Borak cinta dari sekeping hati.

Dulu gua piker hati gua macam ni bentuk dia. Masa tu gua baru dua hari masuk taski.

 Lewat malam selesai aktiviti sosial gua sama kutu-kutu kampung, gua mula rasa bosan. Apa yang lebih menggerunkan, mereka ni jenis lepak sampai ke pagi sampai lupa habis anak bini.Puas gua nasihat supaya cuba-cuba main lumba kereta pun orait. Namun kerap juga gua maki balik. Mata taknya, rata-rata kutu gua sini membonceng motor. Ada juga selit-selit jenis folow tren semasa bawak fixie datang lepak.

Biasa kalau suasana gua perati dah mula berembun, hati gua mula berbelah bahagi. Sekejap pandang gelas teh ais yang dah suku airnya, sekejap pandang jam di henpon. Tanpa alasan yang solid, gua hanya mampu duduk dan buat-buat hepening melepak, walaupun mate rabak. Mereka membutuhkan satu rezen yang power untuk diketengahkan. Jadi alasan yang rare , sangat dialukan di kepala gua ketika itu.

*****
Gua ni lewat mana balik pun jenis stedi. Jenis buat macam rumah sendiri. Padahal nama rumah ni dah sah-sah atas nama ayah gua. Tak pernah lagi setakat ni ayah gua sound nak pindah nama gua rumah ni. Tak tahulah kalau ayah gua terpikir nak sapraiskan gua.

Biasa kalau gua balik semua dah lena. Pernah sekali ayah gua tak lena, tapi dia buat-buat lena masa gua balik. Gua dapat tahu dia tak lena pun kes dia pakai spek time baring. Tak solid lakonan dia. Susah nak cari makan zaman sekarang kalau gaya lakonan tak begitu real macam ayah gua. Perlu banyak tengok gaya lakonan Bruce Willis baru boleh pergi jauh ayah gua ni.

Sambil duduk depan kompiter, gua on butang wifi kat henpon. Periksa apa yang patut. Gua buka tuiter gua, manalah tahu ada makwe mana-mana mintak kapel. Gua sendiri pun rasa diri gua ni tak kurang segaknya walaupun kerja buat pun belum ada. Peh, agak nak telepas henpon kat tangan bila tengok dua puluh mention kat tuiter gua.

Hati gua mula berbunga. Setat gua terbayang makwe yang baru gua folo dua hari lepas. Dalam bayangan gua tu, gua bawak baby kat tepi pantai. Makwe tu kat sebelah pakai baju macam longgar-longgar kale putih. Sesekali makwe tu cium dahi baby kitorang . Lepas tu kat laut tu ada dua orang main jetski. Siang tapi lingkungan jam lima petang, ngam-ngam matahari kat hujung laut sana. Mamat main jetski tu pun dah menghala balik ke pantai. Watak mamat jetski tu tak mustahak sangat dalam bayangan gua.

Bila gua buka, gua baru perasan sepuluh tu retuit dari @iamhakiim, sepuluh lagi retuit dari @farisachong. Malaun dua ekor ni dah jadi freelance retuit kutu-kutu gua punya tuit. Nak saja gua bagi kaki kat diorang ni, tapi gua kensel. Gua piker kalau bagi teka-teki adalah lebih 1Malaysia dan bersifat brotherhood. Gua tahu dua ekor ni selow sikit bab teka teki. Memang gua boleh makan punya.

*****

p/s: Gua berjaya balik rumah setelah selesai buat-buat ayah gua halo suruh balik sebab esok pagi nak kena hantar adik gua tuisyen. Puas hati gua dapat klepet diorang. Yang seramnya, malam ni apa gua nak kencing lagi. Cilaka betul.



Read Users' Comments ( 2 )

Semangkuk mee harga satu penumbuk.

Nampak kecik belum tentu tak power.


Lima belas minit sebelum waktu rehat, gua pastikan yang gua ni dah siap-siap beratur tunggu masa nak cedok nasi saja. Kalau gua lambat tu, biasa gua pegi ushar makwe tingkatan tiga blok depan. Tak pun gua kena denda sama cikgu.

Biasa cikgu kimia gua berehi sangat cari pasal sama gua. Kalau tak pasal dia cikgu dah lama gua peteh kaki dia kat kaki lima kelas, beguling jatuh tangga. Lepas tu gua tunggu je nak gelak. Tapi gua tak adalah jahat macam tu sekali.

Biasa-biasa line up waktu rehat gua tak pernah cukup kalau tak ada muka-muka punk sama skinhead ni. Scene underground ni dulu sangat meriah mewarnai fesyen rakan-rakan gua. Pernah sekali, sebulan Shanaidi Ramdani tak hadir sekolah kes buat rambut mohok. Menyorok rumah Khairul Nizam.  Begitu power peginya  gaya mohok ni. Patutlah mak gua selalu sound pergi tempat orang jaga tingkah laku. Entahlah apa kaitan sebenarnya.

Memikirkan SPM kian hampir ,gagah jua Shanaidi Ramdani datang ke sekolah berambut belah tengah sebagai usaha nak kaver mohok beliau. 10 minit gua gelak hari mula dia datang sekolah. Mujur gua perasan zip seluar gua terbuka, kalau tak, 20 minit pun belum tentu cukup untuk gua gelak.

Meja gua sama kutu gua dah wajib kat bawah bangsal tepi dewan kantin. Bukan apa, situ dekat dengan toilet. "Senang nanti nak hisap rokok" kata Hafizudin yang lebih gemar dipanggil Petok. Hafizudin ni jenis cakap susah dia nak berenti. Bebekalkan modal yang kemas, padat sungguh dia bahan gua sama member-member gua. Mujur dia ni jenis lucu, banyak kali cubaan gua nak flyingkick muka dia menemui jalan buntu dan dihalang pakgad sekolah.

Dulu pantang kalau gua tengok Hafizudin ni bahagia. Senyum di muka dia seolah tamparan di wajah gua. Entah kenapa hari tu tak berhenti pula dia tersenyum. Hari-hari biasa tak banyak beza muka dia sama kalkulator saintifik. Muka mintak kena tekan berkali-kali.

Sedang gua enak makan ayam masak halia, gua perasan Hafizudin ni tak berhenti lagi tersenyum. Mustahil dia ni ushar makwe depan. Dengan memegang posisi bassist dalam band punkrok yang diasaskan beberapa bulan ketika itu , pasti jatuh poin punk beliau dikalangan ahli-ahli scene punk Terengganu yang lain kalau betul apa yang gua rasa.

Dalam pada tu juga, gua mula rasa nak bersin. Gua pun cuit bahu dia perlahan sambil menoleh muka ke arah beliau. Belum sempat dia bertanya kenapa, bersembur nasi sama cebisan ayam halia ke muka dia. Gua rasa satu lapan sampai laju bersin gua tu, sebab member sebelah ada kena sikit. Gua pun tak berapa nak pasti. Masa tu hati gua berteriak riang penuh kepuasan.

Yang hairannya petang tu gua kena balik bersin dia. Satu kat telinga satu lagi kat hidung. Jenuh gua tanya apa pasal dua kali. Dia buat dek setat enjin motor, sarung helmet terus sound gua " Aku tunggu kedai Seri Iman." Sebelum berlalu pergi, empat juga gua jerit suruh dia angkat tongkat motor. Terkena juga dia bila gua nampak dia cuba nak betulkan tongkat. Kahkahkah!

*****
Kalau tak pasal youtube baru pemes kat tanah air gua tahun 2004 dah lama gua jadi otai uplod video bersin di muka kasi satu Malaya tahu bahawasanya gua tak puas hati dibersin dua kali.. Gua sasarkan viewer cecah lebih 2 juta kalau gua uplod tahun tu. Tapi tak juga sebab tenet selow lagi masa tu. Setakat sembang ludah mahsiswa tak cukup rare lagi.



Read Users' Comments ( 0 )

Rosmah gadis semasa

 
"Dance,dance,dancing in the dark..dark dark.." Lagu Dancing In The Dark dari alat keluli Rosmah memecah kebuntuan sunyi tengah hari di rumahnya. Rosmah masih belum mampu membuka mata. Melekat-lekat rasanya. Tarikan antara bulu mata atas dan bawah seolah-olah cemburu untuk berpisah. Digosok-gosok kulit mata tanda Rosmah gagahkan jua. Kipas siling masih ligat berputar pada kelajuan lima. Rosmah menyelak selimut tebalnya.

Dilihat jam di dinding. Lewat jam 2 petang. Rosmah lupa jam dinding itu punoh angkara lama sangat tak ditukar baterinya. Bukannya apa, jaraknya yang terletak betul betul atas pintu biliknya itu agak sukar untuk dicapai. Ditambah dengan ketinggiannya yang tidak normal, menyukarkan lagi kerja menukar bateri jam.

Pernah berkali disuruh adiknya Haikal mengganti bateri, namun mat kereta tegar tu buat dengar tak dengar saja. Manakan tidak, tidur pun dalam kereta, berfesbuk juga dalam kereta. Taksubnya Haikal dengan kereta satria yang dikatanya turbo padahal semua tau enjin standed je tu.

Tanpa berlengah, dicapainya towel biru di ampaian bilik, seraya menyalin baju tidurnya. "Mandi lah dulu" kata hati kecil Rosmah. Sudah menjadi satu kewajipan untuk Rosmah menyiapkan dirinya. Bukannya apa, selaku gadis semasa di pesbuk, dengan keahlian rakan melebihi 5000 orang, Rosmah mudah sahaja menambah perkataan 'Full' dibelakang usernamenya. Dah 5000 orang rakan, haruslah sentiasa kelihatan hot dan awesome pada setiap masa.

Gaya Rosmah mak melangkah kaki keluar bilik, terdetik untuk dia melihat gerangan siapa menelefonnya tadi. 'Ah, Fendi lagi' getusnya dalam hati. Fendi, selaku stalker tegar Rosmah di pesbuk. Rosmah sudah penat melayan karenah Fendi. Mulanya Rosmah fikir Fendilah lelaki paling hot di fesbuk. Berbekalkan profile picture sebelah kereta Honda Type-R FD2, memakai rayban hitam tersemat di muka dan baju kemeja putih dilipat lengan sampai ke siku menampakkan sunguh gaya kejantanan Fendi.

Namun rupanya, lagu dendangan Najwa Latif agak tidak menjadi. Segalanya terbongkar ketika first date mereka .Fendi sebenarnya anak mak dan kompius dengan jantina sebenarnya. Kereta tu pula kes pergi tengok AutoShow bersama kutu-kutunya di Juru. Terukkan Fendi? Justeru terngiang-ngiang ayat' Beauty lies in the eyes of beholder' di gegendang telinga Rosmah. Ucapan kata dari Fendi. Bukan sebab apa pun, sampai ke hari ini Rosmah masih tak paham maksud Lies. Kompius dia, setahunya lies tu tipu. Apa kena mengena tipu pula dengan beauty.


Dihayun telefonnya kembali ke tilam. Terloncat-loncat telefon tersebut mencecah muka tilam Rosmah. Rosmah cepat-cepat berjalan menuju toilet di sebelah biliknya.

Seusai saja mandi, Rosmah kembali berdiri tegak di tengah biliknya. Dilihat sekeliling. Banyak poster-poster artis tempatan menghiasi ruang bilik. Bukan tak nak layan kepala artis obesea, tapi loghat BI Rosmah tak berapa nak blah. SPM dulu pun kes tiru member sebelah Rosmah score D7. Tapi kini,  sehari ke sehari Rosmah rajin benar update status pesbuk dalam bahasa inggeris. Biasalah, Google Translate dah menjadi penggantu diri Rosmah kedua. "Tak Kolumpo la kalau update bahasa melayu" kata Rosmah pada rakannya Samir satu ketika dulu.

*****


Seimbas lalu, terkeling matanya ke arah jam di dinding. "Waklu!" jerit Rosmah. Tak bergerak-gerak jarum jam. Diambilnya telefon di atas katil, melihat waktu sebenar. " Baru pukol 12. pundek betul!" marah betul Rosmah. Dalam marah-marah sempat juge rosmah mensnap gambar sekeping dua melalui telefon bimbitnya. Membuat mulut itik dan berposing Hana Tajima di depan cermin bilik sudah mencukupi prosedur gadis semasa. " Uplod jap." detik Rosmah sambil menulis caption gambar " Buruk kan? Baru mandi, yeay! ". Tanpa Rosmah sedari ada la lebih kurang 133 gambar yang sama macam tu posingnya dalam mobile upload. Tapi kompiden juga hari hari dia uplod gambar.

Tak menyempat Rosmah tekan butang signout dah 45 yang 'like' gambar depan cerminnya. Tak semena-mena hidung Rosmah kembang membunga. Dilihat wajahnya di cermin ketika hidungya kembang. Tak berani pula Rosmah nak ambil gambar ni. Dirisaukan jatuh market pula nanti. Dalam proses mengecutkan kembali lubang hidungnya yang kembang, "Dance,dance,dancing in the dark..dark dark.." .Telefon bimbitnya kembali berdering. Hampir terlepas dari pegangan. Rosmah cepat menekat punat hijau seraya berkata, "Hello, Rosmah here.."

**********

Kipas rumah gua ni kalah kipas besi Pasaraya Sukaramai kat Pekan Bukit Mertajam tu lajunya. Berdesup dia punya pusing. Rasa macam begegar rumah pun ada. Ke melampau macam tu?



Read Users' Comments ( 0 )

Kisah Makwe Beetle.



Agak lama Pejal tak menjenguk bandar. Dirasakan bosan juga kalau hari-hari mengadap laptop. Tak banyak yang boleh dibuat selain mengadd makwe makwe berdahi licin dan bertudung helmet fullface. Seraya menyalakan rokok surya yang tinggal dua batang kes kena pau sama Hamid semalam.

"Jom, gi bando!" diajaknya kutu-kutu sealiran dengannya. Terkebil-kebil matanya menahan asap rokok di mulut. Sambil membetulkan punggung yang panas, Hamid, Rosli serta Pe'on bingkas bangkit dari tilam subsidi owner rumah. " Mano jang!" tanya Pe'on dengan loghat pekat Pilah. " Pusing-pusing town,ushar makwe dah le" balas Pejal sambil menyarung seluar jeans raya tahun lepas.

Itulah seluar paling rare Pejal mampu pakai kalau nak ke bandar. Dilihatnya masih panjang rokok surya tadi. Dengan perlahan Pejal mengesek-gesek bara surya ke dinding rumah, dan menyelit belen rokok ke dalam poket seluar.

Maka yang lain-lainya mengekori sahaja dari belakang tanpa mencelah perbualan mereka. Berkeriut dahi Pejal menahan terik matahari jam dua petang. Sambil membuka pintu kereta sempat juga dia menyarung spek Rayban Rosli dalam kereta.

Bekeng muka Rosli memandang tingkah laku Pejal. Nak dimarah, saiz badan mereka nampak benar beza. Pernah sekali Pejal bergurau, tertendang Rosli. Bergolek laju saja dia jatuh dalam longkang. Mana tidaknya, size kasut Pejal saja dah cecah dua angka, 11.

Gaya Pejal nak hidupkan enjin kereta, sayup sayup terdengar bunyi dari langit atas. Serentak keempat-empat malaun yang tegar dibenci makwe-makwe hot taman mereka mendongak langit.

'Hoi, hampa duk tengok aku buat pa? Tak dak reja? Aku tampaq naya pat-pat ekoq nih. Haram toi..!" teriak Superman dari atas. Laju saja Superman tu terbang. Gaya macam ada emergency case. Memang kalau diikutkan sejarah Superman, tempat mula mula jatuh kapsul tu dalam area Sungai Petani. Tak hairan kalau Superman ni fasih loghat utara.

Selesai saja Superman melepasi lokasi mereka, terus keempat-empat mereka pengsan kegersangan. Sempat juga Hamid memberi sedas tumbukan ke muka Rosli sampai pecah akibat terkejut yang melampau tahapnya melihat kejadian tersebut sebelum pengsan. Maka, tak sempatlah mereka nak ke bandar ushar-ushar makwe mana yang patut.

*****

Dari pagi gua pasang lagu Wings nih, muntah hijau pulak rasanya.



Read Users' Comments ( 7 )

Rahsia taktik 442 Terengganu VS Kelantan.

Hendaklah kiranya gua menceritakan serba sedikit halnya berkenaan negeri yang berdaulatkan sultan bertempat di nun jauh di Pantai Timur sana. Ramai orang kebanyakkan masih belum dihebahkan betapa gahnya dua negeri gergasi yang sepi ini.Seolah sedang diam dan menanti detik waktu melunaskan jisim sebenar.

Walaupun gua berdarah kacukan barat serta timur namun sempat juga kiranya gua bermustatin di sebuah negeri salah satu dari dua negeri tersebut yang dipanggil Terengganu.

Dalam ketika itu gua sempat mendalami sedikit sebanyak halnya berkenaan negeri tersebut selama 10 tahun gua di sana. Berbekalkan pengetahuan orang lama kampung gua serta kitab-kitab sejarah melayu yang mereka pegang, sempat juga kiranya gua menghurai serba sedikit mengenai pertelagahan dua kuasa besar ini.

Maka pernah diceritakan dua negeri ini merupakan satu kuasa besar yang amat berpengaruh laksana kuasa veto US serta Rusia dahulunya. Namun tidak pernah memperoleh genjatan senjata dalam apa jua musyawarah yang dianjurkan oleh pihak-pihak terbabit.

Dalam apa jua bisnes serta ruang bentuk aktiviti, seringkali munculnya ketidak puasan serta pertelagahan antara dua negeri tersebut, Kelantan dan Terengganu. Bermula dari perang ayam serama sehingga terbawa ke dalam hal memperoleh copyright nama nasi dagang masih dalam perbincangan.

Ada juga dalam kitab silam menceritakan dua negeri ini pernah menjajah Perancis, Hawaii serta Bombay dalam usaha memperjuagkan kedaulatan negeri masing-masing. Sulaiman Jarjat selaku pencerita kisah ini menjadi saksi di mana mereka sanggup menentang satu sama lain dengan mengaplikasikan kuasa mental. Antara lainnya menganjurkan pertandingan lawan titik, pemadam serta Olimpiad Matematik peringkat PKG.

Segala peperangan dari sudut fizikal serta mental masih menemui jalan mati. Tidak hairan bagi gua kiranya ada pihak luar cuba campur tangan dalam hal dua negeri ini sehingga mencetuskan nama Osama, Umar Ghadaffi serta Illuminati. Walaupun ada pihak mewar-warkan bahawa konsep freemason berasal dari Bachok, Kelantan ada juga pihak yang ahli menyangkal bahawa puak-puak dari Batu Burok,Terenggau terlebih dahulu mengetahui hal freemason ini.

Maka tidak hairanlah jika malam ini akan berlaku satu lagi perbalahan besar antara dua negeri gergasi ini di medan bola sepak bagi merebut kelayakkan ke final Piala Malaysia. Itulah serba sedikit dapat gua ceritakan di sini mengapa bakal banyak kad kuning serta merah dilayangkan oleh pengadil padang di stadium pada malam ini.

Maka malam ini bakal kita saksikan satu pertempuran sengit bukan sahaja membawa nama arena bola sepak negeri masing-masing, bahkan mengendong segala sejarah dan peperangan klasik zaman silam seperti mana yang pernah diceritakan oleh orang terdahulu kepada kita, golongan yang terkemudian ini.

Lagu Selena Gomez " I love you like a love song " ni kalau dengar banyak kali boleh buat gua gila nak cari makwe. Bukan gila apa, gila nak suruh bakal makwe gua nyanyi lagu ni sama gua. Stim bai.





Read Users' Comments ( 4 )

Siri bercakap dengan diri sendiri

Sedar tak sedar gua rasa memang kena sedar.Gua dah besar, umur pun makin lanjut. Heran gua, apesal gua tak rasa besar.Lama juga gua tak update. Sibuk dengan aktiviti lepak gua.Apa lu ingat melepak tu tak sibuk? Melepak juga gua rasa sebagai satu komitmen yang boleh diketengahkan sebagai profession yang professional lu tahu? Apa ingat doktor sama injinia saja pro. Heran gua,heran.



Read Users' Comments ( 4 )

Jangan serius sangatlah

Apa yang dipanggil serius? Sememangnya subjektif kosa kata serius. Cikgu Razaleigh gua dulu pernah dikategori sebagai guru serius kerana memakai sampin ketika hari Jumaat. Gua juga pernah sound member gua yang sangat serius ketika peperiksaan. Biasa-biasa dia ni hepi go lucky. Entah kenapa time exam tempoh hari, diam saja. Tak bercakap sepatah. Tak gosok gigi mungkin, atau clash sama makwe. Entah, gua lupa nak tanya.

Bagi gua, gua sentiasa serius. Dengan berwajah iras Aaron Aziz, sangat ngam karisma serius dengan jiwa gua. Dari petang tadi gua masih tak habis-habis warmup. 18 kali gua keliling rumah dan berdiet tak makan nasi semata-mata untuk performance gua malam nih. Gua makan udang saja.

Gua juga mengamalkan makan maajun bagi mengelak angin-angin dalam badan mengganggu prestasi gua yang masih tip top dari sejak gua main bola untuk rumah hijau dulu.Biasa-biasa gua telan sebiji sahaja. Memandangkan game malam ni amat besar makna bagi gua, gua telan 13 biji sekaligus menyebabkan gua tak henti-henti berpeluh. Menyesal pun ada.

Ya, gua tengah siap-siap nak main futsal. Futsal tu biasa-biasa saja, tapi memang gua macam ni. performance mau jaga. Inilah definisi serius bagi gua. Sekarang, mana seluar three quarter gua pegi?

Desas-desus mengatakan kucing ini banyak kali telah berkelakuan serius.




Read Users' Comments ( 6 )

Cara Selamat berPESBUKING.



Heboh.Satu kampung gua kecoh.Itu belum gua cerita kampung sebelah lagi.Pak Sudin Lahap, tak cukup tangan dia bercerita.Sebelah kanan melahap, sebelah kiri riuh bercerita. Sapudin Ramli, walaupun kerja tak pernah tetap, berani pasang angan-angan nak pinang Linda owner salun rambut pun turut bercerita benda sama. Gua pun naik heran. Semua sibuk tak puas hati kes pesbuk bertukar suasana.

Kadang-kadang gua rasa depa ni bukan apa. Susah nak terima perubahan,sukar nak adapt benda baru.

Gua rasa terpanggil nak sentuh part pesbuk dah jadi huru hara. Semua benda lu komen,semua benda pesbuk nak post sama. Maka, timbul cerita pasal ada sesetengah privacy dicabuli

Gua pernah tulis pasal benda ni kat sini . Itu cerita lama.

Petang tadi ada sorang akak ni. Gua rasa kalau tak cikgu dia ni seorang polis. Apa sebab gua rasa macam tu, ikut suka hati gua lah.

quote dari akak pesbuk:

Weii...talking about old fren let talk about the age....I lagilah puluhan tahun tak jumpa and thank you to FB becuz become a platform on getting back to keep in touch after an age not meeting each other. The main point here now is about Privacy....if you need a privacy then go to some where else.. FB is a social networking and at the same time you had no rite to ask people in ur frenlist to do as per above just because you don't wanna other People "skodeng" on your activity....!!!!!


Then set a privacy only those of your friend only can see what ever you commentn tag or whatever of your activity in FB. Get rid out those not neceesary from ur list...if whoever that you know and you don't like them....FB is not the only place to "skodeng"...byyk lagi cara...if they wannna to..so moral of the story "don't to much Expose"


Kes ni berlanjutan atas sebab member gua mintak unsubscribed pesbuk dia. Gua tak kisah lah dia punya permintaan. Pesbuk dia hak dia. Itu gua tak nak kacau. Tapi akak ni gua rasa sangat sempoi. Walaupun agak outspoken tapi ada benar juga.

Gua rasa jelas mesej akak tu.Gua yang belajar tak tinggi mana ni boleh tangkap. Kalau lu post sampai 156 gambar, info dari tadika sampai no telepon rumah. Lagi lu mau kecoh orang stalk sama lu. Apa pasai lu tak riuh lepas lu makan lu rasa kenyang? Kang kaki ni makan die.

Macam gua pun ada nasihat sama kutu-kutu gua semua. Cara selamat main pesbuk. Jangan risau, gua sendiri try.InsyaAllah berkesan.

Lagi selamat jika helmet fullface digunapakai.




Read Users' Comments ( 4 )

Hari Jumaat

Selesai mengerjakan ibadat fardhu sebagai lelaki, laju saja kereta mak gua memecut menuju pekan. Senang saja orang nak kenal siapa yang pandu. Kalau laju tuh mak gua bawak, dan kalau laju jugak, boleh jadi gua. Entah macam mana senang nak tau sapa bawak gua pun heran.

Puas gua cari port online yang sempoi serta dikerumuni ramai gadis berspek shades dan berseluar pendek. Bagi mengelak rasa hampa bersarang didada, gua layankan saja beronline di tempat geng-geng fixie melabuhkan punggung setelah penat berkayuh tanpa brek. Apa gila cc ada makwe lepak.

Masuk saja, gua tanya harga.

"Rm1.50 sejam boss," belum sempat gua habis ayat gua dia dah reply."Ok, kasi open". Balas gua sambil terliur tengok air tin Manggo dalam ice box balik dia.

Duduk dan terus gua online dengan hati riang ria kanak-kanak gembira.

Itulah serba sedikit life gua bila tenet rumah kena potong.Nyekit betul.






Read Users' Comments ( 3 )

Tribute to Paul Hassan.

Kisah yang gua nak cerita ni berlaku di bumi Melaka dan bukannya di mana-mana kuarters gomen berhampiran. Gua kira, benda ni dah lama jadi. Seingat gua time tu awal tahun 2011 dan pesbuk gua baru saja cecah 2380 friends. Tak hairanlah kalau time tu PC gua manjang hang akibat banyaknya notification dari peminat gua yang biasanya terdiri dari golongan gadis blonde,berskirt paras peha dan memakai seluar legging.

Cerita gua ni berkisar pasal member gua. Dia mempunyai perwatakan yang rare dan tak hairanlah dah masuk kali ketiga member gua ni tolak pelawaan kelab dari Bundesliga untuk main sama Leverkusen. Walaupun banyak pihak memujuknya agar menerima offer tersebut, dia tetap akur bahawa kereta kancil 650 nya masih belum mampu membawa muatan lebih dari 7 orang. Setakat ni 6 orang pernah lah sekali jadi.

Dengan nama panggilan Paul, dia akur dan patuh atas segala jadual aktiviti yang dia sendiri susun saban hari. Contoh paling rare adalah beli kuaci lima bungkus , makan sampai habis dan maki diri sendiri kenapa kuaci dia dah habis.

Jam 8.45 pagi waktu Yugoslavia.

Sedang gua asyik menghabiskan baki muka surat repot projek akhir sem gua, mata gua liar pandang atas bawah. Mengantuk. Berbekalkan Malta serta roti kacang merah dah cukup dua hari gua tak lena. Terdahulu, gua ada dengar bunyi jam loceng memecah kebuntuan suasana pagi gua. Tapi gua memang tak amek pot. Sebab gua tahu, paling lama bunyi pun lima minit.Mesti ada mana-mana kutu gua kasi off sama itu jam.

Dalam kedamain pagi di bumi Melaka, kebahagiaan pagi gua dirobek bunyi yang kurang enak dari bilik sebelah. Heran gua mana datang bunyi sebijik lagi jam loceng. Diikuti bunyi dentuman seolah ada objek yang jatuh dari katil. Gua pandang Malta atas meja sambil check betul-betul. Alcohol free. Tak mungkin gua hallucination atau paranoid.

Gua sambung kembali tugasan gua yang tertangguh tadi. Kali ni gua dengar orang jerit pula. Nyaris tumpah Malta di tangan. Gua cuba terjemahkan jeritan tersebut. Seolah-olah dalam aksi marah, namun seakan ada rasa kecewa. Panjang bunyi arrghh dia. Gua cam suara dia. Memang tak ada orag lain, Paul. Dia juga dikenali kerana memiliki Samsung Galaxy yang baru keluar time tu. Heboh hari-hari nak check-in 4square kat rumah sendiri.

Ada la lima minit, Paul lalu depan bilik gua seraya membuat wajah terkejut  melihat gua masih berjaga. Tanpa bercakap sepatah membuat gua saspek mulut dia tengah bau kepam bangun tidur, berlari-lari anak dia turun toilet bawah.

4.oo petang

"Ape kes kau jerit pepagi buta tadi?"tanya gua.
"Aku lambat pergi kelas laaa!!!" balas beliau membuat gua sampai ke hari ini tertunggu-tunggu jawapan motif dia menjerit.

Ramai saksi yang melihat kejadian jeritan tersebut mengatakan beginilah wajauh Paul.
Tak tumpah seperti seekor Keli gergasi.




Read Users' Comments ( 3 )

Last Day

Esok hari last gua praktikal. Gua plan nak buat nangis macam dalam Akedemi Fantasia. Lu rasa cool tak cool?



Read Users' Comments ( 5 )

Kertas Bocor UPSR 2011

1996, Kuala Terengganu.
6 Pluto. SMKSS. Bm Pemahaman UPSR.

1. Apakah sinonim bagi perkataan pupus dalam petikan di atas?
A. Hilang B. Lenyap
C. Ghaib D. Hapus

Gua mula menggelisat. Peluh-peluh jantan dah mula keluar.Sepuluh kali gua ulang baca petikan kat atas. Gua buntu. Belum pernah Cikgu Zabedah gua ketika tu ajar gua sinonim pupus. Malahan, lagu pupus dendangan Dewa juga belum lagi menjadi siulan muda mudi. Seingat gua KRU saja tengah up betul time tu.

Gua cuba buat-buat pikir. Baca doa ayat terang hati mana yang patut. Untung-untung telintas jawapan. Mungkin sebab malam sebelum exam gua miss Isyak, gua hilang petunjuk. Gua mula kecewa. Sikit punya banyak sinonim lain gua hapal, pupus juga dia nak keluar. Time tu gua tak reti nak tunjuk marah gua. Habis kuat pun gua cakap 'natang' tak pun huuuuuh mengeluh saja.

Dalam takut-takut gua check line keliling. Anak mata gua rapat ushar pengawas exam. Dalam keadaan duduk, gua cuba buat gaya nak tidur. Perlahan-lahan gua landing kepala gua atas meja. Kiri gua bukan student pilihan time tu. Trial dia score 3A 2B saja. Kanan gua memang feberet guru-guru. Berbekalkan kerja sekolah dia yang sentiasa siap, serta tempat tuisyen yang boleh tahan banyak, sebelah mata dia score 5A trial.

Tajam gua renung kertas jawapan dia.Gua nampak banyak bulat hitam hasil pensil 2B.Pensil 2B paling top time tu yang kaler belang hitam kuning. Betul pekat dia punya hitam. Cikgu gua pun rekemen pakai pensil tuh. Gua rasa dia ada dapat sikit komisyen,tapi gua tak berani tanya. Badan gua tak besar mana time tu.

Entah apa gua nak cerita pun gua tak tahu.





Read Users' Comments ( 4 )

Cinta Terlarang Amirul.

Cerita ni gua baru teringat time dalam jamban kat bawah tadi.Tergelak gua sorang-sorang lantas di sambut suara mak gua cakap gua gila. Mana tak gila. Gelak sorang-sorang dalam jamban.Lu bayang macam mana.

Bulan posa harituh, ada sorang mamat kerinting, cutting badan 5 inci lagi ngam-ngam model, kulit sawo matang bawak ke gelap melepak sama gua. Dengar gaya macam rare, tapi dia ni biasa saja. Jenis syok sendiri pun ada. Tapi dia hebat jugak kes dia pandai main kamera lomo.Kutu-kutu lain panggil dia Black walau banyak kali dia suruh panggil dia Remy Ishak.

Gua angkut dia kat area kampung dia, Sungai Duri. Kalau time malam gua seram mau lalu line situ. Naik bukit, masuk ladang sawit, lalu sebelah penjara.Berdiri juga bulu roma gua. Memang gua kasi alasan amik anak gua tuisyen. Boleh la gua elak pegi rumah dia malam-malam.Mujur gua sama dia boleh kawtim.

Kes dah lewat nak berbuka, gua kasi hentam saja mana kedai yang ada. Tak silap gua Mamak As-Salam area Parit Buntar. Gua tak hapal nama kedai tu kes tokey dia rapat sama bapak gua. Line tak clear kalau gua lepak situ. Free-free kantoi kalau gua angkut makwe.

Setel makan gua tengok Black dah mula on rokok Dunhill dia. Kemain sedap dia hembus ke atas. Jelas dari raut wajah Black, dia sangat puas dengan performance puasa dia hari ni. Walau semayang entah ke mana, dan tidur bangun jam 3 petang, kurang-kurang dia tak makan atau minum sejak sahur tadi.

Gaya gua nak setelkan belen kuih atas meja, Black cuba bersuara sama gua.

" Aku ada benda yang laki lain tak ada kalau ko nak tahu.Aku ada future." Selamba sambil mencucuh sebatang lagi Dunhill di mulut.





Read Users' Comments ( 5 )

Buah naga

Naga digambarkan sebagai seekor haiwan yang beperwatakan makan orang,bersisik dan bermisai dua helai. Sedikit pun tidak bercirikan seekor haiwan yang sayangkan anak. Lebih sesuai nama naga yang digunakan dalam pribahasa haruan makan anak. Baru nampak rakus. Ramai juga orang kita menggambarkan naga sebagai buah pau dan lambang tatoo yang mashur.

Tak kurang juga yang tidak dapat menggambarkan bagaimana rupa naga.Kerana mereka memanggil naga dengan nama lain. Dragon.

Tapi tak ramai yang menggambarkan naga macam yang gua bayangkan. Berkelebaran pusat 2 inchi, mempunyai dada yang lebar, berambut kerinting dan berkaca mata. Juga amat meminati kumpulan Dadali.

Itulah gambaran gua mengenai kazen gua bila dia tidur. Bunyi dia macam naga. Masakan gua dapat lena dengan aman bila bersebelahan sama naga. Cuba lu piker.

Alasan gua bila Mr. Lee tanya apa pasai tidur time kerja.Nasib baik gua sentiasa ada bekap dengan alasan-alasan yang munasabah.





Read Users' Comments ( 4 )

idea latest

Gua nampak ada tin manggo depan gua. Dari pandangan mata kasar, sangat enak gua rasa isipati tin tu. Dengan gambar Manggo bewarna kuning.Terselit kat bawah sedikit tulisan Nata De Coco sebagai pemberitahuan. Juga terdapat sedikit khasiat minuman ini seperti mengandungi pelbagai vitamin A,B dan C. Lengkap sebagai penghilang kering tekak gua.Susun atur strategi pengiklanan yang amat berkesan.

Gua angkat saja, kosong.Dah habis rupanya.



Read Users' Comments ( 3 )

Jawapan gua.

Penat gua refresh facebook gua. Tunggu notifications naik. Haram satu pun takdek. Gua naik boring,naik muak, naik angin, semua benda gua naik. Gua pun layan lagu. Lagu apa gua dah lupa.

Gua baca-baca news feed kawan-kawan maya gua. Ada yang gua kenal,gua komen.Tak kenal, gua like. Entah kenapa gua dah mula segan nak komen sama wall makwe-makwe. Mungkin gua rasa gua perlu mula jadi matang. Bukan setakat pakai rupa ala-ala Aaron aziz ni saja.

Gua baca satu-satu status yang mencanak-canak naik. Macam-macam pe'el dia orang. Macam biasa gua pun mula nak monolog dalaman. Jenis yang tanya soalan ringan-ringan kat pesbuk gua tak heran. Yang buat gua heran, jenis yang buat gua ringan je kaki lepas baca soalan-soalan diaorang.

Gua nak jawab kat status diaorang risau dikata gilasek atau hey, get a life please. Takpa. Gua jawab kat sini.

Malas pulak gua rasa nak type.
-



Read Users' Comments ( 3 )

Entry satu perenggan yang kejam

Gua kerap eksploitasikan minda gua. Gua cuba cari di penghujung mana jawapan ini tiba.Gua ragu dan terus ragu.Apa yang masih menanti di depan gua. Gua bukan jenis suka palingkan pandangan ke belakang. Gua spesis pandang ke depan. Adalah tidak adil bagi yang memandang ke belakang jika gua cakap pandang ke depan adalah lebih positif. Kesan negatif sama sekali gua tak dapat sangkal. Akibatnya gua sering lupa tentang sejarah. Sejarah gua sama sejarah sekeliling gua. Pernah gua tetapkan sama dada gua,sejarah adalah sejarah. Lu boleh padam bila-bila masa sama macam lu padam history Internet Explorer selepas lu layan melayuboleh satu ketika dulu. Jadi gua rasa, samada lu jenis gua atau sebaliknya timbal balik setiap satunya tetap ada.Di situ sahaja dapat gua lihat kesan bukanlah tajuk utama dalam setiap hal. Lebih penting,soal keputusan yang lu sendiri telah tetapkan. Samada kiri atau kanan, lu pilih sahaja. Selebihnya adalah kelebihan dalam setiap keputusan lu.Cara lu kasi tunjuk jalan dalam setiap keputusan lu adalah tanggungjawab utama penjana kepada segala kemahuan dunia.Cakap bab dunia bukanlah satu profession gua.  Gua lebih suka kepada skop yang lebih sedikit dari kecil.Halus mungkin lebih tepat. Ya halus. Gua perlu lebih halus.



Read Users' Comments ( 3 )

Kisah Musa si kanak-kanak desa.

Hari ni Jumaat.Bersamaan sama hari selepas Khamis,seperti selalu.Tak ada apa pun yang beza.Hari Jumaat tidak pernah datang selepas Sabtu mahupun sebelum Khamis. Jumaat tetap Jumaat,penghulu segala hari.

Gua macam biasa.Kalau time hari Jumaat,kilang gua standard kasi lepas jam 12.45 tengah hari. Gua apa lagi, cepat-cepat gua angkat kaki. Nanti 2.30 petang gua kena check-in balik.

Musa, jiran rumah Paklang gua.Tak salah gua umur dia baru saja menjangkau sepuluh tahun. Gua istilahkan dia kanak-kanak istimewa. Dia ada sikit masalah kurang pendengaran. Jadi gua tak hairan kalau time gua balik kerja, gua maki gila-gila pun dia boleh buat dek. Berbulu jantung gua. Nasib baik budak sepuluh tahun, kalau tiga puluh tahun, gua maki, lepas tu gua cabut cepat-cepat.Gila nak tunggu.

Gua dikategorikan sebagai boleh-boleh la berkomunikasi sama Musa. Gua dulu ada sikit-sikit belajar bahasa isyarat.Setakat A sampai Z gua boleh lagi setakat nak kilas-kilas jari tu.Gua pulak suka melayan si Musa ni. Dia ni memang spesis nakal. Kalau tak tahan kena tumbuk sama tendang,lu duduk jauh-jauh sama dia.Silap haribulan, lebam biji mata lu kena tumbuk.Badan dia  level-level budak form three lu tahu. Tapi perangai tak ubah macam budak sekolah Taski.

Pantang nampak Ferrari gua parking depan rumah, lu rilaks tak sampai sepuluh minit,kompom lu nampak muka bulat dia depan pintu.Kalau tak pasal nak pau Maklang gua punya ayam goreng, mesti dia datang ada motif lain.Nak ranjau status pesbuk gua.

Tadi gua sampai rumah Maklang gua, baru gua nak suap first nasi gua,pap-pap dia hulur kepala tepi tingkap. Port gua makan memang tepi tingkap. Untung-untung gua boleh nampak sorang dua makwe lalu,boleh gua kasi fewiit. Tapi sampah ni yang datang.Gua tengok jam,pukul 1.15. Dia dah siap-siap pakai baju t-shirt dari pagi tadi,seluar sukan,sama songkok kecil dia. Tanpa rasa malu dia suruh gua makan cepat-cepat. Bawak dia pergi semayang.Gua rilaks, sebab belakang dia time tu ada makwe. Kalau tak, dah lama gua simbah air sirap ni atas songkok dia. Kasi delay sikit masa.

Pendekkan cerita, time imam dah siap-siap bagi salam gua pusing belakang.Gua nampak si Musa tengah semayang lagi.Gua dalam hati saspek ni mesti kes dia pergi melantak kat belakang masjid.Bukan boleh harap sangat dia ni.Pantang nampak rezeki, mau dia sentap awal-awal. Part dia tengah semayang lagi gua tak heran sangat.Tapi tengah-tengah dia semayang sama makmum sebelah dia, gua perasan mata dia sikit-sikit mesti jeling sama brader tu.

Bila time brader tu rukuk, dia pun rukuk,brader tu sujud, dia pun sujud. Senang cerita, objektif dia jeling brader tuh kes tak ingat prosedur nak semayang la tu. Bila time nak salam, dia la paling laju sekali. Haih, Musa,Musa.Itulah Musa, budak yatim istimewa kampung gua.Lu masuk Permatang Pasir, lu tanya sapa tak kenal sama Musa. Nak cakap sama dia, memang anak tekak lu tak boleh handle. Kena kasi jerit kuat-kuat itupun untunglah kalau Musa dengar.
.
.
.
.
Tengok gaya Musa, gua teringat time gua follow ayah gua semayang Maghrib dulu. Tapi dulu part tahiyat akhir gua fail kes tak reti nak kilas kaki. Jenuh ibu sama ayah gua ajar.

Nota kaki: Rumah Paklang gua ni asalnya rumah arwah Wan sama Tok gua tinggal.Rumah ni juga tempat gua kenal ABC sama 123dan rumah tu jugalah rumah gua tinggal dulu.



Read Users' Comments ( 5 )

Cerita iklas gua

Gua berani.Memang gua dari kecil dah dapat macam-macam tawaran atas keberanian gua.Contohnya Pingat Jasa Keberanian, Pingat Gagah Berani tak kurang juga tawaran jadi Guard malam kilang kat Mak Mandin tu.Itupun kes gua berani tau.Setakat benda-benda simple ni gua tak heran.Bukan gua nak cakap belagak. Tapi benda dah nyata lagi jelas. Kalau lu ilmu setakat belas-belas tahun belajar, gua saran tak perlu nak test gua. Gua risau lu tak boleh nak handle. Sakit dah satu hal.Nanti menyusahkan orang lain nak menyuap nasi kes tangan tak boleh gerak.Benda-benda halus? Itu mainan kanak-kanak lah. Tu part satu chapter lima time gua mula-mula belajar dulu.
.
.
.
.
.
Gua jerit dalam wayang tadi bukan takut.Saja nak test suara.Dah lama tak jerit-jerit tengok cerita hantu. Nak juga sekali sekala rasa macam mana jadi penakut.Bosan la selalu sangat berani.Bukan banyak pun,sekali dua saja gua jerit time hantu keluar mengejut.Ya la, gua tipu.Lebih sepuluh kali.Puas?

p/s- Kuat juga statement gua defend bab tengok cerita hantu kat wayang.
p/s kedua- Entry sebelum ni bukan pasal si dia.Ni pasal si dia yang lain.



Read Users' Comments ( 4 )

Cerita spesel untuk Lu.

Gua dah lama sebenarnya nak tulis benda ni.Tapi memandangkan komitmen gua terhadap family, kerjaya,eksperimen serta industri hiburan gua lebih penting, gua tangguhkan buat seketika. Pada mulanya gua rasa mungkin real punya seketika. Setelah sekian lama, gua sendiri macam nak cakap kepala hotak gua seketika sama diri gua sendiri. Gua agak dah berapa kurun gua tangguh. Lama betul lu tahu.

Enough pasal bab penangguhan. Gua tahu lu baca entry ni. Gua memang ada kuasa magic boleh detect benda-benda halus ni. Perlu diingatkan, magic gua hanya apply untuk gua sahaja. Gua tak main share-share ni. Gua bukan cakap sama lu. Gua cakap kat lu yang ada tulis entry pasal gua.Gua saspek sekarang mesti lu tengah cuak gila. Kalau ada racun serangga sebelah, seperti Ridsect contohnya, mesti lu dah prepare pegang sekarang sekadar persediaan nak sembur dalam mulut lu. Gua tahu.

Dengan rasa iklas tanpa ragu-ragu, gua cakap memang gua ada baca belog lu.Dah hobi gua membaca. Gua tak rasa salah dengan tingkahlaku gua baca belog lu.Lu pegi paste sama info pesbuk lu apehal. Tambahan lagi, naluri gua sangat kuat memberitahu gua, memang lu saja letak situ.Kasi gua baca. 

Dalam entry lu yang agak panjang gua rasa, banyak kali lu point sama gua. Tapi gua tak heran. Gua tak marah. Sumpah gua tak marah. Malah gua rasa syok sendiri dengan bahan bacaan tersebut. Memang salah gua rasanya. Tapi gua pasti,semua tu subjektif. Bila subjektif, kompom-kompom jawapan dia juga adalah pelbagai.Jadi gua terdetik rasa prihatin nak reply entry tersebut. Gua habiskan masa lebih separuh umur gua baca entry lu.Panjang.Sambil gua baca, gua tersenyum, sampai member gua sepak muka gua kes senyum tak henti-henti.

"He is an immature guy", "Immature guy doesn't has plan,they just do and follow the flow", "They make you feel happy at first and left you when they want it to do".Lebih kurang begitu lah ayat-ayat lu. Gua malas nak patah balik pergi copy since internet gua bukan unifi mahupun p1wimax yang berhalaju tinggi serta laju loading-nya bila tengok youtube.

Gua rasa tak perlu gua defend.Apesal? Sebab gua rasa lu mesti rasa lu betul.Gua tahu.Gua kenal perangai lu.Tapi sebagai seorang yang bercita-cita tinggi nak jadi Timbalan Perdana Menteri, gua rasa perlu untuk gua feedback sedikit.

Lu nak cakap gua immature ka gua tak mumaiyis lagi ka, gua tak ambil port. Lu punya mulut,lu punya suka. Tapi gua dah kasitahu sama lu,gua buat apa yang gua suka. Lu pun tak kena timing. Gua tengah busy, mana gua ada banyak masa terluang nak entertain lu. Gua rasa bab folow the flow, seingat gua lu pun ada kasitau gua serupa macam tu.Gua pun pening mana satu. Gua jadi telan mati mak,luah mati bapak. Takkan gua nak telan.Last-last gua buat apa? Gua telan,telantar atas tilam gua tidur.Senang.

Takpa. Gua pesan sama lu, lu dah ada life,lu ada karier lu.Lu go on.Tipu la gua kalau gua tak ingat sama lu.Ada jugak gua buka-buka page lu.Gua tengok-tengok apa jadi sama lu.Mana tau dah jadi mak orang ka,dah jadi angkasawan ka,dah jadi ahli bomba ka.

Sebagai memotivasikan diri lu, lu simpan ni dalam hati ketat-ketat,
"You are one step closer to a perfect woman,because nobody is perfect"
Lu pun tahu gua punya cerita bab komitmen-komitmen ni.Dan lu pun tahu jiwa gua ni rock dalam-dalam punya.Dulu dalam entry mana gua dah lupa, gua ada kasitau pasal pesan mak gua.Ni gua nak transfer pesan tu sama lu.
"Lu jangan main gila sama orang patah hati,Dia punya go ada lain macam punya"

Apa-apa pun, gua rasa berbesar hati kenal sama lu.Gua buat macam tu pun sebab gua taknak nanti lu patah hati.Gua rasa feel gua belum sampai lagi untuk benda-benda macam ni.Gua harap nanti kita boleh jumpa lagi.





Read Users' Comments ( 8 )

Ajaib bukan.

Gua nampak gua atas highway. Gua sama ada dua lagi member gua. Tapi member gua blur-blur sapa. Tapi sebelum gua naik highway, gua dalam bilik hostel MMU gua. Bilik hostel gua sorang-sorang.Suasana gua rasa malam,sebab sunyi. Berbalik kepada highway. Hala tuju gua tak tahu. Gua seolah dalam satu tujuan. Kadang-kadang gua nampak suasana highway seperti di Perak. Tapi tak tetap. Sekejap gua rasa macam on the way naik Kuala Lumpur. Scene highway tak lama. Dia tukar masuk gua tengah jalan-jalan di Petaling Street. Motif? Gua sendiri tunggang-langgang pikir.Semua nampak dalam satu pola yang mendatar. Seolah tiada klimaks mahupun penghujung.

Ajaib bukan? Ini bukan cerita dalam hati ada taman punya. Benda ni adalah imaginasi tanpa kawal gua saat gua dengar lagu You're Beautiful - James Blunt.

Lagu ni pernah famous time 2005 dulu. Time tu gua baru masuk MMU.Gua hairan bila hitz selalu juga play lagu ni time gua balik kerja sekarang.Gua rasa lagu ni juga macam fenomena basikal flywheel mati. Basikal ni dulu time gua darjah tiga dah famous gila. Sekarang adik gua pulak naik gila nak pandu-uji ini basikal. Sekarang nama gila up, fixie. Padahal dulu gua sama geng gua panggil 'spoket mapuh' saja.

Gua tahu imaginasi macam ni, lu pun ada. Mungkin dia ikut mood sama history lu macam mana. Itu gua rasa saja.



Read Users' Comments ( 14 )

Segmen : Semua orang pun mahu kritik

Gua sebenar saja round-round belog semalam.Tapi tiba-tiba gua rasa macam spoil.Gua ada perasan satu mamat ni macam ada sikit bajek. Dia bajek dia macam gua la. Nasib baik gua ni ada sikit hensem dari dia. Gua ingat kalau satu hari gua jumpa sama dia, gua nak ajak one by one. Gua nak ajak dia fight PES 2011 sama gua. Gua nak tengok dia berani tak berani. Gua tahu dia kompom vibrate punya.

Belog Minda Gersang. Pernah kena Banned di Benua Eropah atas beberapa alasan yang tak munasabah
Lu tengok dia punya banner pun, gua rasa kompom lu pikir mamat ni kaki donlod 3gp melayu. Tak pun kaki tak mandi wajib. Kan gua cakap dia bajek. Letak lolipop, macam gegurl la konon. Padahal muka dia sebenar dah tahap legend-legend punya muka.  

Tapi part ni memang naharam.Gua ni jenis tak puji orang.Tapi gua kena ngaku gua memang suka baca dia punya entry. Dia punya vocab pon gua ada into sikit. Gua ni kaki tak layan baca belog saya-anda-saya-anda. Gua rasa kick tu tak ada. Lu ingat hari-hari gua cakap sama member gua saya anda saya anda ka?Gila. Lu ingat kerja gua baca berita TV3? Zakiah Anas ka Mahadir Lokman boleh la. Gua rock. Rock mesti mau keras. Mesti mau ada carut,romen,gua,lu,aku,kaw.

Gua tak reti komen layout-layout ni. Gua pun baru tahu maksud layout ni dua hari lepas. Apehal gua nak menggelabah komen layout dia? Lu punya layout lu punya suka. Gua tak bole baca, gua tak baca. Ada betul? Bab berat tak berat gua tak amek port. Remeh la benda tu. Gua pakai streamyx 10mbps what. Apa gua heran pasal berat. weh, camane nak check berat belog weh?spoil sial.

Tapi gua ada hutang sama dia.Itu hari dia ada review pasal gua. Gua rasa dia punya review ada sikit lari. Gua pon tak tau kat mana bagus belog gua. Setahu gua belog gua ni saling tak tumpah dengan gua. Sampah. Nampak tak gua macam nak cakap gua bagus tapi kaver-kaver. Ah, sama macam budak-budak post gambar posing gila-gila siap mekap bagai kat pesbuk, tapi kasi caption "Ala buruknya muka i kan?".Gua harap lu paham apa maksud gua. Malas gua nak ekplen panjang. Yang gua tahu rupa gua iras-iras Aaron Aziz.

Tapi kalau lu nak baca belog dia gua tak larang. Gua pun suka baca belog dia.Tapi lu jangan banyak bunyik kalau lepas lu baca belog dia lu selalu mimpi hantu kejar lu ka lu kena bogel sama hantu ka.Jangan. Apa-apa pasal hantu, lu jangan libat gua. Kaki-kaki cari hantu dan mencarut macam gua sama Paul Hassan saja boleh baca belog macam ni. Kalau lu kaki kencing tempat tido lagi, ada baik lu pegi baca belog ringan-ringan.Ini belog, belog dalam-dalam punya baca.All the best lah lu Azroy Kassim.








Read Users' Comments ( 10 )

Kisah seram perpustakaan 2

Suatu petang yang sunyi,damai dan berjerebu.
Suatu lokasi yang rahsia tetapi seram.

Aku perasan kaw dari tadi.Tak henti-henti mulut kaw berkata-kata.Apa yang dikencangkan kaw? Aku juga suka berbicara,namun subjek kaw mungkin berbeza.Jelas berbeza.

Aku menunggu.Selesai rakan kaw bangkit,aku pergi.Betul-betul sebelah kaw.Aku membetulkan bontot aku di kerusi.Aku dah mula rasa kaw tidak senang dengan kehadiran aku.Dah memang lumrah aku,kaw senang atau tidak,tak pernah aku kesah.

Aku nyalakan rokok, melihat kaw atas bawah.

Kaw: Kaw dah kenape? Tak boleh tengok orang senang ke?
Aku: Sori, aku tak tau kaw tengah senang. Aku ingat kaw tengah gersang.
Kaw: Sampah sial kaw. 
Aku: Memang aku sampah. Macam mana kaw boleh rase kaw bukan spesis sampah macam aku?
Kaw: Tengok sekali aku dah tau. Aku ni knowledgeable kalau kaw nak tahu.Huh.
Aku: Oh, jadi kaw rasa semua benda kaw tahu?
Kaw: Yep. Dalam kelas, aku adalah top scorer, bab belajar, kaw tak yah nak sembang. Semua dalam kepala otak aku. Kalau tak,takkan la bersepah-sepah Dean List kat bilik aku.
Aku: Jadi, sebab kaw terer belajar, kaw rasa kaw best? Kaw rasa kaw up?
Kaw: Bukan nak cakap lah, dah terang lagi bersuluh lah kan?
Aku: Kaw pandai memasak?
Kaw: Tak.Kenape?Ape kene mengene memasak?
Aku: Tak ada lah terer mana kaw ni. Mak aku duk umah je,tak penah masuk U,terer je masak.
Kaw: Alah setakat memasak apelah sangat. Cube suruh mak kaw integrate sin. Buat equation Boolean ke.Reti?
Aku: Aku rasa,kalau mak aku masuk U,die pon reti kot.Tapi kalau kaw tak masuk U pon,belum tentu kaw pandai masak.
Kaw: Tak kisahlah pasal masak tu. Yang aku tahu, aku memang gempak. Semua benda aku tahu. Aku dah lah up-to-date pasal hal semasa. Kaw nak suruh aku cerita apa,semua aku tahu.Best kan jadi aku?
Aku: Oh, ye ker. Kaw je kot rasa best.Aku rasa tak pon. Aku rasa biase je.
Kaw: Malas lah aku layan kaw. Tengok kaw aku tahu kaw ni kaki extend. Dah la, aku nak masuk library balik, study tips yang lecturer bagi tadi yang aku sorok sorang-sorang tak nak orang lain tahu.Bye.

Kaw cerdik kaw punya pasal.Aku tak amek port. Rezeki masing-masing. Tapi tak payah la kot kaw nak rasa bagus sangat dengan kaw punya belajar. Benda biasa. Kaw usaha ,kompom kaw dapat. Tapi jangan nak pandang orang lain sebelah mata. Tak bermakna orang lain angguk dengan kaw, tanda dia orang setuju. Jangan ingat kaw terer, kaw up. Chill sudah. 



Read Users' Comments ( 0 )

Kisah kaw yang satu dan tiada duanya :) -serius-

"Vroooomm...!!! Prraaannnngggggg...Praannngg....pppraannnggg " Sayup-sayup bunyi ekjos kereta aku meninggalkan jauh perkarangan MMU.Dengan spek Rayban di mata,baju petak-petak gaya terkini,berkasut OT merah di kaki kononya up gila, aku kembali memecut kereta aku.

Memang aku suka drive kereta.Tapi tolong jangan mintak aku drive kalau time aku lepas main ragbi atau mandi kolam air panas.Mau free-free aku kasik sidekick kat muka kaw.Letih kaw tau.Sambil memecut kereta sorang-sorang seperti orang tidak ketahuan, mata aku terpandang si gadis.

Wah,sungguh jambu dan urban KL-AmpangPark-KLCC abes gaya beliau.Seolah-olah ingin pegi clubbing time-time 3.30 petang begini.Bershades gelap,singlet bertali halus membalut badan serta berhot pant pink menutup suku pehanya yang gebu.Tak semena-mena air liur aku meleleh.Cis, busuk kaw tahu kalau air liur meleleh tiba-tiba macam ni.

Sila Play lagu ini sebelum meneruskan sessi bacaan :)


Biarkan dia dengan gaya separuh bogelnya. Kalau dah kena rogol baru dia tahu mula nak cari kedai jual jubah. Kembali aku konsentrate ke jalan. Lengang,sunyi. Memang peberet aku jalan-jalan sebegini. Lagi 20 meter di depan, aku terpandang selekoh tajam dan terlintas secara otomatik di benak otak aku,cerita Tokyo Drift.Adrenalin aku mengalir kencang dan 'pedang' aku kembali tegak!Oh,tidak kena mengena.

Minyak ditekan, meter aku lihat 100km/h.Wah,agak laju!Aku perlahankan sedikit bagi mengelakkan free-free aku menjadi arwah pada petang begini.Poyo pon,takut harus ada. Drop ke gear 2,rpm mencanak ke 6000. Aku sambung menekan minyak dan melepaskan brek. Dengan kompiden,aku makan selekoh.Sebelum sempat habes aku jamah selekoh tu, "Ngiiiaaauuuwwww!!" bunyi kucing.

"Cis!Mana datang kucing ni!Sampah,sampah,sumpah aku sampah!!!Fark!" Sumpah seranah aku kepada diri sendiri,bila aku perasan aku dah lenyek kucing. Aku park kereta kat tepi jalan,Aku buka bonet amek paper,dan tengah-tengah panas,aku alehkan body kucing tadi.Anak kucing.Adoooi!!! Ketar-ketar tangan aku,teringat anak kucing aku kat rumah.

Selesai aku alih,tiba-tiba datang seekor kucing yang saiznya agak besar dari kucing tadi.Sah,ini mak dia,sah!!! Adoi apa aku nak jawab ngan mak dia ni.Sampah kaw! kucing mana boleh bercakap!Aku kembali bertenang setelah aku sedar,situasi sekarang adalah kucing.Cemas aku hanya seketika.

Sebelum sempat aku meninggalkan tempat kejadian, dari side mirror,aku dapat lihat, perlahan-lahan kucing tersebut membelai tubuh anaknya yang sudah tidak bemaya.Dicium,dijilat-jilat kepala anaknya.Berkali-kali si ibu kucing mengulangi tingkah laku itu.Dan ketika itu, datang lagi 2 ekor anak kucing turut sama meratapi pemergian ahli keluarganya.4 ekor kesemuanya.Di tengah panas,sunyi dan sepi, mereka sedar,yang si kecil itu pergi buat selamanya.Mungkin si ibu kucing sedang menangis tapi apalah dayanya,hanya seekor kucing.Hanya mampu mengiau dan melihat anak kecilnya tidak bernyawa lagi.

Aku baru sedar,hampir 15 minit aku terpaku di situ,melihat satu keajaiban alam yang tiada tolok bandingnya.Kasih ibu tiada ternilai. Biarlah si ibu hanya seekor kucing,namun naluri mereka tetap sama. Simpati melihat kejadian itu, aku kembali, mengambil anak kucing itu, dan menanam si kecil, dan terus blah.Serius aku dah tak tengok side mirror lepas tu.

Di dalam kereta, terawang-awang wajah ibu aku di sana. Berspek mata, kini rambutnya sudah beruban,usia sudah menjangkau 50-an dan mungkin sudah tidak sehot seperti gadis tadi.Tapi, kaw tetap ibu aku.Aku taw kaw tidak membaca entry ini, ibu.Aku jugak tidak mahu kerana nanti, akan kantoilah bahawa anak kaw ini tidak cool dan rock seperti yang kaw jangkakan. Walaupun anak kaw sampah begini, tapi bagi aku, kasih dan sayang kaw dari dulu tiada bandingan.

Banyak sudah aku kecewakan kaw dari dulu sehingga kini. Berkali-kali aku ulang kesilapan yang sama namun tingkah kaw sama seperti ayah. Steady dan relaks. Biarlah ibu,mungkin aku tidak pernah menjadi anak yang terbaik buat kaw,tetapi izinkanlah satu hari nanti aku menjadi seorang bapa yang terbaik seperti mana kaw berdua pernah lakukan. Biar cucu kaw nanti sedar bahawa, nenek mu adalah mentor yang terbaik yang pernah aku ada.Itulah hadiah aku buat kaw,ibu.

"Ibu, aku taw,satu hari nanti kita akan berpisah,mungkin kaw atau aku akan pergi dahulu.Tapi biarlah di kesempatan yang ada,aku ingin kucup ubun mu,mencium tangan mu, memohon segala kesilapan aku buat mu. Sehingga hujung nyawa aku, kawlah wanita yang bertakhta di hati aku." 

-Anakmu yang sentiasa nakal.





Read Users' Comments ( 10 )

Segmen Weh! itew punyew ayat aleng jijik oteh!



Aku tak nak lah cakap pape pasal contest ni.Dah sah-sah mengarut dari segi hukum alam fizikal.Lagi satu dah kompom-kompom aku menang.Mane tak nya, mana ada benda lain yang lagi jijik dan sadis dari sampah? Kan aku seorang sampah.Kaw kesah pulak!!!!!! Ah ni Abg Zam oi.Aku juin muin kaw nye contest tah apa-apa konon versatile abes.Tapi kaw memang rawk.

"awi nie, itew tade mood na epi2 auw cebab itew gewam tat bb gul itew.
itew tomen2 tat peshbuk bb gul itew. itew pacan adew boi cungguh2 tomen2 nan bb gul itew. itew gewam cangat2. itew anyer baby gul itew. clumber she caid "he is ma uncle laahh tayunk2 muchuk2." ape bb engat  itew chtupid na taye tuu uncle bb. ta an lah uncle bb pakai ray ban taler tuning taik tucin bajo petak22 cam cawah padi, kachut crocs taler pink. gewam cangat2. mencik2. ciyesly itew taw tu scandel bb gul iteww. pash nieww iteww ta na laie jumpew baby gul iteww.ta nak laie entel2 titing diew! n comolot nan dier. namo2 no no no. ): Itew na ctop capel an dier oteh! 

papai Sape'ah Tukiman."

Tolong la sapa-sapa terajang muka aku.Naharam.Aku baca siap sembelit dengan buasir sekali.Ayat ni aku copy dari member sebelah aku time dia tido.Aku baca enpon dia.Sampah jugak dia.





Read Users' Comments ( 16 )

Hipokrit di Hari lusa



Cuba jangan kaw cakap benda yang tak kena.
Asal ada perkara,semua jadi cerita.
Apa tiada lagi benda yang sempurna?

Hari ini kaw ketawa esok lusa mungkin kaw duka.
Atau esok mungkin lagi kaw suka.
Kalau aku tahu sudah tentu aku sempurna.
Dah lumrah dunia tetap ada cacat cela.

Cuba kaw cerita apa kaw suka.
Rabu kaw cerita,kaw sambung lagi sampai Selasa.
Dah memang kita, suka bikin bicara.
Hakikat kita benda tak sempurna jadi senda.

Tengkok kiri kompom-kompom kaw yang punya.
Tengkok kanan serba serbi tak kena.
Dongak atas kaw mula rasa bangga
Tunduklah bumi baru kaw tahu macam mana rasa.

Ingat sama esok lusa mungkin kita dimamah dunia.




Read Users' Comments ( 2 )

Cinta terlarang aku dan Hana Tajima



paperhal korang jump to 1.50 video ni..hikhikhikhik.shuwet dowh!

Pergh, kol 2.30 petang aku bangun.Terasa gampang dan sux habis aku bila time-time macam ni baru nak buka mata.Kalau aku duduk rumah dah lama rasanya kena makan bapak aku punya smekdown laju-laju.Tak produktif,buat perabeh boreh.Tu ayat-ayat biasa aku dengar bila aku bangun lewat time kat rumah.Cilakak buat diri aku sendiri.

Bangun-bangun ja,aku terus buat aksi-aksi lucah biasa lelaki lain baru bangun.Betolkan ereksi mana yang patut,pergi depan cermin buat-buat angkat tangan gaya abang sador bina badan.Mana taw bangun-bangun badan aku kelihatan Jay Cutler hasil aku pumping 5 kali semalam.Persetankan Jay Cutler.Jay Cutler pon tak amek kesah kalau badan kaw orang rupa guni beras.

Selesai aku berpuas hati dengan gaya aku depan cermin,aku cucuh rokok dunhill sambil layan belog-belog brader otai.Memang,memang aku tak mandi.Ini semua sama sekali bukan sebab aku malas.Ini semua kes aku terikut dengan budaya German yang mengalir dalam darah aku.Sejuk dan Melaka kini dilanda hujan yang amat serius.Ah kaw gampang-gampang macam bagus ari-ari nak mandi.Get a life dude!

Sebut German korang jangan nak macam bagus kenal si Hana Tajima.Sumpah tak cool kalau kaw orang buat-buat kenal minah nih.Serius dowh.Aku rasa macam looser tiba-tiba bila aku baru kenal minah ni hari ini.ini semua gara-gara belog hanjeng! Macam nak marah pun ada kes dia buat aku rasa down to earth.Ciritlah kaw.Macam mana aku boleh 'miss' pandang awik-awik panas macam ini.Tak up to date betul.

Lepas aku tengok gambar-gambar dia baru aku perasan.Patut lah bersepah-sepah golongan hawa yang terhegeh-hegeh dalam meniti arus perdana sekarang dressup ala-ala baju terlebey kain.Serius aku tak paham.Dari perspektif aku,Ada yang jadi,nampak cantik dan ada yang tak jadi serius nampak pantik.Kaw orang memang menggelabah tits.Ah, kaw dressup macam hana ke macam bahana ke,kaw tak mintak duet aku pon.Kesah pulak aku!

Pastu patut lah aku perasan si Yunalis ni punya lilit tudung pon ada mari jugak.Rupa-rupa si Yuna ni pon kamceng ngan si minah ni.Cis,Ada baek kaw kamcing dengan aku Yuna.Boleh kaw turun padang MMU ari-ari main ragbi sama kita orang. Kurang-kurang kaw punya pitching nyanyi pon ada jaga.

Cakap banyak pon tak guna,jom skodeng minah Hana Tajima ni.

Biodata:

  • Nama : hana tajima simpson
  • Keturunan: Japan+Mat Salleh kat London.
  • Kerja : fashion designer
  • Twitter : @hana_tajima
  • Status : berkahwin
  • Hobi : model  fesyen-fesyen tudung yang menarik .
  • Kawan baik : yunalis zarai
  • Belog: http://www.stylecovered.com
  • Tumblr: hanatajima.tumblr.com/  
Nasib baik kaw dah kawin.Tapi bagus jugak.Kurang sikit page aku nak kena stalk.Letey la asal semua awik hot aku nak kena stalk.Ingat senang jadi aku?Kalau tak bertambah lagi list awik-awik aku nak kena say "Hi awak..eii titew nak kenal ngan awaaakk,Eii shuweetnye pic!" Sampah sial aku.Macam shithead perangai.Malu dowh aku cakap macam ni.Dah sah-sah kantoi aku kaki stalker.

Info tambahan lagi pasal dia,dalam ramai-ramai adik beradik dia,dia sorang dapat petunjuk untuk convert Islam.Wah...u got balls dude!! Congrate2!!!!!Alhamdulillah.Tiba-tiba aku rasa menggelabah tits buat ayat-ayat semangat macam tu.

Kaw orang perasan tak siapa pakai header belog ala-ala macam ni?hik3.syuuhhh...
Ni orang cakap adik dia.Single.cepat,google!jom!
Sekarang,aku kena search nama adik dia.Kalau dia Hana Tajima,Mungkin adik dia Husnim Tamagochi.Takpun Hana yokoyoko.Argh,sekarang aku ada mission baru.Stalk adik dia.

p/s:Ade sesape bule aja aku cakap jepun?



Read Users' Comments ( 5 )

Cerita tidur Maria Ozawa.

Hai pekabar!Selamat Ari Jumaat.

Ari Jumaat.Selain Semayang Jumaat,malam ni ada Maharaja Lawak.Aku tetap support Jambu,Jozan dan Balas.Memang ikut suka hati aku la dowh mana aku nak support.Aku tak kacau kaw orang punya kredit topap pon aku support dia orang.

Jam tiga petang aku siap-siap janji dengan member aku nak ushar barang projek.Projek baik.Baik tak baik la.Kira kalau kaw orang tengok ereksi kompom dalam tangan.Kali ini apa nak jadi,jadi lah.Aku kena pergi beli.Selagi aku tak beli selagi tu aku rasa aku masih belum cukup lelaki.

Sebelum aku bla,aku sempat membazirkan masa 5 minit hidup aku ushar member aku kat bilik sebelah.Cilakak!Aku dah agak.Tidur.Tapi aku tak kompom sejak bila dia mula tidur.Tak apa.Pegi mati sama kaw nak tido.Aku turun start kereta terus gerak sambil buat-buat muka jantan konon kool gampang pakai baju petak-petak.

Sampai kedai projek,aku bengang.Memang cilaka la kalau tokei perangai ini macam.

Kaw nasib baik jadi tokey,kalau tak dah lama aku sumbat bom c4 konter strike bawah kereta kaw kasik letup.Tak dapat c4 pon aku cari mercun bola 13 bijik.Kurang-kurang kasik kaw terkejut menggelabah tit.Tengok kaw mencarut terkejut pon aku dah puas ati.Muka kerek macam hanjeng konon kedai kaw sorang ada jual.Jangan sampai aku buka kedai coconut shake jual sebelah kedai kaw.Cilantat!

Dah la muka tak hesem,panau bersepah,rambut konon korea buat belah tepi bajek Rain.Kompom-kompom kaw ni jenis tangkap gambar ikot atas kasik letak dalam pesbuk.Konon kiut serta pussy magnet.Cakap gaya macam aku beriya sangat nak beli barang kaw.Cirit lah.

Dah la tokey macam gampang,pekerja pon macam sundal.Macam gud-gud aku tanya layan tak layan.Hangen satu badan aku nganjing dengan selamba. "Kalau lecturer wa dah kasitau,wa tak datang beli ma!wa kasik buat sendiri.Lu jual lu talak taw ka?".Puas hati aku.Mampos kaw la cilantat nak cakap apa.Aku bayar,aku bla.Bengang-bengang pon beli jugak.Dengan aku-aku sama bodoh.

Balik main ragbi,aku lepak bawah kasik minum air sambil hisap rokok Dji Samsoo.Pantik rokok 15 minit aku isap tak habis-habis.Ini macam bangkrap syarikat Dji Samsoo.Sebulan sekali baru aku beli sekotak.

"Paul,oiii!!" jerit aku sama member aku kat atas.
"Oii.ape bikin?" seraya member aku membalas.
"Ni ha,tengah bikin panas!.Pantik kaw.Turun la gile!Banyak bunyik plak"Jawab aku bengang dengan soklan beliau.

"Kurun ke berapa kaw dah mula tido paul?" tanya aku sambil mematikan bara rokok.
"Ermm..aku letih dowh.Penat gila arini.Aku tido dari semalam."Jawab member aku dengan mata sebelah tak terbuka lagi tanda baru bangun.

Aku pusing tengok jam.Dah jam 7.45 malam! Deshhyumm!!!!

Mana beli ini bantal?Aku nak 18.




Read Users' Comments ( 2 )

Washer Machine 'kami'



Lokasi:Depan rumah


"Omak kaw, ni bil ke surat saman PDRM ni?"member aku si A berceloteh di luar.
"Hoi ko apesal sebut-sebut saman?Aku alahan saman kaw taw kan?Jangan sampai resdung aku tibe-tibe datang"Celah aku sambil bersiap-siap nak keluar.
"Ni ha,apo kono bil sampai RM2,180.00? ekau ado lotak 18 ekon kek bilik kaw ko jang?"lucu jugak member A aku ni kadang-kadang
"Ekon ape,peti sejuk kat dapur tu pon tak berbela-bela lagi.Cekadak kaw ekon."Bengang ngan kepanasan extreme sekarang seraya aku membalas.
"Ni camno nak membayar ni..camno nih?camno nih?mampuih kono jual gotah la den lopeh ni haa...."member A aku memberi idea disamping memberi info harga getah makin tinggi sekarang.
"Ah,hampa duk hingaq-hinghaq apa,rumah kami rm18.90 ja bil.3 bulan duk lagu tu ja regaa." member B aku membalas dengan muka bangga beliau.
.
.
.
.
.
.
.

"Eh kaw banyak bunyik... kaw ari-ari bayar bil memang la murah! Tak pernah kono tampar ngan selipar crocs den kek muko kaw jang?"Member A aku bengang dengan tingkah laku member B aku sebentar tadi.

....ari-ari? ok,fine.aku start kereta aku belah sambil buat muka asam pedas tinggal diorang......

............................................................................................

Kes tadi tiada kene mengena ngan washer machine.arap maklum.Aku turun nak basuh baju tadi.Cari punya cari,selongkar punya selongkar macam cilantat aku rasa.Betul aku tak jumpa sabun basuh baju.

Sumpah aku rase tak cool gila aku ari ni sebab dah lama aku tak basuh baju.Serius dow.Salah satu dalam list lelaki tidak cool adalah lelaki yang tidak basuh baju melebihi seminggu.Aku tak akan jadi lelaki macam tu.Aaron Aziz jugak takkan buat macam tu aku rasa.Bahkan Johny Deep pon setuju dengan pandangan aku.

Aku nampak ubat gigi Darlie milik budak rumah aku."Ah tak kan aku nak basuh baju ngan ubat gigi!itu kerja gila!Tak logik!" Aku cari lagi.Mungkin kali ni nasib menyebelahi aku.Mana tau terjumpa saki baki plastik sabun basuh member aku.Perghh... lahantat betul! memang ada.Plastik je ada!Cekelat hangen!

Aku duduk mencangkung memakai towel sambil mengadap washer machine aku.Selepas 5 minit duduk mencangkung,kaki aku dah mula kebas,muka aku merah,baju pon tak basuh-basuh lagi.Aku bangun.Gaya aku nak bla dari tempat aku mencangkung tadi,aku pusing belakang,aku tendang Washer machine aku 3 kali.Puas ati aku.Kaw ingat kaw hebat sangat ke mesin basuh?

"Baik aku mandi,siap-siap pergi beli sabun Febreeze" dialog aku bersahaja menuju toilet selepas sakit kaki tendang washer machine.

Baek korang tengok video ni.Mungkin boleh dipraktikkan di masa hadapan.Mungkin macam ni lah nasib washer machine kami satu ari nanti.





Read Users' Comments ( 7 )

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...