Segmen : Semua orang pun mahu kritik

Gua sebenar saja round-round belog semalam.Tapi tiba-tiba gua rasa macam spoil.Gua ada perasan satu mamat ni macam ada sikit bajek. Dia bajek dia macam gua la. Nasib baik gua ni ada sikit hensem dari dia. Gua ingat kalau satu hari gua jumpa sama dia, gua nak ajak one by one. Gua nak ajak dia fight PES 2011 sama gua. Gua nak tengok dia berani tak berani. Gua tahu dia kompom vibrate punya.

Belog Minda Gersang. Pernah kena Banned di Benua Eropah atas beberapa alasan yang tak munasabah
Lu tengok dia punya banner pun, gua rasa kompom lu pikir mamat ni kaki donlod 3gp melayu. Tak pun kaki tak mandi wajib. Kan gua cakap dia bajek. Letak lolipop, macam gegurl la konon. Padahal muka dia sebenar dah tahap legend-legend punya muka.  

Tapi part ni memang naharam.Gua ni jenis tak puji orang.Tapi gua kena ngaku gua memang suka baca dia punya entry. Dia punya vocab pon gua ada into sikit. Gua ni kaki tak layan baca belog saya-anda-saya-anda. Gua rasa kick tu tak ada. Lu ingat hari-hari gua cakap sama member gua saya anda saya anda ka?Gila. Lu ingat kerja gua baca berita TV3? Zakiah Anas ka Mahadir Lokman boleh la. Gua rock. Rock mesti mau keras. Mesti mau ada carut,romen,gua,lu,aku,kaw.

Gua tak reti komen layout-layout ni. Gua pun baru tahu maksud layout ni dua hari lepas. Apehal gua nak menggelabah komen layout dia? Lu punya layout lu punya suka. Gua tak bole baca, gua tak baca. Ada betul? Bab berat tak berat gua tak amek port. Remeh la benda tu. Gua pakai streamyx 10mbps what. Apa gua heran pasal berat. weh, camane nak check berat belog weh?spoil sial.

Tapi gua ada hutang sama dia.Itu hari dia ada review pasal gua. Gua rasa dia punya review ada sikit lari. Gua pon tak tau kat mana bagus belog gua. Setahu gua belog gua ni saling tak tumpah dengan gua. Sampah. Nampak tak gua macam nak cakap gua bagus tapi kaver-kaver. Ah, sama macam budak-budak post gambar posing gila-gila siap mekap bagai kat pesbuk, tapi kasi caption "Ala buruknya muka i kan?".Gua harap lu paham apa maksud gua. Malas gua nak ekplen panjang. Yang gua tahu rupa gua iras-iras Aaron Aziz.

Tapi kalau lu nak baca belog dia gua tak larang. Gua pun suka baca belog dia.Tapi lu jangan banyak bunyik kalau lepas lu baca belog dia lu selalu mimpi hantu kejar lu ka lu kena bogel sama hantu ka.Jangan. Apa-apa pasal hantu, lu jangan libat gua. Kaki-kaki cari hantu dan mencarut macam gua sama Paul Hassan saja boleh baca belog macam ni. Kalau lu kaki kencing tempat tido lagi, ada baik lu pegi baca belog ringan-ringan.Ini belog, belog dalam-dalam punya baca.All the best lah lu Azroy Kassim.








10 comments:

Amalina said...

aku takot nak masuk contest ni,giler gangster kau berani masuk. kalau aku masuk ada dua kemungkinan samada dia nangis kat ceruk dinding atau dia kejar aku dengan kayu hoki.

Abang Zam said...

kahkahkah..azroy kasim memang nakal

muka legend, hati kiut~
meow~

Headmaster said...

@Amalina

Tak. Aku tak takut.Sebab aku dah dewasa.Tak macam kaw.Kaw mumaiyis pun belum kan.Kah kah kah :p

Headmaster said...

@Zam

Ko kene tempek gamba die dalam belog kaw la aku igt

suha said...

erk hahaha ok fine,cik suha gune "saya" dlm belog tp peduli hape..lalala nak join gak la..tp versi sopan la bg melayan nafsu bersegmen mr.azroy tu..kasi die mndi wajib sket pas bce cik suha hentam belog die (^_^)

Headmaster said...

betol2!!! kesah ape kan? dia takkan mandi wajib

Bella Bell said...

komen abang zam tak menahan..muke legend hati kiut! hahaha..

der..umur roy lagi tua dari gua la..baru gua tahu..hehhe!!~

pape pon nice review dr headmaster! :D

Headmaster said...

@Bella

Gua pun kompius berapa umor dia sebenar.Tapi sebab gua ni spesis-spesis muda, gua tak heran.kah kah kah. Thanks for viewing

suha said...

erk..headmaster ajr la die mndi wajib hahaha

Headmaster said...

hak hak hak.kenapa pasal mandi wajib perlu kita bincangkan?

Post a Comment

ha komen, komen!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...