Malam puasa.

Tepat jam 1.30 pagi, aku rasa lapar tak patut. Aku baru balik dari pekena main besi. Aku main besi suka-suka saja. Mustahil wajah iras Omar Borkan begini tak masuk gym. Nampak tak sedap pula mata orang memandang. Sedikit sebanyak kena juga buat badan.

"Apa faedah nya enko angkat letak, angkat letak besi besi tu? Apa faedah?" kata meraka.

Banyak orang sound aku macam tu. Tapi bagi aku apa beza nya main besi dengan baca buku? baca buku hari-hari pun buka buku, tutup buku. Pergi bengkel kereta belum tentu tak kena tipu. Ayat makwe belum tentu boleh makan. Habis tu, apa faedah baca buku? Apa faedah?

Jadi aku pun tak cakap banyak. Aku terus meluru ke dapur seperti peluru. Biasa waktu begini memang power kalau buat telur. Telur dengan ahli bina badan ni tak jauh. Macam Jimi Hendrix sama fender nya atau Karl Marx sama Das Capital nya atau hijabster sama pintalan hijabnya. Rapat sangat.

Baik, di dapur ada dua papan telur gred yang berbeza di rak. Ini bermakna aku mempunyai 60 biji telur. Sejak tahun 1996, aku tak pernah panik bab kira-kira. Aku mampu menyanyi sifir 10 dengan baik sekali. Aku juga hafal 112 jenis sifir yang tidak dapat aku terangkan di sini. Dengan satu jelingan saja aku sudah boleh tahu lama mana telur ni boleh pakai.

"Boleh tahan enam hari lagi ni! Boleh ni," bentak aku bertenaga di dapur.

Jadi aku pun mengumpul 10 biji telur dengan bergaya. Telur telur ini kemudiannya akan diasingkan kuning dan putih nya. Putih untuk habuan aku makan manakala kuning untuk habuan mak aku bising pagi nanti. Biasanya telur kuning aku biar saja di sinki. Mak mana tak panas.

Jadi aku siapkan segala material yang patut. Sambil sambil tu aku bersiul mengikut bunyi lagu dendangan Pink Floyd, wish you were here. Seminit lepas tu aku rasa macam bangang juga. Ada part yang aku tak boleh nak folo dia punya bunyi. Siulan aku jadi kecamuk. Aku seraya kembali fokus kepada telur.

Botol bersaiz mineral kecil digunakan sebagai alat menyedut kuning telur keluar. Tangkas pergerakan tangan aku. Kiri kanan begitu hidup sekali. Urat-urat tangan jelas kelihatan.

Lantunan sudu perlu menerjah kulit telur dalam kelajuan maksimum 15km/j bagi menghasilkan pecahan yang bagus. Jarak jatuhan tidak kurang dari 3 cm bacaan dari dalam mangkuk. Semua percaturan ini wajib dikuasai bagi tugas rumit begini. Amacam? Teknikal dia serupa macam job angkasawan bukan?

Pecah, sedut, asing, pecah, sedut, asing. Begitu lah sifir nya lebih kurang. Dalam beberapa minit aku dah berjaya mengasingkan lapan biji putih telur. Ini mind-blowing namanya.

Lalu, aku mengambil telur ke lapan dan sedikit mentelengkan kepala. Ada bunyi meletup kecil di leher, membuat aku kembali bertenaga. Kaki dijarak sedikit agar sedap sedap berdiri. Dada dibuka dan badan terus tegap.

Pap! sudu mengena telur. Telur pecah ke dalam mangkuk. Mangkuk itu berisi tujuh biji telur putih sebelum ini.

Tangan kiri aku memegang botol tanda bersedia untuk menyedut kuning telur bila-bila masa.

Aku terhenti sejenak. Aku tenung hasil telur ke-lapan ini dengan agak lama. Aku berganjak selangkah ke belakang sambil jari kanan membelai jambang lebat. Lalu aku kembali rapat. Selepas aku gelengkan kepala empat lima kali aku tunduk mencium mangkuk.

Cilaka, telur busuk rupanya!

Patut lah kuning dia hijau satu macam. Sekarang tujuh biji telur tersebut telah sebati dengan satu telur busuk. Aku mengangguk perlahan tanda faham. Aku tahu apa nak buat.

Akhirnya, aku menarik nafas hingga ke pusat sebelum mangkuk dan telur-telur itu diterajang keluar tingkap menuju entah ke mana mana. Mungkin ke Ipoh, ke Johor atau mungkin ke Cordoba. Aku peduli apa. Aku tengah baran masa tu.



















2 comments:

Anonymous said...

Hahaha. Tak cukup teknikal. Tukang masak hebat hebat tak pecah telur masuk dalam satu mangkuk. Hahaha

Danial Jaafar said...

oh, kalau sampai kat johor, aku tendang ke singapore. biar busuk satu tempat tu.

Post a Comment

ha komen, komen!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...