Pulang dari Kolumpo


 Seiring cerita cerita mulut dan media cetak terdahulu,sebagai seorang aktivis sosial masyarakat,kebanyakkan dari mereka menggunakan keretapi sebagai jalan mudah dari satu matlamat ke matlamat lain. Begitu juga gua. Cuma gua ni bukan sekadar aktivis sosial malahan juga rokes kapak yang ulung.   

Perjalanan pulang gua ke utara tanah air tidaklah sesukar seperti dibayangkan. Tidak ada aksi aksi menentang rasaksa jahat, tembak menembak, mahupun penyeludupan senjata api seperti filem holiwud. Hanya sekadar membeli tiket lantas menunggu ketibaan keretapi. Senyum manis dari makwe menjual tiket keretapi pula meringankan lagi beban beg yang dipikul. Sempat juga gua berborak seminit dua bertanya nama pesbuk makwe tu,.   

Gaya keretapi baru saja meninggalkan kota Kolumpo,gua dihampiri dua berader. Atas bawah gua perati berader berdua ni. Berader ni gua tahu bukan masyarakat marhaen kita. Berbahasa inggeris dan hidung yang bukan main runcing mancungnya meyakinkan gua diorang ni masyarakat dari seberang laut sana.   

Sejam gua berborak, dari subjek suai kenal, bertukar tukar rokok,  memiwit makwe lalu sehingga dah tak ada apa nak borak lagi, suasana jadi sepi seketika . Deruan dari geselen besi besi badan keretapi mengambil alih dialog kami. Selama sejam itu gua menyimpan rasa yang sebenarnya berader berdua tu semacam buat buat faham saja apa gua cakap. Gua dah mula rasa yang gua mengepala banakan diri sendiri. 

Celake bukan?




Read Users' Comments ( 2 )

Rahman ingin kuat



Rahman Muzali mangkit dari tidur. Selesa dengan cara hidup tidur pagi,mangkit tengah hari ,Rahman tidak lagi endah cakap cakap orang ramai yang mengutuknya sebagai guard taman, kaki pewit makwe shift malam, kaki takde rumah. Ada juga yang cuba ambil kesempatan mengutuk Rahman sebagai kaki bercagu. Rahman terima semua tomahan sebagai cabaran menjadi tren remaja semasa,tidur lewat. Rahman sedar hidup penuh dengan cabaran

Rahman mencapai rokok,menyedut dalam dalam dan menghembus ke udara. Ada asap pekat dan ada asap nipis. Bunyi kipas bilik memenuhi suasana sepi rumah. Ibu ayahnya pagi keluar bekerja,adik adik masih di bangku sekolah, membuat Rahman ingin sekali berborak tapi rahman seorang diri. Pernah sekali rahman cuba berborak dengan kucing makwe depan rumah. Tak lama Rahman dapat beborak, selepas tepat dilempar kasut di muka oleh mak makwe tu,Rahman bangkit lari. Namun cukuplah bagi Rahman,dapat juga berborak dengan makhluk real. Lebih wajar dari berborak dengan makwe yang entah betul makwe entah tidak di pesbuk dia.

Rahman mematikan bara rokok dalam cawan. Mati Rahman kalau mak dia tahu cawan Arcopal yang mak dia beli di Langkawi dibuatnya astray rokok. Lantas Rahman menuju ke cermin sebelum sempat membuka pintu bilik. "Aku bukan lagi Rahman yang dulu" bisik beliau sambil tangan meraba muka.

Rahman betul betul mati akal,mati lesen kereta,lesen SSM dan segala lesen lagi semenjak Rahman cuba join scene tidur lewat ni. Tiada siapa yang mampu memahami apa yang Rahman mahu. Makwe depan rumah, mamak di pekan, kutu lepak malam Rahman, makwe kerja jusco, makwe seven eleven semua tidak mampu membantu Rahman. Rahman kesunyian. Rahman seolah seketul tahi di dalam mangkuk,seorang diri ditinggal si pembuang tahi,menunggu masa di flush sahaja. Itulah Rahman jika dipendek ceritanya.

Rahman tidak mahu menjadi tahi. Rahman tahu tahi itu busuk dan Rahman wangi. Rahman berpelajaran. Rahman masih ada cita cita dan tahi mana ada cita cita. Bukan Rahman tidak ingin berjaya, tapi Rahman juga ada cara sendiri untuk berjaya. " Mereka yang berjaya dengan acuan orang lain adalah mereka yang kuat politik, kuat belakon dan takut hantu" kata Rahman satu ketika dulu kepada Paul Hassan.

Berpegang kepada prinsip hidup mesti ada kawan dan manusia bukan daripada haiwan seperti teori Darwin, Rahman cepat mencapai telefon bimbit dia.

"Oit Dol, ko kat mane? Aku nak turun Kolumpo ni."



Read Users' Comments ( 0 )

Malam seram sejuk

 "Chait,dan lapan lagu ja karoke. Mana syiok! " bising Wan Gym selaku individu yang paling champion karoke tadi. Walaupun hanya dua lagu sorang, dia tetap tibai lagu yang perlu ada suara tinggi yang solid serta mood yang konsisten. Gua paham sangat jiwa orang jaga gym ni. Ramai mereka yang kompius samada perlu ke arah gangsterism atau kekal main besi saja.

Gua perati cermin pandang belakang, Shah Berek dengan Suhaimi Anuar mula letak kepala atas seat tanda sedap. Ada juge terasa nak buat brek mengejut biar terhantuk kepala diorang ke seat depan, tapi memikirkan jalan gua lalu ni keras dia pun boleh tahan, gua simpan hajat. Esok ada lagi kalau nak mengenat.

Jarak karoke ke rumah gua boleh tahan makan masa juge. Melalui selekoh-selekoh tajam Bukit 300 ni buat gua rasa seolah main drift pun ye juga. Tapi taknak lah nampak sangat depan Wan Gym. Dikatanya gua perasan nanti mana gua nak letak muka. Setakat amik korner tak tekan brek tuh gua tak heran sangat dah.

Siaran radio sekali sekala mengalami sedikit gangguan, faham sajalah tempat hutan macam ni bukan kerja senang nak mentenkan gelombang radio. Ada siaran RTM ni pun dah beruntung sangat gua rasa. Kurang-kurang ada boleh juga orang kampung sini tahu keputusan terkini Piala Malaysia. Speaker gua pun adalah sikit kerja nak kena bunyi.

Sedang ralit gua melayan korner akhir, Wan Gym menjeri tak semena-mena "Oi, lembu! oi! Brek! Brek!" Serentak gua dapat rasa kepala Shah berek menghantun kepala seat gua, sambil Wan Gym kemas berpaut pada dashboard depan tanda selamat. Suhaimi Anuar, terselit di tengah tengah kerusi gua dan Wan Gym. Entahlah, nak gelak pun timbul rasa serba salah. "Lembu barua mana duk buat jalan ni macam pak dia ni!Nak aram betoi" suara Suhaimi Anuar perlahan sambil menarik kepala keluar dari celah seat.

*****
Ada kutu gua yang pandai sangat cerita bab-bab alam ghaib. Gua tak suka port sangat sebab diorang ni tidur pun pasang lampu lagi. Kah kah kah!



Read Users' Comments ( 3 )

Dosa silam di Tahun Baru.


Selesai bersiap-siap apa yang patut, Zaki Idris, Muslim Jaafar serta Sobri Hitam bergegas turun dari hotel. Perjalanan jarak jauh dari semalam masih bersisa namun gagah jua ketiga-tiga mereka malam ni. Zaki Idris selalunya mengepalai segala bentuk projek pada sebelum-sebelum ini. Namun pada malam ni rasanya Muslim Jaafar lebih champion akan hal ehwal kawasan ini.

Tahun baru kali ni agak rancak dirasakan berikutan hal mereka tidak lagi sama seperti tahun-tahun sebelum. Biasanya kalau tak ke pekan Kulim, di kampung saja bersama Borhan Bakti selaku joki yamaha satu dua lima yang setakat ni memang solid kalau bab amek korner kat selekoh Terap 18. Pernah sekali diceritakan Borhan Bakti amek korner sambil layan lagu sex pistol. Begitulah powernya dia ni.

Selang seli budak-budak main mercun di tahun baru kat kampung, cengkerik kembali menghiasi suasana. Sekali sekala terdengar kutu-kutu Borhan Bakti bakar line ajak main moto. Habuan tak besar mana, sapa menang nasi goreng kampung kedai Pak lah di Pekan Serdang sudah memadai.  Kadang kadang ada la yang tong lebih buleh buat open table satay lima ke enam puluh cucuk.

Lain ceritanya di sini. Suasa restoran ayam kfc serta beger mekdi padat dipenuhi pengunjung. Petronas yang tak pernah ada di kampung, di sini bersusun-susun orang ramai melabuh kenderaan masing-masing. Sobri Hitam yang tadinya asyik bermain game snake di henpon memecah sunyi suasana. " Oi mana kita ni. Barua betoi, dah dua belaih setengah ampa duk cegat pa lagi. pederaih la sikit", namun mata masih terpaku di skrin henpon. "Kita pi jalan depat sikit. Depa duk habaq, pantai memang rancak oi" balas Muslim Jaafar seraya mempercepatkan langkah.

Zaki Idris mula rasa tak sedap berikutan cerita-cerita hantu yang sering dia dengar lepas jam dua belas malam. Zaki ni memang jenis buat-buat berani selalu. Dulu dekat MRSM dia ni skema je orang nya. Tapi sejak setat main band punk tiga bulan lepas dah mula setat hisap surya. Entah apa dia ni pikir, semua ambil keputusan duduk diam.

Suasana kelam diselangi lampu-lampu hotel menyuluh kegelapan gigi air. Masih kedengaran lagu-lagu disko malam, tapi mereka tak pasti dari mana arahnya. " Kita pi jenguk depan sikit, kot ada ka," Muslim Jaafar sekali lagi bersuara dan seraya yang lain mengangguk tanda faham. Kiri kanan pantai dipenuhi orang berkelah. Ada yang ber-bbq dan ada juga yang duduk saja mengadap laut luas. Biasalah, dalam hidup ni ada jiwa yang susah kita nak faham.

Zaki Idris jalan berjarak dengan gigi air dirisaukan takut takut ada hantu air main-main eces dengan dia. Tapi lagak cool sambil menghembus asap pekat surya agak berjaya menutup hati kecilnya. " Oih, depan tu sikit tu orang duk ramai oih. jom jom" Zaki menjerit dan berlari anak menuju tempat tersebut.

Lagu yang sebelum ni hanya didengar di youtube dekat cc kampung kali ni benar-benar dirasakan. Dentuman bass kuat dari 8 speaker besar sudah tentu senang-senang saja menelan bunyi sistem audio kereta kancil Pali Hanum, pegawai pejabat tanah kampung mereka. Itulah bass paling champion setakat ni yang mereka dengar. Terkejut besar bila kali pertama mereka dengar muzik sebegini powernya, dah la kuat, muzik saja pulak tu. Liriknya entah ke mana. " Tak ada art langsung muzik ni," kata Zaki sebagai pemain gitar band beliau.

Dilihat ramai anak muda terkinja-kinja di atas pentas sana, tak kurang pula yang berpelukan di bawah. Tak kurang lima puluh meja dipenuhi air arak, air coke, makanan dihidang di meja masing-masing. Ada juga orang-orang luar dilihat menari perlahan bersama orang kita. Semuanya mabuk dilayan muzik sentuhan si dj atas sana. Yang lebih menarik perhatian mereka ada ramai gadis memakai bra dan berbikini di depan. Berbagai jenis bentuk badan terdedah membuatkan hati lelaki muda mereka mula mengamuk.

Tak semena-mena Muslim Jaafar menarik tangan Zaki Idris dan Sobri Hitam sambil berkata " Ni yang member aku duk habaq ni. Gila pa, depa ni bukan sedaq apa dah ni. Jom,jom!". Dan mereka bertiga perlahan-lahan hilang dalam samar-samar malam di tengah lautan wanita berbikini hitam.

*****

Mendegar cerita Amalina terpikir gua seketika. Makan tahun juge gua lepak kedai kopi pakai seluar pendek tapi mujurlah SPM gua tak power macam dia.



Read Users' Comments ( 3 )

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...