Kisah Makwe Beetle.



Agak lama Pejal tak menjenguk bandar. Dirasakan bosan juga kalau hari-hari mengadap laptop. Tak banyak yang boleh dibuat selain mengadd makwe makwe berdahi licin dan bertudung helmet fullface. Seraya menyalakan rokok surya yang tinggal dua batang kes kena pau sama Hamid semalam.

"Jom, gi bando!" diajaknya kutu-kutu sealiran dengannya. Terkebil-kebil matanya menahan asap rokok di mulut. Sambil membetulkan punggung yang panas, Hamid, Rosli serta Pe'on bingkas bangkit dari tilam subsidi owner rumah. " Mano jang!" tanya Pe'on dengan loghat pekat Pilah. " Pusing-pusing town,ushar makwe dah le" balas Pejal sambil menyarung seluar jeans raya tahun lepas.

Itulah seluar paling rare Pejal mampu pakai kalau nak ke bandar. Dilihatnya masih panjang rokok surya tadi. Dengan perlahan Pejal mengesek-gesek bara surya ke dinding rumah, dan menyelit belen rokok ke dalam poket seluar.

Maka yang lain-lainya mengekori sahaja dari belakang tanpa mencelah perbualan mereka. Berkeriut dahi Pejal menahan terik matahari jam dua petang. Sambil membuka pintu kereta sempat juga dia menyarung spek Rayban Rosli dalam kereta.

Bekeng muka Rosli memandang tingkah laku Pejal. Nak dimarah, saiz badan mereka nampak benar beza. Pernah sekali Pejal bergurau, tertendang Rosli. Bergolek laju saja dia jatuh dalam longkang. Mana tidaknya, size kasut Pejal saja dah cecah dua angka, 11.

Gaya Pejal nak hidupkan enjin kereta, sayup sayup terdengar bunyi dari langit atas. Serentak keempat-empat malaun yang tegar dibenci makwe-makwe hot taman mereka mendongak langit.

'Hoi, hampa duk tengok aku buat pa? Tak dak reja? Aku tampaq naya pat-pat ekoq nih. Haram toi..!" teriak Superman dari atas. Laju saja Superman tu terbang. Gaya macam ada emergency case. Memang kalau diikutkan sejarah Superman, tempat mula mula jatuh kapsul tu dalam area Sungai Petani. Tak hairan kalau Superman ni fasih loghat utara.

Selesai saja Superman melepasi lokasi mereka, terus keempat-empat mereka pengsan kegersangan. Sempat juga Hamid memberi sedas tumbukan ke muka Rosli sampai pecah akibat terkejut yang melampau tahapnya melihat kejadian tersebut sebelum pengsan. Maka, tak sempatlah mereka nak ke bandar ushar-ushar makwe mana yang patut.

*****

Dari pagi gua pasang lagu Wings nih, muntah hijau pulak rasanya.



7 comments:

Amalina said...

luluh wey hati aku baca!macam baca cerita gay.

Headmaster said...

kahkahkah! ade lagi ek ko. Tidor la weh.

EZAN IDMA said...

hahaha ;p kecundang niat nak ushar makwe. gmbr tu sexy

suha said...

nape curi gambar cik suha?



(^_^)

Headmaster said...

@Ezan

sexy ek? tak sempat nak alter.

@Suha

Wow. acu pose skali! <__>

KaK LimAh Si SupiR said...

ahaha..ap laaa :P

Azroy Kassim said...

"Dengan perlahan Pejal mengesek-gesek bara surya ke dinding rumah, dan menyelit belen rokok ke dalam poket seluar." <== ini perli gua ni.. cait!!

Post a Comment

ha komen, komen!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...