Warna

Di sekitar tahun 700, aku berjalan tanpa hala tuju dari persimpangan Icknield Way di England berpakaian t-shirt hitam dan berseluar jeans pendek dilipat atas paras lutut. Tiba di pertengahan jalan, aku perhatikan masyarakat di kiri kanan aku membuat muka geram dan menjerit-jerit. Mereka ramai, kira kira seramai penduduk tiga kampung.

Aku mendapati seorang kenalan aku bernama Rembrandt Van Rijm bersungguh-sungguh berucap di atas timbunan kayu setinggi 20 hasta berbentuk petak dan agak lebar. Aku menjauhinya kerana isi ucapannya betul-betul buat aku gila.

Rembrandt Van Rijm menegaskan rona kain yang dipegangnya itu adalah kelabu. Mana mungkin kelabu. Aku jelas nampak kain yang dipegang di tangan kirinya sepanjang dua hasta itu berona hitam tetapi kurang terang. Manakala yang lain menjerit jerit, "Putih tapi gelap! Putih tapi gelap!"

Bagi aku mereka semua ini bodoh. Mereka malas membaca. Mereka segan ilmu. Mereka buta seni. Itu adalah hitam tetapi kurang terang. Fakta aku sahih dan konsisten. Belum pernah aku dengar rona kelabu sepanjang hidup. Rembrandt Van Rijm gila!

***
Jika kelabu itu suatu yang benar, apakah hitam dan putih itu salah?
Jika kelabu itu sudah cukup menggilakan apa lagi kehidupan kita yang penuh warna warni.






Read Users' Comments ( 5 )

Mara ke depan

Ketika menyuap sisa terakhir nasi aku pada lewat petang semalam, fikiran aku langsung melayang akan hal sifat ingin majukan diri di kalangan orang banyak.

"Either you are moving foward or stay rigid by doing nothing,  the fact is you are still moving. The difference is you are actually moving backward," ujar seorang professor aku dalam kelas yang ramai orang nak dapat A tapi ramai juga tak datang kelas.

Justeru aku bangun dari kerusi duduk aku lalu berjalan menghadap ke belakang, dalam masa yang sama juga melangkah ke depan menuju sinki basuh tangan.

Bagi aku buat apa pening kepala pilih satu bila kita boleh makan dua-dua. Bukankah hidup ini adalah sebuah perjalanan membuat keputusan.



Read Users' Comments ( 4 )

Murah

Mengikut perspektif aku murah ini boleh berada di mana mana dan contoh paling dekat adalah aku sendiri iaitu murah hati.

Contoh murah kedua yang boleh diambil kira pula, ialah Am belia Rawang iaitu murahan.



Read Users' Comments ( 0 )

Sedih juga

Dalam dunia ni ada dua jenis manusia saja aku perati. Yang pertama jenis tak sibuk dan kedua jenis sibuk. Aku jenis sibuk.

Baik, aku temberang. Dua jenis tu adalah pakwe dan makwe saja.

Satu malam aku tengah sibuk ulangkaji apa yang patut nak buat modal borak pada masa depan. Sebelumnya aku ada minum air dalam satu kuantiti yang bergelen. Perasaan ingin kencing kuat secara tiba tiba.

Aku letak pen, kertas dan bingkas bangun dalam kadar yang pantas hendak ke jamban. Sambil bangun aku sempat buat gaya lipatan servis kuda siam.

Aku berjalan mengundur ke jamban supaya lebih rare diperhatikan. Di kanan aku ada katil, dan di atas katil ada member aku tengah runsing berpakaian tuala separas pinggang.
 
"Wuoi! Wuoi! Wuoi! Enko pahal enko?" Tegur aku dengan penuh kurang ajar.

"Aku tengah pening kepala nak kawin ni." Balas member aku dengan suara rendah.

"Pening pahal. Enko makan pulut la tu. Angin pening. Kahkahkah!" Balas aku dengan lebih kurang ajar.

"Serius aku tengah pening ni,"

"Ok paham. Cerita sikit pahal enko pening dengan kawin."

"Aku pening pikir tak ada sape nak kawin dengan aku." ujarnya sambil air mata bergenang.

Aku bergerak menuju pintu bilik dan terus terajang pintu pakai lutut dalam seminit sampai pecah berantakan.

Sejak dari itu tidak lagi kedengaran member aku runsing hal kahwin..





Read Users' Comments ( 4 )

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...