Di mana?

"Eh, betul ke laki dia kaki betina?" tanya Limah bersungguh.
"Apa yang tak nya, laki aku sendiri nampak laki dia berjoget sakan kat pekan" Balas Ramlah.
"Isk isk, nampak baik ek, tapi.. ni mesti tak reti jaga laki la tu!" Laju Limah respon.
..........

"Ha Lan, kau nak ke mana? Dah asar belum? Sembahyang pun nak kena suruh!" pekik Limah sama anak sulung nya.
"Dah mak. Orang nak main bola kejap!"

Sekarang, macam mana?



Read Users' Comments ( 4 )

Petikan ilham

Dipetik dari tulisan seorang rakan- Zek Komando.

Silakan Zek,

Baik lah aku macam biasa mesti ada tak kena punya. mesti ada benda aku naik geram. kali ni hampa nak cakap apa pun aku tak kira lah. hampa nak label aku macam mana pun hampa punya pasai lah. aku tetap okay dengan hampa semua. tak payah cakap, aku tau aku jenis steadi.
.
aku jadi heran bila orang mula cakap cakap syed azmi itu ini itu ini. paling tak boleh blah, kenal pun tidak ,main hentam saja.kristian lah, syiah lah. kepala bana apa ni? aku tak salah hampa juga. melayu memang macam tu. aku tak ada masa cerita pasal dia. hampa google sendiri. jangan reti uplod gambar selfie saja.
.
masalah sekarang yang aku heran masa buat acara menyantuni orang miskin, orang orang kampung, isu masyarakat, kanak kanak, anak yatim, pendidikan dan segala macam yang 'confirm-malay-compliance' hampa buat dek. hampa buat tak nampak. hampa boleh duk layan cerita drama. tapi masa part 'anjing' saja hampa jadi kronik. hampa jadi kalut dan lorat. semua nak kena cakap dan tunjuk yang hampa saja lah islam. hampa sajalah tahu hukum hukum semua. bila tanya mazhab lain tu islam ke bukan, hampa jadi kelam kelibut. tak tau nak bagi ulasan. hampa ni jenis macam mana? tapi aku tak salah. melayu memang macam tu.
.
ni jelas bukan isu anjing. ini isu lain. isu apa aku pun tak tau nama. jadi biar aku bagi nama.aku senang bagi  nama 'melayu-paranoid' atau simptom 'gila-syurga'. semua pakat nak masuk syurga. kalau orang lain sikit dari hampa, hamba label sesat. nak sepak, nak pukul nak tangkap humban masuk penjara. hampa ni macam mana? bila orang sentuh sikit pasal agama ke kaum hampa, hampa mula kelam kelibut balik. konon nak jaga. konon nak melindungi. tapi dalam masa sama hampa kondem orang lain. hampa rampas hak hak orang bersuara. hampa bagi alasan yang hampa rasa munasabah amat tapi orang lain dengar, macam bangang. kalau Islam itu benar indah dan damai, tanya diri hampa. "Indah ke Islam versi yang hampa anuti ni?" . Indah ke perbuatan hampa ni? adil ke? bukan kah Islam itu juga agama yang adil, tinggi dari segi akhlak dan budaya? habis tu kita buat apa selama ni? lebih memisah misahkan antara makhluk dari bersatu padu. aku sebut makhluk tau.
.
satu lagi aku herannya puak puak agamawan pun sama naik. berlumba konon nak komen. tapi komen apa? komen apa merapu ja lebih. bukan semua. ada yang mampu bagi komen yang di luar kotak pemikiran biasa. tapi ada hampa baca? ada hampa ambil peduli? sebab apa? sebab dia tak glemer. dia jarang masuk tv. dia tak lawak dan macam macam sebab lah. atau last sekali sebab dia tu pembangkang,dia tu kerajaan, dia tu islam liberal, salafi dan macam macam yang hampa reka. tapi aku duk nampak yang bukan agamawan lebih dari agamawan. bila kita cuit sikit tanya. mula cakap tafsir sendiri, pengaruh barat dan sebagainya. tak apa aku faham, melayu memang macam tu.
.
sekarang ni aku malas taip panjang. aku risau juga lepas ni isu apa pula hampa nak buat hingar dan jaja. anjing sudah, nama Allah sudah, sultan sudah, ketuanan melayu pun dah sudah walaupun duk renew tiap tiap tahun. sekarang sama sama fikir apa masalah kita, masalah hampa semua? betul ka kita semua "gila syurga"? betul ka kita paranoid? betul ka kita selalu hukum orang sana sini? betul ka segala cakap cakap kita pasal agama sebelum ini? betul ka?
.
aku nak buat konklusi mudah yang aku jamin tak tepat. bukan semua macam tu. macam aku cakap, konklusi mudah.
.
konklusinya macam ni- ada ka hampa baca semua aku tulis? tu konklusinya. tu sebabnya. nak baca pun penyegan. nak baca pun pemalas. dah baca pun malas, nak fikir apatah lagi. ikut saja apa orang lain cakap sampai mati.
.
Oh Tuhan, dengan mu kami berlindung atas segala kebodohan dan kesilapan ini semua. Dan Engkaulah jua maha mengetahui.



Read Users' Comments ( 1 )

Mari, pergi. Mari pergi. Sini

"Dan apabila engkau telah melewati ikut-ikutan,
hingga melepasi buntu-buntu sebab dan akibat,
lalu berdiri di atas luar kotak-kotak mainan akal,
nescaya mengaku lah engkau,bahawa lupa yang
menjadi selimut keakuan, bahawa tiada alam yang
bisu dari memuji-muji diri kekasih hakiki lagi sejati,
maka terbitlah bait-bait rindu lagi syahdu antara pencinta
dan dicinta dalam bahasa tanpa kata"

"Dan saatnya engkau menganuti erti cinta, maka bergetarlah
jiwa dan raga, mentelusuri akar cinta hanya untuk mengakui
bahawa diri sejati lah yang berhak ke atas segala mazhab cinta.
Hapus lah jurang antara. Lalu, matilah rasa-rasa, mengalir lah
sebak lara kerna benar sungguh, hanya hakikat meliputi
segala- kosong dan ada "








Read Users' Comments ( 0 )

Malam puasa.

Tepat jam 1.30 pagi, aku rasa lapar tak patut. Aku baru balik dari pekena main besi. Aku main besi suka-suka saja. Mustahil wajah iras Omar Borkan begini tak masuk gym. Nampak tak sedap pula mata orang memandang. Sedikit sebanyak kena juga buat badan.

"Apa faedah nya enko angkat letak, angkat letak besi besi tu? Apa faedah?" kata meraka.

Banyak orang sound aku macam tu. Tapi bagi aku apa beza nya main besi dengan baca buku? baca buku hari-hari pun buka buku, tutup buku. Pergi bengkel kereta belum tentu tak kena tipu. Ayat makwe belum tentu boleh makan. Habis tu, apa faedah baca buku? Apa faedah?

Jadi aku pun tak cakap banyak. Aku terus meluru ke dapur seperti peluru. Biasa waktu begini memang power kalau buat telur. Telur dengan ahli bina badan ni tak jauh. Macam Jimi Hendrix sama fender nya atau Karl Marx sama Das Capital nya atau hijabster sama pintalan hijabnya. Rapat sangat.

Baik, di dapur ada dua papan telur gred yang berbeza di rak. Ini bermakna aku mempunyai 60 biji telur. Sejak tahun 1996, aku tak pernah panik bab kira-kira. Aku mampu menyanyi sifir 10 dengan baik sekali. Aku juga hafal 112 jenis sifir yang tidak dapat aku terangkan di sini. Dengan satu jelingan saja aku sudah boleh tahu lama mana telur ni boleh pakai.

"Boleh tahan enam hari lagi ni! Boleh ni," bentak aku bertenaga di dapur.

Jadi aku pun mengumpul 10 biji telur dengan bergaya. Telur telur ini kemudiannya akan diasingkan kuning dan putih nya. Putih untuk habuan aku makan manakala kuning untuk habuan mak aku bising pagi nanti. Biasanya telur kuning aku biar saja di sinki. Mak mana tak panas.

Jadi aku siapkan segala material yang patut. Sambil sambil tu aku bersiul mengikut bunyi lagu dendangan Pink Floyd, wish you were here. Seminit lepas tu aku rasa macam bangang juga. Ada part yang aku tak boleh nak folo dia punya bunyi. Siulan aku jadi kecamuk. Aku seraya kembali fokus kepada telur.

Botol bersaiz mineral kecil digunakan sebagai alat menyedut kuning telur keluar. Tangkas pergerakan tangan aku. Kiri kanan begitu hidup sekali. Urat-urat tangan jelas kelihatan.

Lantunan sudu perlu menerjah kulit telur dalam kelajuan maksimum 15km/j bagi menghasilkan pecahan yang bagus. Jarak jatuhan tidak kurang dari 3 cm bacaan dari dalam mangkuk. Semua percaturan ini wajib dikuasai bagi tugas rumit begini. Amacam? Teknikal dia serupa macam job angkasawan bukan?

Pecah, sedut, asing, pecah, sedut, asing. Begitu lah sifir nya lebih kurang. Dalam beberapa minit aku dah berjaya mengasingkan lapan biji putih telur. Ini mind-blowing namanya.

Lalu, aku mengambil telur ke lapan dan sedikit mentelengkan kepala. Ada bunyi meletup kecil di leher, membuat aku kembali bertenaga. Kaki dijarak sedikit agar sedap sedap berdiri. Dada dibuka dan badan terus tegap.

Pap! sudu mengena telur. Telur pecah ke dalam mangkuk. Mangkuk itu berisi tujuh biji telur putih sebelum ini.

Tangan kiri aku memegang botol tanda bersedia untuk menyedut kuning telur bila-bila masa.

Aku terhenti sejenak. Aku tenung hasil telur ke-lapan ini dengan agak lama. Aku berganjak selangkah ke belakang sambil jari kanan membelai jambang lebat. Lalu aku kembali rapat. Selepas aku gelengkan kepala empat lima kali aku tunduk mencium mangkuk.

Cilaka, telur busuk rupanya!

Patut lah kuning dia hijau satu macam. Sekarang tujuh biji telur tersebut telah sebati dengan satu telur busuk. Aku mengangguk perlahan tanda faham. Aku tahu apa nak buat.

Akhirnya, aku menarik nafas hingga ke pusat sebelum mangkuk dan telur-telur itu diterajang keluar tingkap menuju entah ke mana mana. Mungkin ke Ipoh, ke Johor atau mungkin ke Cordoba. Aku peduli apa. Aku tengah baran masa tu.



















Read Users' Comments ( 2 )

Jalanan

Rasanya gua bukan ahli mahupun individu yang power nak menulis hal hal runcing macam ini. Nak menulis surat kiriman rasmi pun gua tak hafal format. Gua paling fak dekat part tarikh. Sampai hari ni gua ragu ragu kena tulis semua huruf besar ke macam mana. Itu belum part nak tulis perkara. Boring boring.

Tapi gua perati hangat juga isu ni. Kira down juga scene 'done with terawih' kat tuiter sebab orang peduli apa kau punya terawih. Orang tengah sedap pekena borak pasal gelandangan. Jangan jangan ada yang baru pertama kali dengar pekataan gelandangan ni.

Tak apa. Gua boleh deal lagi benda remeh macam itu. Sebab gua faham jiwa baru nak up macam mana dia punya go.

Tapi gua syak tak lama. Lepas game Jerman lawan Perancis ni mula, selow sikit la bab ni.  Lu pikir sikit, ni world cup! Piala dunia beb! Ingat diorang tu banyak masa ke nak borak hal gelandangan hari-hari? Gelandangan pun entah entah tak pernah borak hal marhaen ni, lu apa tahu?

Diorang ni hari biasa sibuk pasal cinta, putus cinta, romen, belen mana nak angkut, awek mana nak follow, nak ikat tudung gaya apa dan rambut siapa lagi swag saja. Ingat banyak masa ke marhaen ni nak hadap dilema gelandangan?

Gua malas nak borak benda ni deep deep sangat. Lu pun bukan rajin nak baca. Nanti kalau gua sentuh angka, peratusan, methodology, output, keputusan semua bukan lu faham.

Gua pun malas nak sentuh jabatan-jabatan kerajaan, Anjung Singgah, Food not Bomb, Soup Kitchen, Thenasilemak, Jawi ke Pertiwi ke, itu semua lu boleh google saja.

Gua pun malas nak cover sebab apa mereka jadi gelandangan, siapa mereka-mereka ni, di mana mereka bergelandangan, usaha-usaha dilakukan apa semua ini.

Benda-benda ni sedap pekena dalam bilik ekon, ada sumber sahih, brainstorm session, projektor hala ke dinding, dua tiga brader pakai spek muka usahawan, laptop sebiji, mikrofon dua tiga baru real. Nampak solid la sikit.

Cuma sekarang,

Gua tengah pecah kepala fikir, kepala bana apa sampai sanggup nak saman orang yang nak buat kebajikan? Kepala bana apa marhaen ni sanggup lawan habis-habisan orang yang nak saman ni? Kepala bana apa ini semua?

Yang nak menyaman ni satu hal. Orang nak bersedekah dan membantu, punya pasal diorang lah. Aku tak rasa crowd dapur jalanan ni pergi naik turun Putrajaya minta serat dua rat sumbangan. Atau tulis status pesbuk 'like jikalau anda setuju kami bagi sumbangan pada homeless". Ada? Tak ada bukan?

Zakat? Lagi panjang nak cerita.

Gua nak tanya, kalau betul kotor aktiviti dapur jalanan ni sekalipun, rasuah, penindasan kaum miskin, rampasan tanah rakyat , penjajaan politik atas nama agama, monopoli hak perniagaan dan virus perkauman yang saban hari semakin kritikal ini semua bersih? Suci? Molek dipandang? Atau macam mana?

Yang geng nak menolong homeless ni pula satu hal. Bukan diorang tak tahu ada homeless ni mat pit, mat ubat. Ada yang sengaja lari dari rumah dan juga setengah tu didalangi oleh sindiket. Tapi bersungguh juga nak tolong. Sampai ke bila nak buat ini semua? Tidak ada alternatif lain ke?

Anak, adik abang, mak bapa kat rumah lu dah cukup tolong ke? Jiran lu tu cukup ke makan minum? Diri lu sendiri, terjaga ke? Atau macam mana?

Habis tu, siapa jahat siapa baik? Siapa betul siapa salah? Yang sini alasan macam ni, sana pula ada alasan juga.

Jadi aku nampak betapa tak belaga angin nya kelakuan antara dua sosok ini. Satu menentang dan satu melawan. Habis tu macam mana sekarang? Lu rasa ringan ke heavy benda ni? Gua perati lama lama gua naik palat. Cilaka tak patut.

Lu tahu kalau benda tak belaga angin apa jadi? Lu mesti tahu kalau air laut belanggar pantai apa jadi? Lu juga mesti pernah stadi kalau kalau cas cas awan berlainan ion bertembung apa jadi? Jadi lu mesti tahu teori kontradiksi.

Ini dah kira macam heavy saja. Tak senang macam lu belek instagram makwe atau pakwe dan tulis "Eh baju beli mana,comel nya mata, lawa nya tudung,". Pergi mampus.

Sekarang lu rasa apa akibatnya daripada ke-tidak belaga anginnya dua entiti di atas tadi? Ke mana isu ini akan pergi, sejauh mana, bila titik ini berhenti dan apa agaknya solusi yang bakal terjadi. Lu pikir.

Gua nak sambung buka puasa. Minggu lepas gua baca kurang kurang gua kena ada 380g protein.

Okay, salam sejahtera semua!

*Apparently, doing a good thing in Kelumpo is a bad thing you know?









Read Users' Comments ( 1 )

Kasihan Kelumpo Fasa 1

Keras tanah bumi mu
Gelap sudah desir bayu
Besi mega laju dipaku
Karam hijau yang lalu
Entah
Mana kau yang dulu

Nadi nadi kota penuh sesat
Raja diri memerah keringat
Tergadai layu jiwa beharga
asyik di pentas asmara fana
Tegar meminggir nada nyawa

Dengar
Dengar kan lah bisikan sakti
Dari kekasih diri mu sejati
Melambai tanpa henti
Menanti diri mu kembali

Aku berserah fakir pencari
Pada mu wahai suci tertinggi
Nyata kan lah cinta ini
Sebati.

Kulim,Kedah.

*Tenanglah hati-hati gundah, segala pasti sudah





Read Users' Comments ( 1 )

Berfikir soal cita-cita

Lama juga aku tak menulis. Semenjak setel stadi aku ni sibuk betul. Susah juga sebab dah pasang cita cita nak jadi Perdana Menteri. Cilaka betul. Kan senang kalau aku pasang cita cita just jadi seorang suami dan bapa kepada anak-anak. Amacam? Kepala bana bukan?

Nak jadi Perdana Menteri ni rumit juga nak mula. Sampai hilang punca. Aku ni dah la lama tak ke zoo. Aku rasa job Perdana Menteri ni selain ambil port hal ehwal manusia, haiwan juga perlu diketengahkan. Mana ada Perdana Menteri haiwan. Kalau haiwan miskin dan bergelandangan sapa peduli? Kalau haiwan ditindas siapa nak lawan? Cakap, cuba cakap sama aku.

Itu baru haiwan, aku belum sebut pokok pokok yang lain. Pokok ketapang ditebang sesuka hati, Pokok renek meliar tanpa jagaan rapi, Pokok Franklin yang semakin diancam kepupusan dan banyak lagi. Tak senang, tak senang.

Satu lagi, pasal pilihanraya. Aku pun tak tahu mana nak daftar nama jadi calon. Mana boleh terus jadi Perdana Menteri. Seingat aku, nak daftar nama kompeni dulu pun tak senang. Banyak juga perkara SSM minta. Nak fikir nama kompeni lagi, borang lagi, beratur lagi, ekon rosak lagi. Cilaka, zaman Melaka dulu dulu aku rasa rilek je brader Gujerat buka kedai tepi jalan Melaka. Tak payah bergaduh-gaduh daftar apa semua. Steadi Melaka sebagai pusat perdagangan antrabangsa. Kalau tak kerana Alfonso, aku rasa Jalan Ayer Keroh Lama tu orang panggil Wall Street hari ni.

Itu belum aku sentuh bab bab nak borak dengan Perdana Menteri negara lain. Turki, Amerika, Jepun, China semua. Kurang-kurang aku harus berkawan dengan mereka di laman pesbuk terlebih dahulu sebagai satu permulaan menjalinkan hubungan diplomatik. Aku pernah sekali dua tuit diorang ni, tapi tak pernah balas. Nak retuit balik pun tak ada. Di situ aku syak, mereka tak berani sangat dengan aku. Mungkin aku ni dilihat solid dan bertenaga di mata mereka.

Aku plan petang ni nak cuba lepak sama JKKK taman aku. Mana tahu dia boleh tolong apa yang patut sebagai petak mula aku nak jadi Perdana Menteri. Kurang kurang boleh panjangkan cadangan aku dulu. Aku dah lama rancang Kulim ni perlu juga ada satu stesen radio sendiri. Remaja Kulim kurang didedahkan dengan lagu punk, rock kapak dan puisi puisi melawan. Remaja kulim kalau dibiar lama, boleh jadi gagal berfungsi sebagai aset negara. Aku rasa dengan stesen radio sendiri, adalah langkah yang baik bagi membina kembali pribadi mereka yang leka dilayan Justin Bieber, SNSD, drama maghrib dan 3gp murahan yang macam haram kualitinya.

Baiklah. Aku tak banyak masa ni. Kulim pun baru sudah hujan. Aku syak JKKK dah sampai Kedai mee Pak Nan. Jangan nanti dia sound suruh aku simpan saja cita-cita aku. Memang aku tumbuk muka dia.



*Jadi Perdana Menteri ni apa job dia sebenarnya? Aku betul tanya ni.









Read Users' Comments ( 7 )

Naik Turun

Lalu aku melihat
Ramai antara mereka berdiri selesa bersama istilah semata
Berlagu syahdu atas bahasa bahasa doa
Sepertinya yang berkuasa menurut saja bicara mereka
Bila terkena mula di cari
Salah siapa, siapa angkara

Ah bosan! Bosan!
Tidak kah dilihat akan erti kehidupan
Mengapa nyawa ini bernadi di dalam tubuh badan?
Kenapa ada sahaja perselisihan berlaku?
Kenapa aku dan kamu tidak pernah sebulu?

Biar, biarkan!
Telahan aku mungkin di latar putih ini cuma
Inti nya barangkali aku sudah lega
Dipesannya pada aku
Selesaikan segala ragu
Tanyalah diri, siapa aku?

Kelu.

*If your religion would never make peace but chaotic, why you just believe but never try to ask about it?



Read Users' Comments ( 0 )

Laki sama laki

3.30 pagi, Shah Alam.

"Weh hari tu aku boring gila. Aku pun layan lah pesbuk."

"Ah boring doh pesbuk. Bukan ada apa sekarang."

"Gila kau tak ade apa! Habis tuh makwe makwe dalam pesbuk kau ingat saja saja?"

"Dah tu nak buat apa, Dam?"

"Huh, aku pun chatting lah. Tapi ada sorang makwe ni, aku Hi dia. Dua tahun weh! Dua tahun, tak reply! Kepala bana apa tu weh?2011 kau tahu aku Hi dia."

"Kahkahkah! Biasa lah tu Dam. Kata la kau Hi lagi dia"

"Mesti! Aku pantang betul bab bab tak nak bersilatur rahim ni. Aku pun Hi lagi satu kali"

"Lepas tuh? Dia reply?"

"Kali ni aku Hi kena timing. Timing lampu tengah kaler hijau. Dia Hi balik sama aku."

"Peh, lepas tuh Dam, lepas tuh?"

"Aku pun terus masuk toilet mandi"

"Pahal?"

"Tunggu la dia dua tahun lagi baru aku reply! Kahkahkahkah! Amacam kau rasa idea aku?"





Read Users' Comments ( 3 )

Kat mana nak mula?

"Abang, saya nak tanya sikit boleh?"

"Tanyalah."

"Dalam penjara ke lokap ke, banyak tak tempat kosong?"

"Entah lah. Rasanya ada la kot."

"Kalau ada kosong kat dalam sana, sebab apa uncle tu tidur tepi jalan je abang?"

*Banyak sangat benda tak kena. Aku tak tahu kat mana nak mula.



Read Users' Comments ( 3 )

Cerita Zuhur

Ada satu tengah hari yang mana awan berwarna putih macam biasa dan langit juga kebiru biruan. Juga macam biasa.

Masa tu dalam tahun 2003. Seingat aku badan aku tengah sedap betul itu time. System of a Down memang tengah trending. Gemilang tak patut 2003 ni.

Sungguh pun rock tak patut, aku tidak lah sampai minum darah atau bakar Quran. Masih lagi turun surau bila kena hambat sama warden, bernasyid sekali sekala, lipat sejadah seusai solat dan sebagainya. Cuma doa lepas azan aku tak berapa nak ingat sangat. Jadi aku buat gerak-gerak mulut saja.

Maka pada satu tengah hari yang macam aku cakap tadi, aku pun mula lah bersolat Zuhur. Aku solat dalam dorm saja sebab time tu warden tak tunggu depan pintu asrama. Kalau dia tunggu memang aku pusing balik masuk surau solat jemaah. Rotan dia saja tinggi bahu. Azab kalau kena, Tuhan saja yang mengerti.

Semua dah steadi. Lepas takbir, aku pejam mata rapat habis. Tapi ada la buka sikit sikit bila rasa orang lalu. Rukuk pun memang cantik kalau orang tengok. Tangan pula, betul betul paras lutut. Sudut pinggang 90 darjah. Memang tip top pendek cerita.

Lepas rukuk, aku pun sujud rakaat pertama. Okay tak ada masalah. Duduk antara dua sujud dan sujud lagi sekali.

Bila nak bangun saja dari sujud kedua, aku tak boleh. Ini betul masalah. Aku macam tersangkut-sangkut

Kerana gagal bangun dari sujud, penghayatan solat aku hilang entah ke mana. Lalu aku pun bersuara deras.


"Cilaka mana letak bola kat celah kaki aku tadi? Baik cakap!"













Read Users' Comments ( 1 )

Kebetulan

Aku tengok jam di skrin komputer aku dah dekat pukul dua pagi. Aku sedang memikirkan satu topik yang boleh blah jugak tahap heavy nya nih. Dasyat betul.

Okay, sebetulnya Aku tak tahu dan tak pernah pun aku ambil port macam mana konsep masa ni berjalan atas diri korang. Bagi aku konsep masa ni berjalan dengan satu sekuen yang sangat rahsia. Ketertiban masa ni jikalau tidak keterlaluan boleh aku katakan berjalan dengan satu sifir yang sangat randum.

Kerana perlanggaran ketertiban definisi masa atas diri aku buat aku memahami konsep kebetulan adalah satu falsafah yang sukar diterima.

Katakan, satu fenomena alam terjadi di satu planet. Katakan planet itu, Uranus. Kalau korang rasa, plannet Zuhal, lantak lah. Aku bukan ahli nak berteka teki dalam sistem bimasakti ni. Cukup sekadar borak ringan. Amacam?

Okay, Katakan satu puting beliung terhasil di Planet Uranus. Jadi perubahan kemandirian planet itu berlangsung lalu membenarkan satu gerakan luar tabii zarah-zarah menghantar isyarat kepada persekitaran alam semesta. Lalu, menukar haluan-haluan unsur alam semesta ini kepada satu arahan yang lain.

Contohnya, energi puting beliung yang terhasil di planet Uranus menyebabkan haba terpancar keluar dari atmosferanya lalu menolak sebiji meteoroid yang pada asalnya laluan menuju ke Marikh dan kini menghala laju ke Bumi. Ah itu sangat randum.

Dan setelah itu, sebiji meteoroid tadi bergerak dengan halaju meningkat lalu menghentam lapisan luar bumi. Tidak, batu ini bukan sebuah batu besarnya dua padang bola. Cukup aku gambar kan sebesar skrin komputer. Baik, dan kini ia semakin mengecil kerana pemanasan akibat geseran permukaan dan udara sekeliling. Lalu lenyap begitu saja.

Tidak, pada hemat aku hanya batu sahaja yang lebur lalu lesap, tetapi tidak pada konsekuensi nya. Tenaga dari batu tadi pula berpindah kepada zarah-zarah bumi lalu berlakunya sedikit peningkatan suhu. Sedikit sahaja. Walau  sangat sedikit,ia tidak membantu suhu semasa menurun tetapi menaik. Hasilnya, panas.

Dan di suatu sudut bumi, ada seorang brader sedang sedap pekena kopi waktu pagi. Lalu dirasanya bahang pagi. Setelah itu, dinyalakan penghawa dingin di ruang tamu. Kerana atas kesilapan sistem atur penghawa dingin yang disebabkan oleh punca-punca lain berlaku sebelum itu, maka penghawa dingin tidak berfungsi. Dan di sini, di sini bermulanya.

"Ah kebetulan. Time panas ni kau buat hal, brengset". Ya brader tadi orang Indonesia.

Jika difikiran kembali, apakah benar kebetulan itu wujud atau sebenarnya tidak ada langsung sebuah falsafah akan kebetulan? Apakah perkara puting beliung di planet yang sayup jauhnya dari ruang tamu brader tadi hanya berlaku sekadar kiraan sia-sia? Tidak. Segala yang berlaku samada di dalam ketertiban adat alam atau pun di luar ketertiban adat wajib mempunyai sebab.

Penghawa dingin tadi tidak lah berfungsi atas dasar kesilapan teknikal yang berlaku pada jam sebelum itu semata. Dan, keinginan brader tadi pada awalnya sedang enak pekena kopi lalu dirasakan menyalakan penghawa dingin pada saat itu adalah sangat kena pada waktu kebetulan tadi adalah tidak tepat.

Jika tidak kerana puting beliung, maka tidak berlaku perubahan suhu semasa dan brader tadi haruslah hanya habiskan segelas kopinya tanpa merungut. Dan jika tidak kerana panas, maka tidaklah terlintas atas brader tadi untuk cuba menyalakan penghawa dingin tersebut. Dan tanpa usaha menyalakan penghawa dingin tersebut, manakan timbul hal berfungsi atau tidak akan alat itu bukan?

Jadi, di sini aku sedang sedaya upaya menegaskan fikrah akal aku yang serba tiada daya upaya ini bahawa segala berlaku adalah bersebab dan berlakunya ia juga bakal mengundang sebab yang lain. Maka, manakan boleh aku khabarkan bahawa segala ini berlaku atas kebetulan semata-mata! Segala berlaku kerana bersebab dan akan menyebab-nyebabkan.

Jadi, masa itu terus berjalan sambil menimbulkan pelbagai kontroversi sebab dan ianya sangat randum. Hal yang berlaku pada jam 11 tadi tidak semestinya menyebabkan perubahan pada jam 11.01 sahaja. Ia juga bakal menyebabkan berlakunya hal-hal pada jam atau hari atau tahun yang berikutnya.

Dan perkara yang berlaku pada jam 11.01 itu tadi juga tidak lah hanya bersandar pada sebab yang khusus pada jam 11 tetapi melibatkan suatu sekuen sebab dari sebab-sebab yang sebelumnya lagi.

Sekarang, cuba tanya pada diri korang, apa sebab korang baca teks ini sehingga titik soal ini?


p/s: Terlalu banyak sebab dalam teks dan terlalu banyak benda bermain di akal. Pernah aku diberitahu oleh seorang tua satu masa dahulu bahawa manusia tidak akan pernah selesai jika selalu dipandu pakai akal.









Read Users' Comments ( 7 )

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...