Kebetulan

Aku tengok jam di skrin komputer aku dah dekat pukul dua pagi. Aku sedang memikirkan satu topik yang boleh blah jugak tahap heavy nya nih. Dasyat betul.

Okay, sebetulnya Aku tak tahu dan tak pernah pun aku ambil port macam mana konsep masa ni berjalan atas diri korang. Bagi aku konsep masa ni berjalan dengan satu sekuen yang sangat rahsia. Ketertiban masa ni jikalau tidak keterlaluan boleh aku katakan berjalan dengan satu sifir yang sangat randum.

Kerana perlanggaran ketertiban definisi masa atas diri aku buat aku memahami konsep kebetulan adalah satu falsafah yang sukar diterima.

Katakan, satu fenomena alam terjadi di satu planet. Katakan planet itu, Uranus. Kalau korang rasa, plannet Zuhal, lantak lah. Aku bukan ahli nak berteka teki dalam sistem bimasakti ni. Cukup sekadar borak ringan. Amacam?

Okay, Katakan satu puting beliung terhasil di Planet Uranus. Jadi perubahan kemandirian planet itu berlangsung lalu membenarkan satu gerakan luar tabii zarah-zarah menghantar isyarat kepada persekitaran alam semesta. Lalu, menukar haluan-haluan unsur alam semesta ini kepada satu arahan yang lain.

Contohnya, energi puting beliung yang terhasil di planet Uranus menyebabkan haba terpancar keluar dari atmosferanya lalu menolak sebiji meteoroid yang pada asalnya laluan menuju ke Marikh dan kini menghala laju ke Bumi. Ah itu sangat randum.

Dan setelah itu, sebiji meteoroid tadi bergerak dengan halaju meningkat lalu menghentam lapisan luar bumi. Tidak, batu ini bukan sebuah batu besarnya dua padang bola. Cukup aku gambar kan sebesar skrin komputer. Baik, dan kini ia semakin mengecil kerana pemanasan akibat geseran permukaan dan udara sekeliling. Lalu lenyap begitu saja.

Tidak, pada hemat aku hanya batu sahaja yang lebur lalu lesap, tetapi tidak pada konsekuensi nya. Tenaga dari batu tadi pula berpindah kepada zarah-zarah bumi lalu berlakunya sedikit peningkatan suhu. Sedikit sahaja. Walau  sangat sedikit,ia tidak membantu suhu semasa menurun tetapi menaik. Hasilnya, panas.

Dan di suatu sudut bumi, ada seorang brader sedang sedap pekena kopi waktu pagi. Lalu dirasanya bahang pagi. Setelah itu, dinyalakan penghawa dingin di ruang tamu. Kerana atas kesilapan sistem atur penghawa dingin yang disebabkan oleh punca-punca lain berlaku sebelum itu, maka penghawa dingin tidak berfungsi. Dan di sini, di sini bermulanya.

"Ah kebetulan. Time panas ni kau buat hal, brengset". Ya brader tadi orang Indonesia.

Jika difikiran kembali, apakah benar kebetulan itu wujud atau sebenarnya tidak ada langsung sebuah falsafah akan kebetulan? Apakah perkara puting beliung di planet yang sayup jauhnya dari ruang tamu brader tadi hanya berlaku sekadar kiraan sia-sia? Tidak. Segala yang berlaku samada di dalam ketertiban adat alam atau pun di luar ketertiban adat wajib mempunyai sebab.

Penghawa dingin tadi tidak lah berfungsi atas dasar kesilapan teknikal yang berlaku pada jam sebelum itu semata. Dan, keinginan brader tadi pada awalnya sedang enak pekena kopi lalu dirasakan menyalakan penghawa dingin pada saat itu adalah sangat kena pada waktu kebetulan tadi adalah tidak tepat.

Jika tidak kerana puting beliung, maka tidak berlaku perubahan suhu semasa dan brader tadi haruslah hanya habiskan segelas kopinya tanpa merungut. Dan jika tidak kerana panas, maka tidaklah terlintas atas brader tadi untuk cuba menyalakan penghawa dingin tersebut. Dan tanpa usaha menyalakan penghawa dingin tersebut, manakan timbul hal berfungsi atau tidak akan alat itu bukan?

Jadi, di sini aku sedang sedaya upaya menegaskan fikrah akal aku yang serba tiada daya upaya ini bahawa segala berlaku adalah bersebab dan berlakunya ia juga bakal mengundang sebab yang lain. Maka, manakan boleh aku khabarkan bahawa segala ini berlaku atas kebetulan semata-mata! Segala berlaku kerana bersebab dan akan menyebab-nyebabkan.

Jadi, masa itu terus berjalan sambil menimbulkan pelbagai kontroversi sebab dan ianya sangat randum. Hal yang berlaku pada jam 11 tadi tidak semestinya menyebabkan perubahan pada jam 11.01 sahaja. Ia juga bakal menyebabkan berlakunya hal-hal pada jam atau hari atau tahun yang berikutnya.

Dan perkara yang berlaku pada jam 11.01 itu tadi juga tidak lah hanya bersandar pada sebab yang khusus pada jam 11 tetapi melibatkan suatu sekuen sebab dari sebab-sebab yang sebelumnya lagi.

Sekarang, cuba tanya pada diri korang, apa sebab korang baca teks ini sehingga titik soal ini?


p/s: Terlalu banyak sebab dalam teks dan terlalu banyak benda bermain di akal. Pernah aku diberitahu oleh seorang tua satu masa dahulu bahawa manusia tidak akan pernah selesai jika selalu dipandu pakai akal.









Read Users' Comments ( 7 )

Pohon di tengah lalang

Dan aku berjalan dari suatu tempat yang jauh. Meredah sungai kecil, mengepak ranting halus. Masa berganti masa, hari berganti hari. Terik bukan kepalang, sejuk mengigit tulang. Malam dan siang tiada beza. Aku terus berjalan.

Lalu aku berhenti di satu hentian. Tanah lapang, menghijau. Lalang tumbuh sekerat lutut. Pohon renek tumbuh liar menjauh. Di satu sudut di tengah itu, terpacak pohon entah apa nama besar berdiri. Aku berlindung di balik bayang pohon.

Aku menjenguk dari pangkal menuju ke pucuk. Aku kira setinggi pohon kelapa biasa. Dari batang pokok menebal melebar ke sayap dahan. Lalu berpecah hingga ke ranting. Berselerat daun-daun hijau di hujung tangan pokok.

Batangnya tumbuh gagah menegak. Kukuh memasak tanah. Lalu semakin rapuh menyusur ke dahan dan lemah di hujung ranting. Ranting, isinya sama saja dari batang di tengah. Mempunyai zat yang sama, namun zahirnya lemah tidak bermaya. Di sana, ranting bersimpang siur, bersilang tumbuh antara mereka.

Ada antara nya berpaut sesama ranting dan ada yang menjauhi sesama ranting. Aku mengerti.

Aku mengalih muka melihat batang nya. Satu keras berdiri. Tidak menjauh dan tidak berpaut. Ia lebar dari segala ranting yang ada. Walau ditabrak kuat, ia masih mampu menahan. Sulit untuk dimamah.

Lalu aku merenung jauh. Melihat ke belakang. Dan mereka berdiri. Ramai.

Ramai seperti ranting banyak yang bertebaran di sisi pohon tadi. Mereka seolah lupa kepada yang Empunya diri. Lupa kepada yang Satu berdiri dengan sendiri.

Seolah ranting yang meninggalkan batang, terbit dari dahan. Isinya sama, namun zahirnya lemah. Walau ramai, mereka rapuh. Walau ramai, mereka saling berjauhan. Mujur masih ada yang saling mendekati.

Yang mendekati, memohon simpati dan yang menjauhi, membenci sesama sendiri.

Di setiap susur ranting, pelbagai bentuk terbentuk.

Dan di setiap persimpangan insan, pelbagai suara bergema.

Entah bila segalanya mungkin reda.

Jika mereka sedar, sebesar pohon tadi hanya bermula dengan sekecil benih di tanah.



Read Users' Comments ( 0 )

Jaya Jusko

Dalam hiruk pikuk pengunjung Jusco Cheras Selatan, aku berjalan mendabik dada. Dari pintu depan terus menuju ke bahagian sos pelbagai aneka. Aku mencari sos hitam pedas. Rare tak patut.

Boleh tahan ekon Jusco hujan-hujan ni. Entah juruteknik mana setting. Tak reti nak kasi turun sikit. Pasang kipas pun dah orait.

Aku merenung dari satu tingkat rak ke satu tingkat berlainan. Sambil jari aku di dagu, memang gaya berader habis.

Raga kelabu masih belum berisi. Aku naik segan. Meruncit apa nama kalau satu benda pun tak beli. Dari segan aku naik berbulu pula kes tak jumpa sos hitam pedas.

Tak apa. Aku tenang. Aku tarik nafas tiga empat kali. Okay sekali lagi aku check satu satu.

Pundek. Tak jumpa juga.

Pap, troli beroda melanggar sisi kanan. Troli beroda biasa aku tak pakai. Selalu scene famili saja pakai troli beroda. Mana boleh aku pakai. Mana aku nak letak muka kalau makwe Guardian nampak aku bawak troli beroda. Lu pikir sikit.

Dalam troli beroda tadi ada sorang budak. Aku target umur dia dalam tiga empat tahun macam tu sebab kalau dah 17 tahun mesti dia dah pergi tengok wayang. Buat apa duduk dalam raga troli lagi, amacam?

Budak tu menangis kejap kejap berenti kejap kejap menangis. Aku pun pandang sama budak tu. Aku senyum sikit. Mak budak tu perasan aku pandang sama baby dia.

"Ha, diam. Nanti abang tu makan awak. Diam" Ringkas cakap mak budak tu.

Lalu aku meluru laju ke tandas. 20 minit aku tenung muka aku depan cermin basuh tangan.



Read Users' Comments ( 2 )

Rindu

Apa kau dengar teriak tawa sang malam
Memanggil dingin. Menyebut nama Mu. Dan Engkau memanggil. Kembali. Ah aku rindu. Rindu ku rindu Mu



Read Users' Comments ( 0 )

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...