Gua dan tiang belakang rumah

Sebagai seorang lelaki umur tak cecah 30 lagi, bangun tidur tengah hari ni dah lama gua main. Tambahan hari ni hari Ahad. Tak lengkap hidup seorang rokes sosialis jika Ahadnya bermula seawal jam lapan. Dengar nasihat gua kalau nak pergi jauh. Ahad jangan bangun awal.

Sedang serius angin kipas menghala celah kain pelikat gua, ayah gua kejut. " Hoi mangkit! hang nak kena cat tiang nu. Pakcik Rahman mai dah." bentak beliau dalam suara Stone Cold. Ayah gua ni pun satu. Tak nak kasi muka. Kalau kasi gua seminit dua lagi, dapat gua tengok muka makwe atas vespa dalam mimpi tadi.

Gua mangkit salin kain. Apa kata jiran pula nanti, tengok pakwe hensem lepasan universiti macam gua tidur pakai kain pelikat. Mana gua nak letak muka. Kurang kurang pakai pijama lengkap atas bawah dan selipar bulu bilik. Baru orait dengan gua dan nampak tidur bilik ekon.

Selepas bertungkus lumus mengecat lapan tiang, gua puas hati. Ayah gua dan Pakcik Rahman juga turut bangga dengan hasil tangan gua. Lantas Pakcik Rahman pun memberi idea yang gua rasa di tahap geliga, "Apa kata hang buat bisnes cat muka time bola? Pakcik rasa hang okay". Gua pun angguk tanda setuju lantas berlari-lari masuk bilik malu.



1 comments:

ஜ miss klanika ஜ said...

itulah,musim euro baru je berlalu . liga super pun dh kn. kalo tak mesti bisnes maju tue. hehe

Post a Comment

ha komen, komen!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...