Rahsia taktik 442 Terengganu VS Kelantan.

Hendaklah kiranya gua menceritakan serba sedikit halnya berkenaan negeri yang berdaulatkan sultan bertempat di nun jauh di Pantai Timur sana. Ramai orang kebanyakkan masih belum dihebahkan betapa gahnya dua negeri gergasi yang sepi ini.Seolah sedang diam dan menanti detik waktu melunaskan jisim sebenar.

Walaupun gua berdarah kacukan barat serta timur namun sempat juga kiranya gua bermustatin di sebuah negeri salah satu dari dua negeri tersebut yang dipanggil Terengganu.

Dalam ketika itu gua sempat mendalami sedikit sebanyak halnya berkenaan negeri tersebut selama 10 tahun gua di sana. Berbekalkan pengetahuan orang lama kampung gua serta kitab-kitab sejarah melayu yang mereka pegang, sempat juga kiranya gua menghurai serba sedikit mengenai pertelagahan dua kuasa besar ini.

Maka pernah diceritakan dua negeri ini merupakan satu kuasa besar yang amat berpengaruh laksana kuasa veto US serta Rusia dahulunya. Namun tidak pernah memperoleh genjatan senjata dalam apa jua musyawarah yang dianjurkan oleh pihak-pihak terbabit.

Dalam apa jua bisnes serta ruang bentuk aktiviti, seringkali munculnya ketidak puasan serta pertelagahan antara dua negeri tersebut, Kelantan dan Terengganu. Bermula dari perang ayam serama sehingga terbawa ke dalam hal memperoleh copyright nama nasi dagang masih dalam perbincangan.

Ada juga dalam kitab silam menceritakan dua negeri ini pernah menjajah Perancis, Hawaii serta Bombay dalam usaha memperjuagkan kedaulatan negeri masing-masing. Sulaiman Jarjat selaku pencerita kisah ini menjadi saksi di mana mereka sanggup menentang satu sama lain dengan mengaplikasikan kuasa mental. Antara lainnya menganjurkan pertandingan lawan titik, pemadam serta Olimpiad Matematik peringkat PKG.

Segala peperangan dari sudut fizikal serta mental masih menemui jalan mati. Tidak hairan bagi gua kiranya ada pihak luar cuba campur tangan dalam hal dua negeri ini sehingga mencetuskan nama Osama, Umar Ghadaffi serta Illuminati. Walaupun ada pihak mewar-warkan bahawa konsep freemason berasal dari Bachok, Kelantan ada juga pihak yang ahli menyangkal bahawa puak-puak dari Batu Burok,Terenggau terlebih dahulu mengetahui hal freemason ini.

Maka tidak hairanlah jika malam ini akan berlaku satu lagi perbalahan besar antara dua negeri gergasi ini di medan bola sepak bagi merebut kelayakkan ke final Piala Malaysia. Itulah serba sedikit dapat gua ceritakan di sini mengapa bakal banyak kad kuning serta merah dilayangkan oleh pengadil padang di stadium pada malam ini.

Maka malam ini bakal kita saksikan satu pertempuran sengit bukan sahaja membawa nama arena bola sepak negeri masing-masing, bahkan mengendong segala sejarah dan peperangan klasik zaman silam seperti mana yang pernah diceritakan oleh orang terdahulu kepada kita, golongan yang terkemudian ini.

Lagu Selena Gomez " I love you like a love song " ni kalau dengar banyak kali boleh buat gua gila nak cari makwe. Bukan gila apa, gila nak suruh bakal makwe gua nyanyi lagu ni sama gua. Stim bai.





4 comments:

Danial Ikhwan Jaafar said...

stim gilerr....

Azroy Kassim said...

pancut kt mata selena gomez best woo..

suha said...

stim tu macamana?~sambil betulkan spek~




(^_^)

nazira said...

ooo.. yeke.. baru tau.. anyway nice sharing.. thankz..

http://nazira-mypersonallife.blogspot.com/

Post a Comment

ha komen, komen!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...