Kasihan Kelumpo Fasa 1

Keras tanah bumi mu
Gelap sudah desir bayu
Besi mega laju dipaku
Karam hijau yang lalu
Entah
Mana kau yang dulu

Nadi nadi kota penuh sesat
Raja diri memerah keringat
Tergadai layu jiwa beharga
asyik di pentas asmara fana
Tegar meminggir nada nyawa

Dengar
Dengar kan lah bisikan sakti
Dari kekasih diri mu sejati
Melambai tanpa henti
Menanti diri mu kembali

Aku berserah fakir pencari
Pada mu wahai suci tertinggi
Nyata kan lah cinta ini
Sebati.

Kulim,Kedah.

*Tenanglah hati-hati gundah, segala pasti sudah





Read Users' Comments ( 1 )

Berfikir soal cita-cita

Lama juga aku tak menulis. Semenjak setel stadi aku ni sibuk betul. Susah juga sebab dah pasang cita cita nak jadi Perdana Menteri. Cilaka betul. Kan senang kalau aku pasang cita cita just jadi seorang suami dan bapa kepada anak-anak. Amacam? Kepala bana bukan?

Nak jadi Perdana Menteri ni rumit juga nak mula. Sampai hilang punca. Aku ni dah la lama tak ke zoo. Aku rasa job Perdana Menteri ni selain ambil port hal ehwal manusia, haiwan juga perlu diketengahkan. Mana ada Perdana Menteri haiwan. Kalau haiwan miskin dan bergelandangan sapa peduli? Kalau haiwan ditindas siapa nak lawan? Cakap, cuba cakap sama aku.

Itu baru haiwan, aku belum sebut pokok pokok yang lain. Pokok ketapang ditebang sesuka hati, Pokok renek meliar tanpa jagaan rapi, Pokok Franklin yang semakin diancam kepupusan dan banyak lagi. Tak senang, tak senang.

Satu lagi, pasal pilihanraya. Aku pun tak tahu mana nak daftar nama jadi calon. Mana boleh terus jadi Perdana Menteri. Seingat aku, nak daftar nama kompeni dulu pun tak senang. Banyak juga perkara SSM minta. Nak fikir nama kompeni lagi, borang lagi, beratur lagi, ekon rosak lagi. Cilaka, zaman Melaka dulu dulu aku rasa rilek je brader Gujerat buka kedai tepi jalan Melaka. Tak payah bergaduh-gaduh daftar apa semua. Steadi Melaka sebagai pusat perdagangan antrabangsa. Kalau tak kerana Alfonso, aku rasa Jalan Ayer Keroh Lama tu orang panggil Wall Street hari ni.

Itu belum aku sentuh bab bab nak borak dengan Perdana Menteri negara lain. Turki, Amerika, Jepun, China semua. Kurang-kurang aku harus berkawan dengan mereka di laman pesbuk terlebih dahulu sebagai satu permulaan menjalinkan hubungan diplomatik. Aku pernah sekali dua tuit diorang ni, tapi tak pernah balas. Nak retuit balik pun tak ada. Di situ aku syak, mereka tak berani sangat dengan aku. Mungkin aku ni dilihat solid dan bertenaga di mata mereka.

Aku plan petang ni nak cuba lepak sama JKKK taman aku. Mana tahu dia boleh tolong apa yang patut sebagai petak mula aku nak jadi Perdana Menteri. Kurang kurang boleh panjangkan cadangan aku dulu. Aku dah lama rancang Kulim ni perlu juga ada satu stesen radio sendiri. Remaja Kulim kurang didedahkan dengan lagu punk, rock kapak dan puisi puisi melawan. Remaja kulim kalau dibiar lama, boleh jadi gagal berfungsi sebagai aset negara. Aku rasa dengan stesen radio sendiri, adalah langkah yang baik bagi membina kembali pribadi mereka yang leka dilayan Justin Bieber, SNSD, drama maghrib dan 3gp murahan yang macam haram kualitinya.

Baiklah. Aku tak banyak masa ni. Kulim pun baru sudah hujan. Aku syak JKKK dah sampai Kedai mee Pak Nan. Jangan nanti dia sound suruh aku simpan saja cita-cita aku. Memang aku tumbuk muka dia.



*Jadi Perdana Menteri ni apa job dia sebenarnya? Aku betul tanya ni.









Read Users' Comments ( 7 )

Naik Turun

Lalu aku melihat
Ramai antara mereka berdiri selesa bersama istilah semata
Berlagu syahdu atas bahasa bahasa doa
Sepertinya yang berkuasa menurut saja bicara mereka
Bila terkena mula di cari
Salah siapa, siapa angkara

Ah bosan! Bosan!
Tidak kah dilihat akan erti kehidupan
Mengapa nyawa ini bernadi di dalam tubuh badan?
Kenapa ada sahaja perselisihan berlaku?
Kenapa aku dan kamu tidak pernah sebulu?

Biar, biarkan!
Telahan aku mungkin di latar putih ini cuma
Inti nya barangkali aku sudah lega
Dipesannya pada aku
Selesaikan segala ragu
Tanyalah diri, siapa aku?

Kelu.

*If your religion would never make peace but chaotic, why you just believe but never try to ask about it?



Read Users' Comments ( 0 )

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...