Borak cinta dari sekeping hati.

Dulu gua piker hati gua macam ni bentuk dia. Masa tu gua baru dua hari masuk taski.

 Lewat malam selesai aktiviti sosial gua sama kutu-kutu kampung, gua mula rasa bosan. Apa yang lebih menggerunkan, mereka ni jenis lepak sampai ke pagi sampai lupa habis anak bini.Puas gua nasihat supaya cuba-cuba main lumba kereta pun orait. Namun kerap juga gua maki balik. Mata taknya, rata-rata kutu gua sini membonceng motor. Ada juga selit-selit jenis folow tren semasa bawak fixie datang lepak.

Biasa kalau suasana gua perati dah mula berembun, hati gua mula berbelah bahagi. Sekejap pandang gelas teh ais yang dah suku airnya, sekejap pandang jam di henpon. Tanpa alasan yang solid, gua hanya mampu duduk dan buat-buat hepening melepak, walaupun mate rabak. Mereka membutuhkan satu rezen yang power untuk diketengahkan. Jadi alasan yang rare , sangat dialukan di kepala gua ketika itu.

*****
Gua ni lewat mana balik pun jenis stedi. Jenis buat macam rumah sendiri. Padahal nama rumah ni dah sah-sah atas nama ayah gua. Tak pernah lagi setakat ni ayah gua sound nak pindah nama gua rumah ni. Tak tahulah kalau ayah gua terpikir nak sapraiskan gua.

Biasa kalau gua balik semua dah lena. Pernah sekali ayah gua tak lena, tapi dia buat-buat lena masa gua balik. Gua dapat tahu dia tak lena pun kes dia pakai spek time baring. Tak solid lakonan dia. Susah nak cari makan zaman sekarang kalau gaya lakonan tak begitu real macam ayah gua. Perlu banyak tengok gaya lakonan Bruce Willis baru boleh pergi jauh ayah gua ni.

Sambil duduk depan kompiter, gua on butang wifi kat henpon. Periksa apa yang patut. Gua buka tuiter gua, manalah tahu ada makwe mana-mana mintak kapel. Gua sendiri pun rasa diri gua ni tak kurang segaknya walaupun kerja buat pun belum ada. Peh, agak nak telepas henpon kat tangan bila tengok dua puluh mention kat tuiter gua.

Hati gua mula berbunga. Setat gua terbayang makwe yang baru gua folo dua hari lepas. Dalam bayangan gua tu, gua bawak baby kat tepi pantai. Makwe tu kat sebelah pakai baju macam longgar-longgar kale putih. Sesekali makwe tu cium dahi baby kitorang . Lepas tu kat laut tu ada dua orang main jetski. Siang tapi lingkungan jam lima petang, ngam-ngam matahari kat hujung laut sana. Mamat main jetski tu pun dah menghala balik ke pantai. Watak mamat jetski tu tak mustahak sangat dalam bayangan gua.

Bila gua buka, gua baru perasan sepuluh tu retuit dari @iamhakiim, sepuluh lagi retuit dari @farisachong. Malaun dua ekor ni dah jadi freelance retuit kutu-kutu gua punya tuit. Nak saja gua bagi kaki kat diorang ni, tapi gua kensel. Gua piker kalau bagi teka-teki adalah lebih 1Malaysia dan bersifat brotherhood. Gua tahu dua ekor ni selow sikit bab teka teki. Memang gua boleh makan punya.

*****

p/s: Gua berjaya balik rumah setelah selesai buat-buat ayah gua halo suruh balik sebab esok pagi nak kena hantar adik gua tuisyen. Puas hati gua dapat klepet diorang. Yang seramnya, malam ni apa gua nak kencing lagi. Cilaka betul.



Read Users' Comments ( 2 )

Semangkuk mee harga satu penumbuk.

Nampak kecik belum tentu tak power.


Lima belas minit sebelum waktu rehat, gua pastikan yang gua ni dah siap-siap beratur tunggu masa nak cedok nasi saja. Kalau gua lambat tu, biasa gua pegi ushar makwe tingkatan tiga blok depan. Tak pun gua kena denda sama cikgu.

Biasa cikgu kimia gua berehi sangat cari pasal sama gua. Kalau tak pasal dia cikgu dah lama gua peteh kaki dia kat kaki lima kelas, beguling jatuh tangga. Lepas tu gua tunggu je nak gelak. Tapi gua tak adalah jahat macam tu sekali.

Biasa-biasa line up waktu rehat gua tak pernah cukup kalau tak ada muka-muka punk sama skinhead ni. Scene underground ni dulu sangat meriah mewarnai fesyen rakan-rakan gua. Pernah sekali, sebulan Shanaidi Ramdani tak hadir sekolah kes buat rambut mohok. Menyorok rumah Khairul Nizam.  Begitu power peginya  gaya mohok ni. Patutlah mak gua selalu sound pergi tempat orang jaga tingkah laku. Entahlah apa kaitan sebenarnya.

Memikirkan SPM kian hampir ,gagah jua Shanaidi Ramdani datang ke sekolah berambut belah tengah sebagai usaha nak kaver mohok beliau. 10 minit gua gelak hari mula dia datang sekolah. Mujur gua perasan zip seluar gua terbuka, kalau tak, 20 minit pun belum tentu cukup untuk gua gelak.

Meja gua sama kutu gua dah wajib kat bawah bangsal tepi dewan kantin. Bukan apa, situ dekat dengan toilet. "Senang nanti nak hisap rokok" kata Hafizudin yang lebih gemar dipanggil Petok. Hafizudin ni jenis cakap susah dia nak berenti. Bebekalkan modal yang kemas, padat sungguh dia bahan gua sama member-member gua. Mujur dia ni jenis lucu, banyak kali cubaan gua nak flyingkick muka dia menemui jalan buntu dan dihalang pakgad sekolah.

Dulu pantang kalau gua tengok Hafizudin ni bahagia. Senyum di muka dia seolah tamparan di wajah gua. Entah kenapa hari tu tak berhenti pula dia tersenyum. Hari-hari biasa tak banyak beza muka dia sama kalkulator saintifik. Muka mintak kena tekan berkali-kali.

Sedang gua enak makan ayam masak halia, gua perasan Hafizudin ni tak berhenti lagi tersenyum. Mustahil dia ni ushar makwe depan. Dengan memegang posisi bassist dalam band punkrok yang diasaskan beberapa bulan ketika itu , pasti jatuh poin punk beliau dikalangan ahli-ahli scene punk Terengganu yang lain kalau betul apa yang gua rasa.

Dalam pada tu juga, gua mula rasa nak bersin. Gua pun cuit bahu dia perlahan sambil menoleh muka ke arah beliau. Belum sempat dia bertanya kenapa, bersembur nasi sama cebisan ayam halia ke muka dia. Gua rasa satu lapan sampai laju bersin gua tu, sebab member sebelah ada kena sikit. Gua pun tak berapa nak pasti. Masa tu hati gua berteriak riang penuh kepuasan.

Yang hairannya petang tu gua kena balik bersin dia. Satu kat telinga satu lagi kat hidung. Jenuh gua tanya apa pasal dua kali. Dia buat dek setat enjin motor, sarung helmet terus sound gua " Aku tunggu kedai Seri Iman." Sebelum berlalu pergi, empat juga gua jerit suruh dia angkat tongkat motor. Terkena juga dia bila gua nampak dia cuba nak betulkan tongkat. Kahkahkah!

*****
Kalau tak pasal youtube baru pemes kat tanah air gua tahun 2004 dah lama gua jadi otai uplod video bersin di muka kasi satu Malaya tahu bahawasanya gua tak puas hati dibersin dua kali.. Gua sasarkan viewer cecah lebih 2 juta kalau gua uplod tahun tu. Tapi tak juga sebab tenet selow lagi masa tu. Setakat sembang ludah mahsiswa tak cukup rare lagi.



Read Users' Comments ( 0 )

Rosmah gadis semasa

 
"Dance,dance,dancing in the dark..dark dark.." Lagu Dancing In The Dark dari alat keluli Rosmah memecah kebuntuan sunyi tengah hari di rumahnya. Rosmah masih belum mampu membuka mata. Melekat-lekat rasanya. Tarikan antara bulu mata atas dan bawah seolah-olah cemburu untuk berpisah. Digosok-gosok kulit mata tanda Rosmah gagahkan jua. Kipas siling masih ligat berputar pada kelajuan lima. Rosmah menyelak selimut tebalnya.

Dilihat jam di dinding. Lewat jam 2 petang. Rosmah lupa jam dinding itu punoh angkara lama sangat tak ditukar baterinya. Bukannya apa, jaraknya yang terletak betul betul atas pintu biliknya itu agak sukar untuk dicapai. Ditambah dengan ketinggiannya yang tidak normal, menyukarkan lagi kerja menukar bateri jam.

Pernah berkali disuruh adiknya Haikal mengganti bateri, namun mat kereta tegar tu buat dengar tak dengar saja. Manakan tidak, tidur pun dalam kereta, berfesbuk juga dalam kereta. Taksubnya Haikal dengan kereta satria yang dikatanya turbo padahal semua tau enjin standed je tu.

Tanpa berlengah, dicapainya towel biru di ampaian bilik, seraya menyalin baju tidurnya. "Mandi lah dulu" kata hati kecil Rosmah. Sudah menjadi satu kewajipan untuk Rosmah menyiapkan dirinya. Bukannya apa, selaku gadis semasa di pesbuk, dengan keahlian rakan melebihi 5000 orang, Rosmah mudah sahaja menambah perkataan 'Full' dibelakang usernamenya. Dah 5000 orang rakan, haruslah sentiasa kelihatan hot dan awesome pada setiap masa.

Gaya Rosmah mak melangkah kaki keluar bilik, terdetik untuk dia melihat gerangan siapa menelefonnya tadi. 'Ah, Fendi lagi' getusnya dalam hati. Fendi, selaku stalker tegar Rosmah di pesbuk. Rosmah sudah penat melayan karenah Fendi. Mulanya Rosmah fikir Fendilah lelaki paling hot di fesbuk. Berbekalkan profile picture sebelah kereta Honda Type-R FD2, memakai rayban hitam tersemat di muka dan baju kemeja putih dilipat lengan sampai ke siku menampakkan sunguh gaya kejantanan Fendi.

Namun rupanya, lagu dendangan Najwa Latif agak tidak menjadi. Segalanya terbongkar ketika first date mereka .Fendi sebenarnya anak mak dan kompius dengan jantina sebenarnya. Kereta tu pula kes pergi tengok AutoShow bersama kutu-kutunya di Juru. Terukkan Fendi? Justeru terngiang-ngiang ayat' Beauty lies in the eyes of beholder' di gegendang telinga Rosmah. Ucapan kata dari Fendi. Bukan sebab apa pun, sampai ke hari ini Rosmah masih tak paham maksud Lies. Kompius dia, setahunya lies tu tipu. Apa kena mengena tipu pula dengan beauty.


Dihayun telefonnya kembali ke tilam. Terloncat-loncat telefon tersebut mencecah muka tilam Rosmah. Rosmah cepat-cepat berjalan menuju toilet di sebelah biliknya.

Seusai saja mandi, Rosmah kembali berdiri tegak di tengah biliknya. Dilihat sekeliling. Banyak poster-poster artis tempatan menghiasi ruang bilik. Bukan tak nak layan kepala artis obesea, tapi loghat BI Rosmah tak berapa nak blah. SPM dulu pun kes tiru member sebelah Rosmah score D7. Tapi kini,  sehari ke sehari Rosmah rajin benar update status pesbuk dalam bahasa inggeris. Biasalah, Google Translate dah menjadi penggantu diri Rosmah kedua. "Tak Kolumpo la kalau update bahasa melayu" kata Rosmah pada rakannya Samir satu ketika dulu.

*****


Seimbas lalu, terkeling matanya ke arah jam di dinding. "Waklu!" jerit Rosmah. Tak bergerak-gerak jarum jam. Diambilnya telefon di atas katil, melihat waktu sebenar. " Baru pukol 12. pundek betul!" marah betul Rosmah. Dalam marah-marah sempat juge rosmah mensnap gambar sekeping dua melalui telefon bimbitnya. Membuat mulut itik dan berposing Hana Tajima di depan cermin bilik sudah mencukupi prosedur gadis semasa. " Uplod jap." detik Rosmah sambil menulis caption gambar " Buruk kan? Baru mandi, yeay! ". Tanpa Rosmah sedari ada la lebih kurang 133 gambar yang sama macam tu posingnya dalam mobile upload. Tapi kompiden juga hari hari dia uplod gambar.

Tak menyempat Rosmah tekan butang signout dah 45 yang 'like' gambar depan cerminnya. Tak semena-mena hidung Rosmah kembang membunga. Dilihat wajahnya di cermin ketika hidungya kembang. Tak berani pula Rosmah nak ambil gambar ni. Dirisaukan jatuh market pula nanti. Dalam proses mengecutkan kembali lubang hidungnya yang kembang, "Dance,dance,dancing in the dark..dark dark.." .Telefon bimbitnya kembali berdering. Hampir terlepas dari pegangan. Rosmah cepat menekat punat hijau seraya berkata, "Hello, Rosmah here.."

**********

Kipas rumah gua ni kalah kipas besi Pasaraya Sukaramai kat Pekan Bukit Mertajam tu lajunya. Berdesup dia punya pusing. Rasa macam begegar rumah pun ada. Ke melampau macam tu?



Read Users' Comments ( 0 )

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...