nak follow, nak ikat tudung gaya apa dan rambut siapa lagi swag saja. Ingat banyak masa ke marhaen ni nak hadap dilema gelandangan?

Gua malas nak borak benda ni deep deep sangat. Lu pun bukan rajin nak baca. Nanti kalau gua sentuh angka, peratusan, methodology, output, keputusan semua bukan lu faham.

Gua pun malas nak sentuh jabatan-jabatan kerajaan, Anjung Singgah, Food not Bomb, Soup Kitchen, Thenasilemak, Jawi ke Pertiwi ke, itu semua lu boleh google saja.

Gua pun malas nak cover sebab apa mereka jadi gelandangan, siapa mereka-mereka ni, di mana mereka bergelandangan, usaha-usaha dilakukan apa semua ini.

Benda-benda ni sedap pekena dalam bilik ekon, ada sumber sahih, brainstorm session, projektor hala ke dinding, dua tiga brader pakai spek muka usahawan, laptop sebiji, mikrofon dua tiga baru real. Nampak solid la sikit.

Cuma sekarang,

Gua tengah pecah kepala fikir, kepala bana apa sampai sanggup nak saman orang yang nak buat kebajikan? Kepala bana apa marhaen ni sanggup lawan habis-habisan orang yang nak saman ni? Kepala bana apa ini semua?

Yang nak menyaman ni satu hal. Orang nak bersedekah dan membantu, punya pasal diorang lah. Aku tak rasa crowd dapur jalanan ni pergi naik turun Putrajaya minta serat dua rat sumbangan. Atau tulis status pesbuk 'like jikalau anda setuju kami bagi sumbangan pada homeless". Ada? Tak ada bukan?

Zakat? Lagi panjang nak cerita.

Gua nak tanya, kalau betul kotor aktiviti dapur jalanan ni sekalipun, rasuah, penindasan kaum miskin, rampasan tanah rakyat , penjajaan politik atas nama agama, monopoli hak perniagaan dan virus perkauman yang saban hari semakin kritikal ini semua bersih? Suci? Molek dipandang? Atau macam mana?

Yang geng nak menolong homeless ni pula satu hal. Bukan diorang tak tahu ada homeless ni mat pit, mat ubat. Ada yang sengaja lari dari rumah dan juga setengah tu didalangi oleh sindiket. Tapi bersungguh juga nak tolong. Sampai ke bila nak buat ini semua? Tidak ada alternatif lain ke?

Anak, adik abang, mak bapa kat rumah lu dah cukup tolong ke? Jiran lu tu cukup ke makan minum? Diri lu sendiri, terjaga ke? Atau macam mana?

Habis tu, siapa jahat siapa baik? Siapa betul siapa salah? Yang sini alasan macam ni, sana pula ada alasan juga.

Jadi aku nampak betapa tak belaga angin nya kelakuan antara dua sosok ini. Satu menentang dan satu melawan. Habis tu macam mana sekarang? Lu rasa ringan ke heavy benda ni? Gua perati lama lama gua naik palat. Cilaka tak patut.

Lu tahu kalau benda tak belaga angin apa jadi? Lu mesti tahu kalau air laut belanggar pantai apa jadi? Lu juga mesti pernah stadi kalau kalau cas cas awan berlainan ion bertembung apa jadi? Jadi lu mesti tahu teori kontradiksi.

Ini dah kira macam heavy saja. Tak senang macam lu belek instagram makwe atau pakwe dan tulis "Eh baju beli mana,comel nya mata, lawa nya tudung,". Pergi mampus.

Sekarang lu rasa apa akibatnya daripada ke-tidak belaga anginnya dua entiti di atas tadi? Ke mana isu ini akan pergi, sejauh mana, bila titik ini berhenti dan apa agaknya solusi yang bakal terjadi. Lu pikir.

Gua nak sambung buka puasa. Minggu lepas gua baca kurang kurang gua kena ada 380g protein.

Okay, salam sejahtera semua!

*Apparently, doing a good thing in Kelumpo is a bad thing you know?









Read Users' Comments ( 1 )

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...